Assalamu'alaikum,

 

Agak2nya saudara Osman ni ada darah raja kot?  Sebab dari dulu sampai sekarang dia dok puji negara kita makmur sebab ada raja....

 

Boleh saya tau kerabat negeri mana man?

 

 

 

-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]] On Behalf Of Osman
Sent: Friday, October 19, 2001 12:09 PM
To: sam dol; [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Zaman lepas zaman diktator..

 

Assalamualaikum,

 

Zaman-zaman selepas zaman Nabi s.a.w. yang

riwayatkan hadis adalah:

 

1. Zaman khilafah, yakni bermaksud zaman Khilafah

ar Rasyidin

 

2. Zaman umarah (Zaman Amir-amir), yakni zaman

khilafah Ummayah dan Abasiah

 

3. Zaman malikiah (Zaman Raja-raja atau

Sultan-sultan), yakni zaman Khilafah Osmaniah

 

4. Zaman zalim, yakni zaman sekarang yang mana

sebahagian besar orang Islam ditadbirkan

presiden-presiden dan diktator-diktator.

 

5. Zaman Khilafah, yakni zaman Imam Mahdi yang

akan datang, insya Allah.

 

Walaupun zaman sekarang ni zaman kezaliman,

tetapi kita umat Islam di Malaysia harus

bersyukur kita masih dalam keadaan selamat dan

sejahtera berbandingkan umat Islam di kebanyakan

tempat lain. Salah satu sebabnya ialah kita masih

mempunyai raja walaupun kuasanya sudah berkurang.

 

Kita ambil iktibar dari apa yang telah berlaku di

Afghanistan. Mereka mengusir raja mereka yang

menghalang komunis. Akibatnya mereka ditawan

komunis, lepas tu mereka berperang pula sesama

sendiri, lepas tu terpaksa pula hidup bawah

Taliban, dan sekarang rakyat Afghan dah menjadi

pelarian. Ini balasan Allah.

 

Di Iraq juga, orang Iraq membunuh Raja Faisal.

Pada satu malam, askar Iraq bom istananya dan

membunuh semua semua yang di dalam. Apa yang

berlaku terhadap Iraq sekarang ialah balasan dari

Allah.

 

Oleh itu jihad yang baik bagi kita hari ini ialah

mempertahankan dan mempertingkatkan kedaulatan

raja-raja kita, dan bersatupadu di bawah mereka.

Melakukan perkara-perkara yang di luar skop titah

perintah raja boleh membawa kepada bala.

 

Insya Allah bila tiba zaman Imam Mahdi a.s., apa

yang Imam Mahdi akan lakukan ialah mendapatkan

bai'ah daripada raja-raja dan meletakkan kerajaan

raja-raja di bawah khilafahnya.

 

Sekian.

 

Osman Mia

http://dimashq.hypermart.net/go.pl/osman/

 

 

Kirim email ke