*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
<Picture>....TERJEMAHAN ARTIKEL GLOBAL (372) 
Tidak ada satu sasaran di Afghanistan yang berbaloi ditembak dengan peluru berpandu  
berharga Satu Juta Dollar 
(There isn’t a target in Afghanistan worth $1m missile) 
Oleh: Mohamed Heikal, pengulas politik terunggul dunia Arab, berbual dengan Stephen 
Moss

http://e-umno.tripod.com/mar_tag372.html

------------------------------------------------------------------------
Ada satu perasaan yang semacam khayalan dapat dirasakan apabila kita berbual dengan 
Mohamed Heikal, seorang pengulas politik terulung di dunia Arab, yang juga merupakan 
bekas menteri luar Mesir. Kami berada di ruang rehat Claridge, sebuah hotel yang 
dipengaruhi suasana Swiss di London. Ketika peluru berpandu menghunjam bumi 
Afghanistan, Heikal mendedahkan wawasannya akan kemungkinan tercetusnya keributan di 
hari muka di Afghanistan. Ketika itu pemikirannya itu seolah-olah diransang oleh bunyi 
piano yang alunannya berdenting dan tiupan klarinet yang meniru siulan seruling. 
Memang jarang wujudnya perbezaan antara timur dan barat yang nampaknya semakin hebat. 

Heikal sudah pun berusia 78 tahun, namun sifatnya tetap sama, mudah bersopan santun. 
Beliau sudah lama menjelajahi dunia dan mengenal yang mana asli dan mana kepuraannya. 
Sebagai seorang wartawan selama 60 tahun, dia pernah menjadi pengarang dan pengerusi 
akhbar harian Mesir yang paling terkenal, Al-Ahram untuk selama 20 tahun. Beliau telah 
menulis lebih satu dozen buku yang dihormati mengenai Mesir dan Iran. Sejak bermulanya 
revolusi rakyat (di Mesir?) dia memang rapat dengan Presiden Nasser, dan untuk satu 
masa yang singkat, secara amat culas sekali, beliau pernah menjadi menteri penerangan 
dan halehwal luar pada 1970. Dia telah menikmati satu persahabatan yang rapat walaupun 
hangat dengan Presiden Sadat, yang telah menyumbatnya dalam penjara kerana menentang 
perundingan Kem David pada 1981. 

Heikal tidak nampak sebarang logik serangan udara ke atas Afghanistan. Sebagai awalan, 
katanya, tidak ada satupun yang berbaloi untuk diserang. “Saya telah melihat 
Afghanistan, dan tidak ada satu sasaranpun yang berbaloi untuk diserang dengan peluru 
berpandu yang bernilai satu juta dollar, setiap satu. Termasuklah Istana dijara di 
situ. Apabila saya kaji keadaannya, saya merumuskan bahawa ini semua adalah kerja 
gila. Jadi, saya fikir mereka ada satu rancangan utama dan ini hanyalah peringkat 
pertama sahaja.” 

Dia juga mempersoalkan apakah Osama bin Laden dan kumpulan Al-Qaeda benar-benar 
bertanggungjawab dengan serangan September 11, memandangkan segala bahan bukti yang 
dikemukakan amat terhad dan seolah-olah penuh muslihat. “Osama Laden tidak mempunnya 
keupayaan menaja satu operasi begitu hebat. Ketika saya mendengar Bush menuduh 
Al-Qaeda dia memberikan bayangan seoalah-olah dia berhadapan dengan Nazi Jerman 
ataupun Parti Komunis Soviet Union. Saya tertawa kerana mengetahui apa yang 
sebenarnnya. Osama Laden telah diekori bertahun lamanya, dan setiap hubungan telefon 
beliau telah lama dipantau. Al-Qaeda sudah lama disusupi oleh perisikan Amerika, 
perisikan Pakistan, perisikan Arab Saudi dan perisikan Mesir. Bagaimanakah mereka 
mampu menyimpan rahsia satu operasi yang begitu tinggi tahap organisasinya dan 
kecanggihannya?” 

Heikal tidak yakin kepada cadangan betapa satu peranan pengawasan pusat telah 
dilaksanakan oleh timbalan Osama Laden, Ayman-al-Zawahiri, seorang pemimpin Jihad 
Islamia di Mesir. “Dia memang berbahaya dan terlibat dalam pembunuhan Sadat, tetapi 
dia bukannya seorang pemikir dan perencana yang hebat. Dia hanya memainkan peranan 
sampingan ketika pembunuhan Sadat dulu, yang tidakpun dirancang dengan baik, tetapi 
mencapai kejayaan kerana mereka bernasib baik. Seperti yang didedahkan dalam perbualan 
mereka di TV Al-Jazeera, Osama Laden dan al-Zawahiri lebih bergantung kepada perasaan 
naluri mereka. Mereka ini bukannya Hamas ataupun Ihwan-u-Muslimin, mereka adalah satu 
kumpulan minoriti yang terpencil dan tidak melambangkan Islam ataupun perjuangan kita. 
Mereka ini adalah saki-baki sejarah penindasan dan mereka tidak mewakili masa depan 
kita.” 

http://e-umno.tripod.com/mar_tag372.html

Heikel percaya, mungkin terdapat beberapa unsur yang masih tidak dijumpai dalam 
keganasan September 11 itu. Apapun kebenarnnya, dia berpendapat segala penjelasan yang 
ada masa kini adalah terlalu terburu-buru, tidak jelas dan sengaja memudahkan  
sesuatu. “Saya difahami bahawa pentadbiran Amerika mahukan satu seteru secepat mungkin 
untuk dibalun bertalu-talu. Inilah seteru yang dijadikan satu penampan kemarahan 
rakyat Amerika yang membuak-buak,” katanya. “Saya mengharapkan mereka sudah punyai 
bukti yang kukuh. Saya telah membaca ucapan Mr. Blair yang dibacanya di Dewan Rakyat, 
dengan amat teliti sekali. Mereka telah bersiap sedia dengan suasana yang sesuai 
dengan menyatakan Mr.Blair akan mendedahkan beberapa bahan bukti, sedangkan tidakpun 
ada sebarang bukti, kerana semua itu adalah andaian semata-mata. Collin Powell telah 
menunjukkan ketelusannya berbanding orang lain. Dia berkata, kalau bahan bukti itu 
tidak dapat diterima, tidak mengapa, kerana dia telah melakukan banyak dos!
a di lain masa, yang membolehkan tindakan dikenakan terhadapnya. Tetapi ini  amat 
menyerupai satu pepatah Cina yang berkata: “Tamparlah isteri kamu setiap hari, kalau 
anda tidak tahu kenapa, tanyalah dia yang akan berkata. ‘Anda tidak boleh menampar 
setiap masa.’” 

Adalah penting, kata Heikal, membezakan semangat anti-Amerika yang sungguh kuat 
pengaruhnya di Timur Tengah dengan tindakan kepada serangan terhadap Pusat Dagangan 
Dunia. “Saya sedar adanya tunjuk perasaan oleh orang yang menunjukkan keriangan 
mereka,” katanya,” tetapi itu bukannya sesuatu yang boleh diambil-kira. Penduduk Timur 
Tengah faham apa makna keganasan yang sebenar. Ketika pelancong asing ditembak mati di 
Luxor, tercetus perasaan marah di Mesir. Sebaliknya, sudah wujud satu perasaan 
anti-Amerika yang meluap di merata dunia.” 

Beberapa sebab kenapa tercetusnya kebencian terhadap Amerika itu adalah mudah dicari, 
katanya: “Sokongan Amerika yang membabi-buta terhadap Israel, dan sikap mereka yang 
tergila-gila menyokong regim yang tidak sah, dan tidak bermaruah, di merata Timur 
Tengah. Dia mencemuh setiap kerajaan di rantau ini, termasuk kerajaan negaranya 
sendiri, dan menyalahkan Amerika kerana menyokong mereka dengan ghairah. “Rakyat tidak 
memilih semua kerajaan ini, dan kalau adapun pilihanraya bebas, tidak seorangpun 
mereka ini boleh menang di tangga teratas. Mereka bukannya kerajaan yang sah, mereka 
tidak mewakili apapun selain kuasa untuk bermegah.” 

Memang buruk cerita ini, tetapi, cerita betapa Amerika Syarikat yang merupakan kuasa 
besar dunia, bersekongkolan dengan mereka, tentulah merupakan cerita yang lebih buruk 
lagi. “AS menyokong stataus quo itu, tidak kira bagaimana. Mereka mendabik dada 
mengenai demokrasi, sedangkan merekalah yang mengabainya. Mereka menyebut mengenai PBB 
tetapi mengabainya juga. Inilah yang melayakkan anda mencemuh mereka kerana mempunyai 
dua jenis kayu pengukur. Adalah menjijikkan bila kita melihat mereka becakap mengenai 
demokrasi, tetapi di waktu yang sama mereka menyokong regim yang zalim. Mereka becakap 
lantang mengenai hak sejagat, tetapi mereka menyokong perbuatan Israel. “ Semua itu 
mereka sebut dengan kejituan seorang penganalis, dan tidak dengan keghairahan seorang 
yang pintar berpidato. 

Jadi, apakah Islam akan bersatu padu dengan perjuangan Afghanistan? Heikal 
berpendapat, tidak banyak sokongan kepada Taliban, yang digambarkannya sebagai 
“mahkluk dari dunia asing”. Dia mengungkit satu cerita membabitkan Mullah Omar, 
pemimpin Taliban, ketika menghadiri satu persidangan pemimpin Islam di Pakisatan yang 
enggan duduk selagi satu potret yang tergantung di dinding tidak diturunkan. “Tetapi 
itu gambar Jinnah" (bapa kemerdekaan Pakistan pada 1947, Mohammed Ali Jinnah), kata 
tuan-rumah persidangan. “Jinnah itu siapa?” soalnya pula. Dia juga gagal mengecam 
Yassir Arafat. Heikal menceritakan kisah itu sebagai andaian bahawa kalaulah masalah 
Timur Tengah itu tidak dimaklumi oleh Mullah Omar, sudah tentu masalah Taliban, tidak 
menjadi isu utama di rantau itu. 

Walau bagaimanapun, sebagai satu simbol imperialisme Amerika, serangan ke atas 
Afghanistan itu memang amat berbisa, dan berkemungkinan membengkak, terutama sekali 
kalau Iraq dan negara lain dimasukkan dalam senarai sasaran tambahan. Yang pasti 
berlaku, kata Heikal, setiapkali wujudnya kelompongan, Islam – yang merupakan satu 
budaya penyatuan yang semula jadi dan ubat mujarab kepada krisis serantau yang 
berlipat kali ganda masalahnya - memang sedia ada untuk menjadi pengisinya. Heikal 
menyebut Pakistan sebagai negara yang akan dihenyak gangguan yang paling hebat. “Besar 
kemungkinan tindakan sekarang amat berbahaya dan mungkin menjatuhkan regim Pakistan 
yang ada,” katanya. “Limpahannya akan menular dalam angkatan tentera Pakistan, di 
mana sebilangan pegawainya adalah pro-Islam. Bayangan senario yang paling buruk ialah 
satu keadaan bercelaru di mana tidak ada sesiapa yang berkuasa untuk mengambil-alih. 
Keadaan bercelaru itu akan menjalar dengan mudah merata di Timur Tengah.” Dia juga 
menyebut betapa Turkipun turut mereput, walaupun angkatan tenteranya berlagak sebagai 
penegak kubu sekularisme. 

Di sebalik semua masalah itu, wujud masalah Palestin - tidak diselesaikan dan 
berkemungkinan tidak dapat diselesaikan juga. “Krisis Afghanistan yang terkini, akan 
membanjiri negara lain juga,” kata Heikal, “tetapi penyakit yang kronik ialah masalah 
Palestin.” Dia amat pesimis dengan cerita perdamaian, sambil mengingatkan sepucuk 
telegram yang dikirim kepada pemimpin Zionis, Theodor Herzl, oleh dua orang rabbi yang 
dihantarnya ke Palestin untuk melihat kawasan tanah yang mahu dijadikan tapak 
perkampungan Israel. “Pengantin perempuan memang cantik, cuma dia sudah berkahwin.” 

http://e-umno.tripod.com/mar_tag372.html

Cadangannya ialah penubuhan satu negara Palestin dan “sebuah Israel untuk semua rakyat 
yang ada,” di mana jutaan Arab yang ada itu tidak dianggap sebagai warga kelas  dua.” 
“Yang pentingnya ialah mengenepikan masalah agama, “ kata beliau. “Anda bercakap 
mengenai sebuah negara Islam dengan saya, sedangkan anda tidakpun menyentuh perihal 
negara Yahudi, sebuah negara yang dibina berasaskan agama. Mana aci! Agama tidak boleh 
dijadikan satu asas pembinaan sesebuah negara.” 

Dia tidak yakin dengan cara Amerika berlembut terhadap orang Palestin, yang 
dikatakannya seiras perangai Amerika ketika perang Teluk dulu. “Setiapkali Amerika 
memerlukan bantuan Arab, merekapun bersedia menghulur umpan, “ katanya. “Pada 1991, 
seluruh dunia Arab telah diumpan menyertgai peperangan Teluk menentang Iraq kerana 
mereka telah dijanjikan satu penyelesaian terhadap masalah Palestin. Amerika telah 
mengirim surat utusan yang meyakinkan kepada semua pihak yang terlibat dan juga negara 
Arab dan mereka telah berkumpul di Madrid untuk membincangkan segala janji Amerika 
itu. Sepuluh tahun sudah berlalu sejak persidangan Madrid itu, dan tidak ada satupun 
yang telah ditunaikan. 

Kini, senario yang sama diulang-tayang. Yang anehnya, ia membabitkan manusia yang sama 
juga - Cheney, Powell dan seorang ahli keluarga Bush. Seolah-olah tidak adapun yang 
sudah berubah. Rakyat di dunia Arab akan melihat bagaimana pemimpin kami kena 
kelentong lagi. Mereka yang kerap tertahan di kelas pengajiannya adalah mereka di 
kalangan pelajar yang tongong, dan kami memang pelajar yang tongong (dan bengong 
semacam Melayu dalam UMNO -penterjemah) Kami tidak pernah belajar daripada kesilapan, 
kerana itu kami akan dilaknat melakukan kesilapan yang sama.” 

Tamat 
Terjemahan oleh SPAR.  
  

------------------------------------------------------------------------
SILA KLIK <Picture>UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI 
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA 
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA 
KEBENARAN PENULIS.<Picture>

<Picture>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Farina <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke