*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
<Picture>....TERJEMAHAN ARTIKEL GLOBAL (389) 
Semua Taliban Disukai 
(The Talibans Are Well Liked) 
Oleh: Matsuko Murakami - Asiaweek.com

http://e-umno.tripod.com/mar_tag389.html

------------------------------------------------------------------------
Seorang doktor berbangsa Jepun, Tetsu Nakamura bertugas merawat pesakit kusta dan 
pelarian di Afghanistan dan Pakistan. Inilah tugas yang membolehkannya meneliti 
kehidupan sebenar di negara yang bermasalah itu. Dia berkata, daripada pengamatannya 
selama ini, dunia telah silap mentafsirkan kumpulan Taliban. “Ada yang tidak kena 
dengan laporan media,” katanya. “Cakap-cakap mengatakan Taliban bengis dan zalim 
adalah tidak benar.” Nakamura berkata kumpulan fundamental ini menerima sokongan yang 
kuat daripada penduduk Afghanistan terutama mereka di luar bandar. ”Jika tidak, 
bagaimanakah mereka boleh mentadbir 95% negara Afghanistan sedangkan mereka mempunyai 
hanya 15,000 anggota bersenjata sahaja?” 

Orang kampung yang terletak di sekeliling hospital Peshawar yang menjadi pusat 
perubatan Nakamura dan 10 buah klinik yang berada di bahagian timur daya Pakistan dan 
bahagian timur Afghanistan, merasa lega dengan keamanan yang ditegakkan oleh 
pemerintahan Taliban, katanya. Orang Pashtun yang merupakan dua-pertiga penduduk 
Pakistan, dapat menerima ajaran Islam yang tegas kerana itu sudah menjadi amalan 
mereka selama ini, katanya. “Wanita tidak dinafikan pekerjaan dan golongan pelajar 
tidak dinafikan pelajaran. Malahan setengah doktor tempatan di klinik saya adalah 
doktor wanita “ 

Jadi, kenapakah penduduk di Kabul, dikatakan mahu melihat Taliban digulingkan? “Puak 
Taliban mungkin bertindak cara lain di sana,” kata beliau ketika kami bertemu di Tokyo 
barau-baru ini. “Mereka terpaksa membetulkan keadaan hidup yang penuh korupsi di 
bandar. Mereka yang terlalu kuat mengutuk Taliban adalah Afghan dari kelas atasan yang 
dinafikan hak mereka berseronok.” Penjelasan Nakamura itu mengingatkan saya kepada 
beberapa tayangan rakaman sejak serangan terjadi di New York dan Washington. Rakaman 
video yang dibuat oleh wartawan Peranchis di Afghanistan, menunjukkan wanita Afghan 
mengutuk Taliban dengan kesatnya. Mereka semuanya memakai pakaian sutera dengan 
mengenakan cincin besar di jari mereka. 

Nakamura berusia 55 tahun, berkata kumpulan anti-Taliban yang diberi nama Pakatan 
Utara itu bukannya pasukan pejuang kebebasan yang disebut oleh para wartawan barat.  
Orang kampung lebih takutkan mereka kerana mereka lebih ganas daripada puak Taliban, 
katanya. Mereka menghukum orang yang tidak berdosa secara zalim dan secara berahsia 
dan tidak seperti yang dilakukan oleh Taliban yang membuat kerja itu sebagai ingatan 
kepada orang lain. 

Nakamura bertugas untuk Peshawar – kai Medical Services, sebuah agensi bantuan Jepun 
yang berpangkalan di Fukuoka City yang telah beroperasi di jajahan Peshawar selama 17 
tahun. Pada pertama kali dia melawat kawasan itu ialah ketika menjadi peluncur salji 
pergunungan dan masih lagi menuntut di sekolah perubatan di Fukuoka. Ketika ittu dia 
terkejut melihatkan kekurangan perubatan, terutama sekali untuk pesakit kusta. Dia 
menawarkan perkhidmatan sukarela di hospital itu pada 1984. Katanya: “Saya habiskan 
banyak masa dalam mencuba memahami pesakit saya, cara hidup mereka dan nilai hidup – 
kenapa yang menyebabkan mereka menangis atau apa yang menjadi perkara yang berharga 
dalam hidup mereka. “Mujur, saya boleh makan di mana saja dan tidur di mana-mana,” 
katanya. 

http://e-umno.tripod.com/mar_tag389.html

Nakamura telah melihat orang asing melawat Afghanistan dan pulang ke negara mereka 
untuk mengkritik budaya Islam - dari kacamata barat.” Orang-orang ini mungkin jadi 
hero ataupun heroin di London ataupun New York,” katanya, “tetapi mereka tidak 
memberikan sebarang sumbangan kepada kebajikan Afghan.” Menyentuh cadangan bahawa 
Taliban telah memencilkan negara itu daripada dunia sejagat, Nakamura berkata: “orang 
Afghan mungkin lebih berpengetahuan daripada orang Jepun, kerana mereka mendengar 
siaran harian BBC dalam Bahasa mereka setiap hari.” 

Yang amat merunsingkan doktor ini ialah nasib berjuta pelarian yang kebuluran di dalam 
Afghanistan dan persekitarannya. Lebih satu juta penduduk ini sedang kelaparan, 
katanya, sedangkan lebih 40% yang hampir kebuluran. Dia berpendapat 10% akan mati pada 
musim sejuk. Nakamura dan para pembantunya telah menghentikan peranan memberi 
keutamaan kepadapenyakit kusa pada 1080-an dulu kerana terlalu ramai pelarian yang 
menanggung penyakit malaria, diarrhea, jangkitan dan demam. Musim panas berpanjangan 
sejak beberapa tahun yang terdekat telah membuatkan penuduk menjadi pelarian. Keadaan 
semakin buruk disebabkan pengeboman Amerika dan kisah penaklukannya. Pertubuhan 
bantuan Nakamura telah membantu kerja-kerja menggali telaga untuk minuman dan untuk 
pertanian dan bertujuan membolehkan para pelarian pulang semula ke kampung mereka. 

Nakamura pulang bercuti ke Jepun untuk sementara sambil memikirkan pusat tugasannya  
di Pakistan dan Afghanistan. Kata Nakamura: “Ia adalah laksana fatamorgana nun jauh di 
tengah padang pasir.” Dia teringatkan bumi Afghanistan yang berwarna merah-keperangan 
dan wajah-wajah petani Afghan yang keriangan apabila menerima bekalan air telaga 
membasahi tanah ladang mereka. Begitu juga dengan wajah-wajah askar Taliban yang 
membantu orang kampung dan desa. “Saya ada satu soalan mudah saja,” katanya. “Apakah 
yang dipertahankan oleh kuasa besar sehingga sanggup mengebom sebuah negara kecil dan 
melarat ini?” 

Ini adalah satu soalan yang baik. 

Tamat  

Catatan Penterjemah: Bayangkan satu ketika dulu seorang diktator nyanyuk sanggup 
berbelanja lebih dua juta hanya untuk mengongkosi seorang Melayu murtad mengelilingi 
dunia. Bayangkan kalau wang itu dikirimkan ke Afghanistan dan ditubuhkan satu pusat 
perubatan sukarela Malaysia dan kirimkan anak muda lulusan perubatan dan kejuruteraan 
untuk membantu dan meniru apa yang telah dilaksanakan oleh sebuah agensi Jepun sejak 
17 tahun yang lalu. Kalau diambil semua motorsikal lelongan kastam dan polis bandaraya 
dan kirimkan ke sana secara percuma, bayangkan pahala Fardu Ain yang kita terima???  

Diterjemahkan oleh SPAR 
  
http://e-umno.tripod.com/mar_tag389.html

------------------------------------------------------------------------
<Picture><Picture>

<Picture>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Farina <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to