*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalammu alaikum. Ingin saya betulkan komentar Mr Chan. Menurut
berita al Jazeera di bawah, Dr Qaradawi telah mengeluarkan satu
kritikan atau pendapat, bukan satu "fatwa". Kritikan dan fatwa
adalah dua perkara berbeza.

Sebelum sesuatu fatwa dikeluarkan, perlu di adakan kajian
terperinci. Selepas selesai kajian, ulamak-ulamak dahulu
(ulamak-ulamak sekarang saya tak pasti) akan bersembahyang
istikharah dan menantikan tanda yang hasil kajian yang dibuat itu
benar dan tepat. Selepas mendapat tanda baik, barulah fatwa itu
diumumkan.

Osman Mia
http://dimashq.hypermart.net/go.pl/osman



----- Original Message -----
From: "MrChan" <[EMAIL PROTECTED]>
To: "Hizbi" <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: "ismail" <[EMAIL PROTECTED]>; "mnoor"
<[EMAIL PROTECTED]>; "Ezzah" <[EMAIL PROTECTED]>;
<[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Saturday, October 20, 2001 10:11 PM
Subject: H-Net* Pelik bin Ajaib


>
> > http://www.aljazeera.net/news/arabic/2001/10/10-11-13.htm
> >
> > Dr. Yusuf al-Qaradawi issued strong criticism over the American
> > attacks upon Afghanistan. He described this as an invasion which
> > obligated every Muslim from all over the world to oppose them,
in
> > the same manner as the Soviet invasion had been. He stated, "I
am
> > not calling for a Jihad against the United States, but am
calling
> > for resistance against the American presence in this Muslim land
> > through various means.
>
> TERJEMAHAN:
>
> Dr Yusuf al-Qardhawi mengeluarkan satu kritikan pedas terhadap
> serangan Amerika ke atas Afghanistan. Beliau menyifatkan serangan
> sebagai satu pencerobohan yang menjadi wajib ke atas semua umat
Islam
> seluruh dunia menentangnya, sama seperti pencerobohan yang dibuat
> oleh pihak Soviet dahulu. Beliau berkata, " Saya tidak membuat
> seruan jihad terhadap Amerika Syarikat, tetapi saya menyeru agar
> kita menentang kehadiran tentera Amerika di bumi ummat Islam
> dengan berbagai cara.
>
> ULASAN:
>
> Semasa saya melihat siaran berita TV dan akhbar Malaysia, saya
> menunggu apa kata alim ulama yang pro-UMNO mebuat komen tentang
> jihad menentang Amerika di Afghanistan. Rata-rata apa yang
disiarkan
> ialah "fatwa" mereka yang berkata berperang dengan Amerika di
> bumi Afghanistan BUKAN jihad. Bahkan Dr Mahathir sendiri berkata
> itu adalah perbuatan sia-sia. Ada pula yang mengatakan bahawa
> jihad is hanyalah sah jika kerajaan Malaysia mengisytiharkannya
> secara resmi. Oleh itu kita sebagai ummat Islam di Malaysia tidak
> perlu membantu puak Taliban.
>
> Dengan tersiarnya fatwa Dr Yusuf Qardhawi tersebut di atas, maka
> tertolaklah fatwa-fatwa yang dibuat oleh alim ulama yang pro-
> UMNO. Adakah perlu kita menanti kerajaan Malaysia mengisytiharkan
> jihad barulah kita boleh membantu ummat Islam Taliban yang sedang
> menentang pencerobohan tentera kafir Amerika? Kalau kita melihat
> apa yang disebut dalam kitab fekah mazhab Syafie sendiri ada
> menyebut bahawa adalah menjadi fardhu kifayah bagi satu kumpulan
> rakyat berperang dengan tentera kafir jika mereka berada di luar
> batasan negara Islam. Akan tetapi jika tentera kafir sudah berjaya
> memasuki bumi negara Islam, maka menjadi fardhu ain bagi semua
> golongan rakyat memerangi kafir yang menceroboh, semua rakyat,
> termasuk kanak-kanak dan wanita melawan mereka sekalipun dengan
> membaling batu.
>

---(selainnya dipotong)


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Osman" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke