*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Menghadapi Serangan Applikasi Perosak 1
=======================================

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nota kali ini adalah mengenai virus dan
trojan.

Banyak PC ditempat Haris dijangkiti
trojan seperti FUN, SIRCAM dan yang
melibat Windows2000 Code Red II.

Haris ingin ceritakan pengalaman Haris
menghadapi trojan dan virus ini.

Mula sekali, perbezaan antara trojan dan virus.


virus, Trojan dan Cecacing
==========================

Secara amnya, virus dan trojan adalah
program atau applikasi yang dibina untuk
mengubah bagaimana komputer anda berfungsi
tanpa pengetahuan dan kebenaran kita.

Virus adalah applikasi yang mempunyai
saiz yang kecil. Menjangkiti fail-fail tertentu
dan sebunyikan diri dalam fail tersebut.

Oleh kerana saiznya kecil, ia boleh berada
dalam ruang cakera keras tanpa dikesan dan
akan terus berada dalam ingatan komputer
menjangkiti sebanyak mana fail yang boleh.

Fail yang dijangkiti oleh virus selalunya
masih berjalan seperti biasa namun, setiap
kali ia dijalankan maka virus akan
berada didalam memory dan melakukan jangkitan
lagi.

Satu lagi jenis virus adalah macro virus.
Macro adalah satu cara pengaturcaraan bina
dalam Word dan Excel bertujuan untuk memudahkan
tugasan dan menambakan ciri dokumen kita.

Namun begitu virus juga boleh dibina dengan
macro dan mengjangkiti dokumen Word dan Excel.

Selalunya dokumen kita akan rosak tidak
boleh dibuka dan macro virus boleh merebak
kepada dokumen lain.

Trojan pula juga adalah applikasi berkonsepkan
virus, applikasi perosak.

Berbanding dengan virus ia umpamakan dirinya
seperti applikasi yang berguna tetapi sebaliknya
apabila dijalankan ia akan mula melakukan
perkara tertentu.

Antaranya dengan merosakkan fail-fail tertentu
atau merebakkan virus ke dalam komputer.
Fail-fail yang dirosakkan oleh trojan
sukar diselamatkan.  Inilah perbezaan ketara
antara Trojan dan virus.

Trojan pula akan mencuba untuk merebak kepada
komputer lain melalui cara tertentu. Antara
yang terkenal melalui email dan perkongsian
rangkaian LAN dan Internet.

Cecacing atau worm pula adalah aplikasi yang tidak
menjangkiti fail-fail lain. Ia merebakkan dirinya
dengan menyalinkan dirinya kepada komputer lain.

Ada cecacing yang membiak terlalu banyak dalam
memori komputer sehingga membuatkan komputer itu
menjadi semakin perlahan.

Sama seperti Trojan. Fail yang dirosakkan
oleh cecacing tidak boleh dibaiki.


Bagaimana virus, trojan dan cecacing merebak ?.
===============================================

Applikasi perosak ini dibina sedemikian rupa agar anda
tidak sedari bagaimana ia memasuki komputer anda dan
bila ia menjangkiti dan merosakkan fail-fail kita.

Apabila kita menyedarinya, ia sudah terlambat.

Virus akan berfungsi apabila applikasi yang dijangkitinya
berada didalam memori. Apabila ia diaktifkan ia cuba
menjangkiti fail-fail lain. Ia juga boleh merebak dengan
berada didalam bahagian boot sektor disket
dan menjangkiti komputer lain apabila disket ini digunakan.

Dengan perkembangan Internet. Satu lagi media baru
wujud untuk applikasi pemusnah ini merebak. Email.

Kali ini trojan pula mengambil peranan disini. Applikasi
ini akan disebarkan melalui email yang dilihat seperti
tidak merbahaya. Gaya bahasa yang mengajak kita melihat
fail yang disertakan.

Ada virus dan trojan pula mengambil kesempatan atas
kelemahan atau bugs sesuatu applikasi.

Sebagai contohnya, Outlook versi lama mempunyai kemudahan
menjalankan script yang berada dalam email. Ini
adalah satu tindakan merbahaya. Tanpa perlu pengguna
menjalankan applikasi perosak ini pun, virus
dan trojan boleh merebak.

Ada pula virus dan trojan dibina untuk merebak
melalui sistem rangkaian. Apabila ia menjangkiti
sebuah PC. Ia dengan segera mula menjalankan
pengesanan komputer-komputer lain dalam
rangkaian dan cuba menceroboh komputer
tersebut.

Semua ini boleh dijalankan tanpa kita
sedari. Email boleh dihantar umpama kita
sendiri menghantarnya. Folder boleh jadi "share"
tanpa tangan kita membuatnya.

Virus dan trojan sebegitu canggih sehingga
sukar untuk mengelak kehadirannya.

Ikuti sambungan nota seterusnya, bagaimana untuk
menghadapi serangan virus, worm dan trojan.

PEMBERITAHUAN.
--------------

Beberapa sambungan laman Haris yang melibatkan spree.com dan
terrashare.com, menghadapi masalah. Harap bersabar sehingga
Haris kemaskini semula laman-laman Haris.

Haris akan pindah kesemuanya ke
http://harisfazillah.tripod.com/ dan yang berfungsi
http://alpha.skali.net/~hafnie/html/begining.html

Untuk sebarang pemberitahuan, anda boleh sertai senarai terhad
email Haris di http://groups.yahoo.com/group/haris
Pilih JOINT THIS GROUP

atau dengan menghantar email kosong kepada
[EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]>


Wassalam.

: )


---------

Nota ini Haris tulis sebagai pengkongsian pengalaman
antara sahabat-sahabat semua. Cadangan dan maklum
balas diterima.

Nota lalu di
http://www.mail-archive.com/haris@yahoogroups.com

Jangan lupa untuk sertai Dunia-digital dengan
menghantar email kosong kepada

[EMAIL PROTECTED]
<mailto:[EMAIL PROTECTED]>

atau melalui link ini

http://www.yahoogroups.com/subscribe/dunia-digital

laman penulis.

http://www.bigfoot.com/~hafnie

Haris juga sering berada di Bincang Komputer
http://www.bincang.net/

---------------

Artikel-artikel yang lain Boleh didapati :- 
Hantarkan email kosong kepada Autoresponder
[EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]>
http://www.portalsinc.com/hafnie 

----------------

------- Disclaimer - Pelepasan

Nota ini hanyalah pengkongsian peribadi tanpa ada kaitan
dengan mana-mana pihak secara rasmi atau tidak rasmi. Tiada
juga sokongan dan tidak boleh buat tuntutan kos dan liabiliti.

Used it at your own risk.

Terima Kasih.

Harisfazillah Bin Jamel

http://hafnie.cjb.net/
http://harisfazillah.tripod.com/
24 Okt 2001.

------------------

_______________________________________________________
The FREE service that prevents junk email http://www.mailshell.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Reply via email to