*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Siasatan kes PPRT disoal -- Menteri masih tunggu keputusan selepas setahun laporan dibuat
Oleh: RAMLI ABDUL KARIM dan ZULKIFLI JALIL KUALA LUMPUR 26 Okt. - Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Azmi Khalid mempersoalkan mengapa polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) lewat menyelesaikan siasatan kes penipuan pelaburan bernilai RM47 juta dalam projek Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Laporan mengenai penyelewengan itu dibuat oleh kementerian tersebut setahun lalu. Menurutnya, sehingga kini belum ada sebarang tindakan diambil oleh kedua-dua agensi itu walaupun unsur penyelewengan dan penipuan disyaki berlaku oleh Jabatan Audit Negara. Siasatan oleh Jabatan Audit Negara ke atas projek-projek PPRT itu dibuat atas permintaan kementeriannya sendiri. Beliau menambah, laporan polis dan BPR mengenai perkara itu yang dibuat atas arahan beliau sendiri turut disertakan dengan hasil siasatan daripada sebuah firma akauntan terkemuka. Katanya, kelewatan menyelesaikan siasatan kes penipuan projek-projek yang dimajukan pada tahun 1998 itu, menyebabkan pihaknya berada dalam dilema sama ada mahu meneruskan atau menghentikan projek-projek tersebut. ``Saya sendiri membawanya ke Kabinet kenapa (siasatan) terlewat. Dalam dua mesyuarat Kabinet yang lalu, saya katakan ada kes-kes yang perlu diselesaikan segera tetapi belum ada apa-apa tindakan. ``Maklum balas pun setelah saya minta, ada sedikit maklum balas tetapi tidak ada hujung pangkal,'' katanya kepada Utusan di sini. Tegas Azmi: ``Tidak ada pegawai polis datang bertanya kepada saya dan saya tidak tahu sama ada polis turun ke bawah menyiasat... saya tidak tahu. ``Saya telah menghantar semua laporan juruaudit negara kepada BPR tetapi tiada siapa menghubungi saya.'' Beliau mengulas laporan polis yang dibuat oleh pihaknya berhubung penipuan pelaburan PPRT memandangkan kesannya kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar adalah negatif. Isu penyelewengan projek PPRT itu mendapat perhatian umum ekoran pendedahan laporan Jabatan Audit Negara di Parlimen baru-baru ini. Perkembangan mengenainya telah dimaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mengulas lanjut Azmi berkata, dua daripada projek yang gagal di Kelantan dan Terengganu itu dikendalikan oleh syarikat yang sama. Beliau mengesahkan syarikat terbabit memperoleh projek tersebut tanpa melalui sistem tender, yang menjadi prosedur biasa kerajaan. ``Syarikat itu datang mengemukakan projek dengan ideanya. Bukan sahaja orang yang sama buat projek sama... syarikatnya juga sama.'' Menurut Azmi lagi, jika diteliti saiz syarikat itu, ia bukanlah syarikat besar tetapi disebabkan salah sistem pemantauan, projek berkenaan mengalami kegagalan. ``Orang dan kakitangan kementerian juga ada dalam lembaga pengarah syarikat itu.'' Menurut Azmi, sebelum ini, beliau ada menerima maklumat daripada BPR di peringkat kawasan kononnya telah memberi maklumat kepada ibu pejabat agensi itu bahawa tiada kes untuk disiasat. ``Saya kata tidak boleh. Jangan biarkan kes ini disiasat di peringkat kawasan, ia kena disiasat oleh peringkat atasan atau ibu pejabat. ``Sehingga hari ini, tiada maklumat terbaru, mungkin mereka (polis dan BPR) banyak kerja atau memang kes ini memakan masa untuk disiasat.'' Azmi menambah, ketika baru memegang jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar selepas pilihan raya umum 1999, beliau memang menyedari ada perkara yang tidak betul telah berlaku. ``Selepas itu, saya mengambil tindakan-tindakan yang perlu. Jadi, ia (laporan audit yang didedahkan di Parlimen) mengesahkan apa yang saya syaki selama ini,'' katanya. Menurut Azmi, pihaknya sedang dalam proses menyiasat secara menyeluruh nilai sebenar yang terlibat dalam penyelewengan PPRT tetapi yang telah dipastikan membabitkan empat projek bernilai RM47 juta. Ditanya jumlah peserta PPRT yang gagal memperoleh manfaatnya, beliau berkata, ia melibatkan 1,175 keluarga. Ditanya mengapa kementerian pada waktu itu (1998) begitu mudah meluluskan satu projek bernilai RM29 juta kepada pihak swasta, Azmi berkata, ketika itu, beliau percaya kementerian yakin ia berdaya maju dan sebab itu, modal disalurkan. -- _______________________________________________ Talk More, Pay Less with Net2Phone Direct(R), up to 1500 minutes free! http://www.net2phone.com/cgi-bin/link.cgi?143 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>