*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Dalam suasana umat Islam diseluruh dunia ditindas,dihina malahan
> diperangi.........masih terdapat umat islam dikalangan kita yg 
> sibuk membahaskan tentang fahaman mereka serta mengentam jema'ah-
> jema'ah lain yang mana masing-masing berlandaskan ilmiah yg tinggi 
> serta memeningkan kepala bagi orang-orang awam seperti saya ini.

Sebab itulah saya tidak berminat membicarakan tentang keburukan
mana-mana puak mazhab dan aliran. Saya tidak berminat mendedahan
keburukan Syiah, Wahabi, Sunni, Sufi atau Tariqat. Zaman sekarang
ialah zaman kita diserang oleh musuh-musuh Islam yang terdiri
daripada puak kuffar, munafik, murtad dan sekular. Cuba perhatikan
puak-puak yang anti-Islam BERSATU menentang mana-mana puak Islam
yang mereka namakan sebagai "fundamentalis". Perbalahan sesama
Islam membuat untung kepada musuh-musuh Islam.

Berkenaan dengan Taliban, sebenarnya saya tidak pernah menyokong
gerakan itu. Tetapi Islam mengajar kita supaya meneliti berita-
berita yang datang daripada pihak anti-Islam yang kalau-kalau mereka 
ada cuba memburuk-buruk mana-mana puak Islam. Bersikap berhati-
hati adalah mengikut ajaran Islam. Kalau mengikut istilah "Taliban"
bererti penuntut ugama cara pondok. Saya sendiri pernah mendapat
pendidikan pondok, kerana itu saya mengisytiharkan diri saya adalah
Taliban secara umum. Saya berasa bangga apabila disebut seorang
berfahaman fundamentalis. Begitu juga saya berasa bangga apabila
Taliban itu sebut sebagai puak fundamentalis.

Memang tujuan TV1 Malaysia dan CNN menjadi alat Yahudi dan Amerika
untuk memburuk-buruk imej Islam. Gerakan Taliban ialah masalah
dalaman ummat Islam sendiri. Jika kita mahu mengubah Taliban, adalah
menjadi tugas kita sebagai ummat Islam mengambil perhatian terhadap
mereka. Media Barat yang anti-Islam mengambil kesempatan memberi
contoh kepada masyarakat Barat tentang "keburukan" geraakan funda-
mentalis yang mereka cuba gambarkan yang ada pada Taliban. Kita
HAIRAN, pihak TV Malaysia yang bersungguh-sungguh memainkan peranan
menyibar propaganda Barat. Cuma kita dapat simpulkan bahawa memang
TV Malaysia ialah anti-Islam. Begitu juga UMNO adalah anti-Islam.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to