*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
<Picture>....TERJEMAHAN ARTIKEL GLOBAL (385) 
Bahan Bukti Palsu, Bush Memang Menipu 
(The So-Called Evidence Is a Farce)

http://e-umno.tripod.com/mar_tag385.html

------------------------------------------------------------------------
Saya adalah seorang bekas ‘Master Sergeant’ dalam Pasukan Khas ‘Green Beret’ (komando) 
Amerika. Mungkin cakap saya ini tidak laku di kalangan bekas pegawai, kerana orang 
semacam kami ini dianggap tidak mampu memahami lakaran warna doktrin tentera. 

Tetapi saya bukan shaja pernah berkhidmat dalam tentera darat. Saya pernah belajar dan 
mengajar sains ketenteraan dan dokrin tentera. Saya pernah menjadi jurulatih taktik 
dalam operasi perhutanan di Pusat Latihan di Panama, dan pernah mengajar Sains 
Ketenteraan di West Point (akademi tentera Amerika yang terkenal -penterjemah). 
Berbeza dengan imej popular yang menonjolkan Special Forces (SF), kami sebenarnnya 
diberikan tugas untuk mendidik. Kami berikan nasihat dan bantuan kepada tentera luar. 
Bermula daripada cara menjadi jurutembak yang terbaik hinggalah menunjuk-ajar pegawai 
batalion cara-cara mengkordinasi operasi udara  yang berkesan dengan perkhidmatan 
lain. 

Berdasarkan pengalaman itu, dan pengalaman berkhidmat di lapan kawasan konflik yang 
berbeza daripada Vietnam hingga Haiti, saya ingin nyatakan di sini betapa banyak 
cerita yang kita dengar dan baca dalam media adalah cerita yang tidak boleh 
dipercayai. Kalau kita tinjau fakta yang dicatat sebelum, ketika dan selepas September 
11, kita akan dapati banyak cerita itu tidak selari dengan perjalanan tindakan yang 
dilaksanakan oleh kerajaan Amerika Syarikat. 

Tetapi, kenyataan kerajaan itu hanya dapat berfungsi seandainya mereka dapat 
memperngaruhi orang lain menerima-pakai segala alasan yang dikemukakan. Saya tidak 
akan hairan apabila Parti Republikan dan Demokrat (Amerika) mengulangi semula segala 
sebab-musababnya. Terdapat dua puak dalam setiap kelas politik yang dominan, dan 
keduanya adalah dibiayai oleh kuasa-besar ekonomi yang serupa. Sebagai seorang yang 
lebih condong fahamannya ke arah kiri, saya merasa sedih melihatkan bagaimana segala 
dalil dan alasan semacam ini boleh diterima dengan mudah sekali oleh puak kiri, 
kadangkala secara lurus bendul, tanpa mahu mempertikai- kannya untuk mencari mana satu 
yang betul. Terdapat dua jenis alasan itu. Pertama, ada dalil yang mengatakan gelagat 
pentadbiran AS sekarang ini adalah berupa satu ‘tindak balas’  kepada peristiwa 
September 11 (kini disebut secara lebih glamour di Amerika sebagai ‘Nine-eleven’, = 
Sembilan-sebelas – penterjemah). Kedua, serangan yang mengena Pusat Dagangan Du!
nia dan Pentagon itu telah dilakukan oleh orang yang berpangkalan di Afghanistan. Pada 
pendapat saya, kedua dalil ini tidak boleh dipakai. 

Untuk mengamati perkara ini dengan betul kita terpaksa mengulang kembali bukannya 
peristiwa sembilan-sebelas itu, tetapi merujuk jauh hingga tahun lalu ataupun waktu 
yang lebih lama sebelum itu. 

Presiden George Bush, ialah seorang yang mempunyai kepintaran yang terhad. Tidak ada 
lagi yang lebih menarik pada nama itu kecuali wujudnya satu kuasa yang cukup 
berpengaruh di sebalik tabir daripada bapanya yang memang merupakan seorang bekas 
presiden yang punyai banyak kuasa. Maklumlah beliau pernah menjadi bekas pengarah CIA 
dan sebagai seorang yang berkepentingan dalam industri minyak dia telah naik mencanak 
dengan perbelanjaan yang paling tinggi. Di seluruh negara, beberapa rencana bijak dan 
juga tidak bijak telah dipasang-siap untuk mengkucar-kacirkan fraksi terpenting di 
kalangan masyarakat Afrikan-Amerikan untuk menggugat  asas pengundian mereka. Rencana 
ini hanya terdedah apabila Florida menjadi satu medan perlawanan politik Amerika yang 
menyentuh sistem ‘undi Electoral College’ (cara mengundi memilih presiden mengikut 
sistem perwakilan).. Kerancakan perlawanan itu telah sengaja dipengap oleh media 
korporat yang sedang menguasai industri ini, sehinggalah waktu kini. D!
alam satu keputusan yang sungguh tidak masuk akal, mahkamah Teragung di Amerika 
(Supreme Court) telah memutuskan betapa keputusan mahkamah tidak boleh dirayu lagi dan 
keputusan itu tidak boleh diguna-pakai sebagai rujukan untuk masa hadapan. Dalam kes 
Bush vs. Gore, mahkamah telah menganugerahkan jawatan presiden Amerika kepada seorang 
calon yang telah kalah undian popular di Florida dan telah kalah undian popular 
nasional dengan pungutan suara yang melebehi 600,000  undi. 

Regim de facto ini kemudiannya merancang satu kabinet yang amat menarik. Timbalan 
presiden adalah seorang ketua ekskutif industri minyak dan juga bekas Setiausaha 
Pertahanan Amerika. Penasihat Keselamatan Negara ialah seorang ahli lembaga pengarah 
sebuah syarikat minyak multi-nasional dan juga pakar halehwal Russia. Jawatan 
Setiausaha Negara pula dipegang oleh seorang yang tidak ada pengalaman diplomatik, 
walaupun beliau pernah menjadi pengerusi kepada lembaga ketua turus ketenteraan 
Amerika. Kemudian, mereka melantik Donald Rumsfeld sebagai Setiausaha Pertahanan 
sedangkan sebelum itu beliau ialah bekas CEO kepada Searle Pharmaceuticals (pengeluar 
ubat). Beliau dan juga Cheney pernah turut serta dalam satu persidangan pada Mei, 
2000, berjodol ‘Russian-American Business Leaders Forum'. Jadi, tarikan perdana 
kabinet yang ada berkisar mengenai petroleum, bekas Soviet  Union dan ketenteraan (dan 
nampaknya termasuk perubatan juga – penterjemah) 

Kalau diambil kira rekod kerjaya Daddy Bush (bapa presiden sekarang) dan segala tipu 
muslihat dan samar-menyamarnya, dan segala halatuju dasar luar AS menyorot di zaman 
pentadbiran Carter dulu, saya boleh merumuskan betapa Timur Tengah dan khazanah 
bahan-bakar fosil di Asia Selatan adalah salah satu mata serampang yang mereka minati. 
Ini tidak bermakna penyangak ini semua mempunyai kepentingan kewangan dalam 
bahan-bakar fosil, tetapi kerana mereka amat yakin bahawa pengeluaran minyak sedang 
naik mencanak ketika kita membincangkan perkara ini, dan tidak lama lagi akan 
menggelonsor ke bawah tahap pengluarannya dan akan menukar ciri-ciri ketamadunan 
seperti yang kita tahu dalam masa dua puluh tahun lagi. 

Puak kiri mungkin mahu menafikan juga perkara ini, tetapi mereka tidak boleh lari 
daripada perkiraan matematik. Tidak ada bahan haba alternatif dan teknologi haba lain 
yang mampu menyelamatkan kita. Semua bahan-bakar alternatif di dunia ini tidakpun 
mampu menyediakan secebis asas tenaga yang kini disediakan oleh minyak. Ini 
membuatkannya menjadi satu sumber yang berharga dan sebarang usaha untuk mengawal apa 
juga yang ada itu merupakan satu usaha yang melebihi jangkaan tandingan ekonomi. 

http://e-umno.tripod.com/mar_tag385.html

Saya juga merumuskan bahawa usaha menjajah ekonomi bekas Soviet Russia merupakan 
keutamaan dalam agenda, dan ia mempunyai satu sinergi yang sungguh perkasa dengan isu 
minyak petroleum. Bukan sahaja Russia memiliki kawasan simpanan minyak yang besar dan 
luas yang belum diterokai lagi, yang dianggap sebagai pelunak krisis imperialisme, 
Russia juga merupakan satu sumber ketenteraan yang berwibawa dan mampu mencabar dengan 
kekuatan nuklear di rantau itu. 

Terdapat tiga orang bekas pegawai tinggi tentera dalam kabinet Bush yang membuatkan 
kabinet itu menyerupai satu Lembaga Turus Tentera. Semua ini sudah siap diatur sebelum 
September 11. 

Kemudian, kita perlu membincangkan hal NATO yang sepatutnya sudah dibubarkan selepas 
berakhirnya Perang Dingin dan kehancuran Blok Timur pada 1991. Sebaliknya NATO sudah 
berkembang ke arah timur untuk menjangkau kawasan Blok Timur itu untuk menerima masuk 
keanggotaan negeri yang pernah dijajahi oleh Soviet Union, dan pernah menyumbang 
kepada kemusnahan keluaran minyak Iraq di pasaran dunia. Kalaulah semua negara kecilan 
ini dapat dipengaruhi, bererti mudahlah mengawal turun-naik harga minyak di pasaran 
dunia. 

NATO adalah satu pertubuhan berasaskan doktrin ketenteraan di mana Amerika menguasai 
perjalanannya. Ia sudah menyerupai satu bentuk tanpa sebarang fungsi. Tetapi 
kepincangan itu telah diperbetulkan dengan cepatnya. 

Tatkala Yugoslavia enggan mematuhi penguatkuasaan IMF (International Monetary Fund = 
Dana Kewangan Antarabangsa), Amerika Syarikat dan Jerman telah memulakan satu kempen 
mengkucar-kacirkan Yugoslavia, termasuk menggunakan khidmat veteran perang Afghanistan 
dalam kempen itu. 

NATO telah menjadi satu sayap ketenteraan dalam agenda memecah-belahkan Yugoslavia 
hingga berserpih menjadi negara kecilan, sebagai satu usaha untuk menyekat kekuatan 
Soviet Union, dan untuk memudahkan sebarang usaha pemasangan saluran-paip minyak di 
Lautan Caspian untuk pasaran Eropah Barat melalui Kosovo. 

Adalah penting perkara ini difahami dengan baik, kerana ramai orang yang bercakap 
membenci peperangan itu mudah mengabaikan perkara ini. NATO bukannya penjamin 
pengukuhan undang-undang antarabangsa, dan ia juga bukannya sebuah pertubuhan hal 
ehwal kemanusiaan. 

Inilah dia satu pakatan ketenteraan yang dikuasai oleh satu rakan yang dominan. 
Justeru, kita tidak lagi layak memperakukan peranannya sebagai satu pakatan pertahanan 
terhadap sosialis Eropah, kerana sudah menjadi satu alat menggempur secara 
ketenteraan. 

NATO kini menjadi satu pertubuhan yang akan terus menusuk lebih jauh sepanjag garis 
lintang ke-40 daripada Balkan melintasi Republik Selatan Asia yang pernah menganggotai 
Soviet Union. (Semua negara merdeka ini dikenali sebagai CIS = Commonwealth 
Independent States – penterjemah). Tentera Amerika sudahpun menguasai satu pangkalan 
tentera di Uzbekistan. Tidak ada sesiapapun yang membincangkan perkembangan strategi 
itu yang telah diusahakan selama dua dekad yang lalu. Apabila dikenali corak aktiviti 
yang bertujuan merangkumkan segala kawalan secara serentak terhadap usaha menguasai 
minyak di Timur Tengah, dan Selatan Asia, serta menyekat dan menjajah bekas Soviet 
Union, maka terserlah rahsia betapa Afghanistan adalah titik-tolak segala-galanya 
untuk melaksanakan agenda besar itu. 

Afghanistan mengongsi sempadan dengan Iran, India dan juga China. Yang lebih penting 
lagi ia bersempadan dengan beberapa republik CIS seperti Uzbekistan, Turkmenistan dan 
Tajikistan. Semua negara ini bersempadan dengan Kazakhstan. Kazakhstan pula 
bersempadan dengan Russia. Tukmenistan pula tercanguk di bahagian tenggara Lautan 
Caspian dan minyak yang masih banyak dalam buminya menjadi igauan pentabdiran Bush. 

Afghanistan dianggap penting kerana dua perkara: sebagai satu pangkalan operasi untuk 
merencana proses mengkucar-kacir, memecah-belah dan menggugat kuasa di Republik Asia 
Selatan itu. Saya berpendapat semua ini akan dimulakan dalam masa 18 – 24 bulan lagi 
dan bermulalah pembikinan saluran paip merentasi Turkmenistan, Afghanistan, dan 
Pakistan untuk menyalurkan petroleum ke pasaran Asia. 

Baru-baru ini, Niaz Naik, seorang Menteri Luar Pakistan telah memberitahu BBC, betapa 
pegawai tinggi Amerika telah memberikan isyarat amaran kepada mereka sejak pertengahan 
Julai betapa tindakan ketenteraan akan dilancarkan pada pertengahan Oktober terhadap 
Afghanistan. Pada 1996, Jabatan Tenaga (Amerika) telah menerbitkan satu laporan 
mengenai pentingnya menyediakan satu saluran paip merentasi Afghanistan. Pada 1998, 
Unocal telah memperakukan kepada ‘House Subcommittee on Asia and the Pacific’ 
(jawatankuasa Kongres mengenai Asia dan Pasifik - penterjemah) betapa pentingnya 
saluran minyak ini untuk menyalurkan minyak lembah Caspian ke Lautan Hindi. 

Inilah bahan-bukti menunjukkan betapa perlunya satu operasi ketenteraan untuk menyauk 
sekurang-kurangnya sebahagian bumi Afghanistan untuk dirundingkan, sepatutnya seawal 
lima tahun dulu. Saya beranggapan bahawa segala tindakan yang kita tonton sekarang ini 
adalah sebahagian dari agenda pra-sembilan-sebelas. Saya sudah semakin yakin dengan 
fakta ini. Kalau dikaji tahap perencanaan yang perlu, akan skala operasi itu dan corak 
perancangan yang membengkak sehingga memakan masa  berbulan lamanya, tentu kita 
kehairanan bila diberitahu rencana itu memakan masa beberapa minggu sahaja. 

Semua itu memang tidak masuk akal. Pentadbiran Bush ini sedang menipu segala-galanya 
sebagai “reaksi” kepada episod September 11. Dengan pantas ia menyedarkan saya, 
kemungkinan mereka mengeluarkan bahan bukti bikinan sendiri bahawa seseorang di 
Afghanistan bertanggungjawab. Nampak mudah kerja bajingan mereka ini. Sekaligus saya 
tergerak mencari sebab-musababnya apa yang sebenarnya berlaku pada September 11 dulu, 
dan siapa sebenarnya yang bertanggungjawab ke atas segala–galanya. 

Apa yang disebut sebagai bahan-bukti itu adalah satu pembohongan. Amerika Syarikat 
telah membentangkan dalil itu kepada kerajaan boneka Tony Blair. Daripada 70 dalil 
yang dikatakan bahan-bukti itu, hanya sembilan sahaja yang merujuk kepada serangan 
Pusat Dagangan Dunia dan semua itupun berupa andaian semata-mata. Inilah dia cerita 
‘bullshit’ (temberang Mahathir) dari awal hingga akhirnya. Kalaulah ini dianggap 
sebagai bahan bukti, hanya seorang anak muda berusia 16 tahun yang berminat dengan 
drama perbicaraan akan menyiatkan cerita itu laksana dia menyiat dan mengoyakkan 
sehelai baju murahan. Sebaliknya akhbar perdana telah memuntahkannya tanpa sebarang 
kritikan. Tetapi, seperti yang kita faham sekarang ini, peranan mereka (seperti yang 
mungkin mereka pelajari daripada akhbar di Malaysia) memanglah untuk mengesahkan apa  
yang diputar-belitkan itu. 

Cerita kartun yang mereka buat menuduh Osama bin Laden memng tidak boleh diterima 
akal. Apalagi kalau kita ambil kira segala kerumitan dan kerja-kerja aturan-semasa 
untuk melancarkan serangan itu. Sebagai seorang bekas pegawai tentera yang banyak 
melibatkan diri membangunkan pelbagai arahan operasi bertahun lamanya, saya berani 
sebutkan betapa perencanaan serangan itu dulu adalah satu kerja yang rumit dan 
sofistiket serta memerlukan belanja yang banyak sehingga meninggalkan banyak kesan 
besar yang kita sebut sebagai ‘signature’ (kesan kerja). 

Dengan lain perkataan, kerja-kerja itu adalah begitu berat sehigga tidak mudah untuk 
menyorokkannya. 

Kerana itu muncul satu soalan yang tulen kenapa tidak ada sebarang amaran akan hal 
itu. Inilah persoalannya yang mempertikai kelicikan jentera risikan kerajaan. 
Sekaligus ia mempertikaikan beberapa dasar di pelbagai agensi kerajaan yang terpaksa 
ditutup dan dibohongi untuk merencana tindakan mega itu. Tentu sekali ia mendorong 
kepada satu persoalan apakah ada pihak yang mengetahui dulu bahawa kejadian ini akan 
berlaku, dan pengetahuan awal itu memang sengaja diperam sahaja. Untuk memperlekehkan 
kecurigaan ini sebagai satu pemikiran orang gila adalah sesuatu yang dikira terlalu 
awal. Apatahlagi setelah adanya catatan sejarah betapa perkara semacam ini pernah 
berlaku ke atas ketua politik negara di zaman dulu, termasuk tokoh liberal yang 
diminati, Franklin Roosevelt. Sudah ada bahanbukti yang amat  menyerlah betapa 
pentadbiran Roosevelt dulu sengaja gagal menyekat tindakan Jepun mengebom Pearl 
Harbour semata-mata mahu menyemarakkan kemarahan rakyat Amerika untuk membolehkan Amer!
ika menyertai Peperangan Dunia Kedua. (Ayoyo.!!!..macam seorang doktor malbari sengaja 
menyemarakkan kemarahan Melayu untuk mencetuskan Mei 13 rupanya...!! penterjemah) 
  
http://e-umno.tripod.com/mar_tag385.html

Bersambung Bahagian Dua....  

Tamat. 
Diterjemahkan oleh SPAR 
  

------------------------------------------------------------------------
<Picture><Picture>

<Picture>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Farina <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke