*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Lufti jawab anak Toyo, jgn guna sentimen Melayu bila dah tersepit. JKR kata kos buat jalan sejauh 20 kilometer sekitar RM40 juta, so Lufti tanya macammana boleh naik sampai dekat RM100 juta?? Anak Toyo juga cuba mengelak beberapa tuduhan dgn menuding bekas MB Selangor yg luluskan utk melepaskan dirinya. Dan yg terbaru anak Toyo terpaksa guna polis utk tutup mulut Lufti, nasib baik masih boleh ikat jamin.
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Hrkh) - Pengarang, Ahmad Lutfi Othman ditahan oleh polis dan dibawa ke IPD Seksyen 11 Shah Alam kira-kira jam 4.30 petang tadi selepas kira-kira 50,000 naskah akhbar Memo11nya dirampas. Lutfi yang menghubungi Harakah dalam perjalanan ke Shah Alam berkata, sekumpulan polis telah datang ke tempat percetakannya di Shah Alam dan bertindak merampas semua terbitan tersebut. Selepas itu, beliau dibawa ke rumahnya di Ampang sebelum di bawa ke IPD Seksyen 11, Shah Alah. Memo14 adalah akhbar yang diterbitkan khas oleh Lutfi untuk mendedahkan amalan yang dikatakan rasuah oleh Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo. Beliau bertindak menerbitkan akhbar berkenaan selepas membuat aduan kepada Ibu Pejabat BPR, Putrajaya baru-baru ini tentang amalan yang dikatakannya rasuah tersebut. Menurut Lutfi, beliau ke kilang tempat mencetak akhbar berkenaan apabila berlaku sedikit masalah teknikal tentang penerbitan tersebut. Selepas kejadian itulah, sekumpulan polis telah datang ke kilang itu dan merampas semua naskah yang telah siap dicetak. "Mereka kata, ia salah. Saya kata belum ditentukan lagi kerana masih dalam perbicaraan. Lagipun ia bukan penerbitan berkala sebagaimana yang dilarang melalui Akta Mesin Cetak. "Selepas itu, polis itu berkata, Encik boleh beri keterangan di balai (polis)," kata Lutfi. Lutfi juga memberitahu, serentak dengan penggeledahan di kilang cetak itu, polis juga ramai kelihatan di perkarangan pejabatnya di Medan Idaman, Gombak. Semalam, dua wartawan dan seorang jurugambar ditahan oleh polis bersama dengan 45 orang lagi yang berhimpun di Kemunting bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Berita Tambahan: Walau bagaimana pun Ahmad Lutfi Othman telah pun dibebaskan dengan diikat jamin pada malam itu. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Make a great connection at Yahoo! Personals. http://personals.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>