*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ text="#000000" bgcolor="#FFFFFF" link="#000099" vlink="#CC33CC" alink="#FF0000" background="background.jpg"> <Picture>....TERJEMAHAN ARTIKEL GLOBAL (416) Osama Laden Adalah Tokohnya Daripada Arkib “The Progressive” (http://www.progressive.org/webex/wxbin102401.html) http://e-umno.tripod.com/mar_tag416.html
------------------------------------------------------------------------ Catatan Pengarang: Eqbal Ahmad, seorang aktivis terpelajar Pakistan meninggal dunia pada Mei 11, 1999. almarhum telah memberikan satu wawancara kepada David Barsamian pada November 1998 (kita-kira tiga tahun dulu) dan telah diterbitkan di akhbar ‘The Progressive”. Berikut adalah petikan daripada temubual itu. S: Anda berada di Pakistan ketika Amerika Syarikat mengebom Afghanistan dan Sudan. Apakah yang anda lihat daripada semua itu? Ahmad: Amerika Syarikat ialah sebuah kuasa besar yang mendakwa mampu menjadi seorang hakim, pendakwa dan juga algojo. Anda tidak sepatutnya biarkan sistem itu membiak. Kita tidak membenarkan fenomena itu dalam sistem kita.Tetapi, kita biarkan sahaja ia membesar untuk menguasai negara. Kenapakah Amerika Syarikat tidak membentangkannya di forum antarabangsa dan dedahkan apa juga yang ia dapat terhadap Osama Laden sebelum mengebom Afghanistan dan kilang di Khartoum? Kini sudah diketahui bahawa kilang yang dimusnahkan di Khartoum tidak pun mengeluarkan senjata kimia. Pada 1986, saya pernah melawat sebuah khemah di Afghanistan yang kemudiannya dimusnahkan oleh Amerika. Pada asalnya khemah itu dibina dengan tajaan CIA. Amerika Syarikat telah membelanjakan sekitar $8 bilion dollar untuk menonjolkan ketokohan Osama bin Laden. Q: Apakah maksud anda sebenarnya? Ahamad: Osama Laden telah dipikat oleh CIA dan dilatih oleh Amerika untuk mempercayai dengan penuh ketabsuban bahawa apabila seseorang asing melangkahkan kakinya ke bumi anda sendiri, anda harus mencurigainya. Osama Laden cuma menjalankan arahan missinya yang pernah merupakah akujanji utama beliau terhadap Amerika satu ketika dulu. Kini, dia melaksanakan missi itu terhadap Amerika kerana pada anggapannya, Amerika sedang menakluk tanahairnya. Itulah yang sebenarnya. Dia membesar melihatkan Arab Saudi dirompak di siang hari oleh syarikat besar Barat dan kuasa barat. Dia pernah melihat warga Saudi, yang merupakan sebuah keluarga bernegara, menyerahkan sumber minyak kepunyaan orang Arab kepada Barat. Sehinggalah 1991, dia merasa lega kerana tanahairnya tidak dijajah. Tidak ada tentera Amerika, Peranchis ataupun British yang berpangkalan di Arab Saudi. Namun, kelegaan yang secebis itu telah dinafikannya ketika tercetusnya Perang Teluk dan peristiwa susulannya. Q: Apakah asal usul peranan CIA di Afghanistan? Ahmad: Apabila Soviet Union masuk campur dalam perbalahan perkauman di Afghanistan, seorang diktator fundamentalis di Pakistan, Zia ul-Haq, telah ditonjolkan ke hadapan, dengan bantuan CIA dan pergerakan mujahidin. (Sedangkan Zia-ul-Haq dilantik oleh Presiden Bhutto sebagai ketua tentera yang kemudiannya merampas kuasa dan menjatuhkan hukum mati keatas Zulfikar Ali Bhutto – pengarang) Yang diwujudkan ketika itu ialah sebuah pergerakan fundamentalis Islamia yang terlalu pekat ketaksubannya untuk mengganyang apa yang disebut ketika itu oleh dunia barat sebagai ‘The Evil Empire’ (Empayar Keiblisan). Daripada Amerika sahaja, pergerakan ini menerima $8 billion dollar banyaknya. Kemudian, campurkan pula tambahan $2 bilion dollar daripada Arab Saudi yang disalurkan hasil galakan Amerika. Selepas itu, petugas Amerikan menjelajah merata dunia Islam mengrekrut orang Islam untuk berjihad di Afghanistan. ‘Jihad’ sebagai satu fenomena yang bersifat kebangkitan bersenjata seantero dunia tidak pernah wujud dalam dunia Islam sejak abad ke-10. Fenomena itu telah disuntik semula dan diberikan nafas baru untuk kembali bertenaga dalam bentuk pan-Islamia dengan kuasa biaya Amerika. Melalui peperangan di Afghanistan, Amerika Syarikat sudah nampak satu peluang keemasan untuk membangkitkan dunia Islam memerangi pengaruh komunis. Makanya, direkrut mujahidin daripada segenap pelusuk dunia dengan biaya Amerika yang tidak ada hadnya. Saya telah menyaksikan ketibaan mereka di lapangan terbang dengan pesawat yang tidak terkira banyaknya, daripada Algeria, Sudan, Arab Saudi, Mesir, Jordan, dan Palestin. Mereka dibawa masuk dan dipantak segala ideologi, betapa perjuangan bersenjata itu adalah satu kemestian bertaraf kerja-suci. Justru lahirlah apa yang dikatakan kebangkitan jihad bercorak antarabangsa dan sekaligus apa yang dianggap kini sebagai pengganas Pan-Islamia itu turut dilahirkan juga. Mereka semuanya telah dilatih dan dilengkapkan dengan senjata oleh CIA. Hampir semua pertubuhan militan pergerakan Islamia di mana juga di dunia ini bermula daripada bumi Afghanistan. Orang CIA kini menggelarnya ‘the Islamic blowback” (Lantunan Islamiah). S: Pada pandangan anda kenapakah Barat terlalu bersedia menganggap Islam sebagai musuhnya? Ahmad: Ketika berakhirnya Perang Dingin, Barat sudah ketandusan ancaman yang membolehkannya bertindak untuk membulatkan segala dasarnya. Semua kuasa pemerintahan, samada yang berbentuk imperial ataupun yang teristimewanya yang bersifat demokratik tidak dapat memperkasakan kuasa mereka berasaskan nafsu-serakah, semata-mata.. Tidak ada orang yang menyokongnnya (kecuali Malaysia di bawah kukubesi seorang malbari tua - penterjemah). Mereka perlukan dua perkara: satu berbentuk momokan dan satu berbentuk missi peperangan. Orang British menonjolkan missi mereka sebagai pemikul ‘Bebanan Orang Kulit Putih’. Orang Peranchis pula menonjolkan ‘la mission civilisatrice’ (missi ketemadunan). Orang Amerika, pada tahap awalnya mempunyai ‘Manisfest Destiny’ (Menifesto Takdir). Kemudian mereka impikan missi “standing watch on the walls of world freedom” (missi polis dunia) mengikut ungkapan kata-kata John F. Kennedy. Setiap satu manisfesto itu terpaksa berhadapan dengan warna-warna ‘Kehitaman’,! ‘Kekuningan’ dan akhirnya ‘Kemerahan’ yang dikaitkan kepada bahaya yang terpaksa mereka hadapi. (Yang pasti, walaupun tidak menyebutnya, Amerika kini dihantui oleh ‘The Green Peril’ - Bencana Kehijauan – satu kebangkitan tentangan Islam yang disebut akan berlanjutan selama setengah abad – penterjemah). Apabila ada momok yang menhantui, mesti ada missi untuk memeranginya, dan rakyat pasti merestuinya. Buat masa ini, Amerika Syarikat dinafikan hak mewujudkan missi kerana ketiadaan hantu untuk diganyangnya. Ini merupakan satu missi yang anih apabila diambilkira Amerika sabagai sebuah negara yang selama hampir 100 tahun memberikan sokongan kepada kewujudan kerajaan kediktatoran, mula-mula di Latin Amerika dan kemudiannya di seantero dunia. Dalam pencarian mahukan sarang keganasan itu, Amerika telah berpaling kepada Islam. Pilihan ini dianggap mudah kerana barat sudah lama menghadapi penentangan di Algeria, kemudiannya di Mesir, Palestian dan revolusi Iran. Sebahagian sarang cabaran itu memang terletak di satu lokasi yang sungguh strategik: di situlah juga tersimpannya khazanah bumi berbentuk sumber minyak untuk keperluan Barat. S: Apakah pandangan anda mengenai Taliban di Afghanistan? Ahmad: Taliban itu adalah satu kumpulan yang mundur (fahaman kemodenannya – penterjemah) dan amat sukar untuk dijumpai. Tahun lalu (1996), saya telah berada selama dua minggu di Afghanistan. Pada satu hari, saya terdengar bunyi bising laksana gendang dipalu di rumah tempat saya menumpang. Saya keluar melihat apa sebenarnya sedang berlaku. Terdapat seorang anak muda yang mungkin belum sampai 12 tahun usianya. Kepalanya botak dicukur, dan ada seutas tali yang digantung di lehernya. Dia sedang diseret dengan tali. Ada seorang lelaki yang mengekorinya di belakang sambil mengetuk gendang dengan perlahan. Saya bertanya, “Apa kesilapan budak itu?” Ada orang menyahut bahawa budak itu telah ditangkap berbuat dosa. “Apa dosanya?” soal saya. “Dia telah ditangkap bermain dengan sebiji bola tenis.” Saya pun pergi menemubual salah seorang pemimpin Taliban. Dia berkata, “Kami melarang anak-anak lelaki bermain bola kerana ia dianggap satu punca nafsu kepada lelaki.” Jadi, logika yang sama membuatkan mereka mengurung kaum wanita di sebalik serungkup muka dan tembok rumah mereka, dan menghalang anak-anak muda daripada bermain. Ini yang saya sebut sebagai satu macam ‘gila’. Kumpulan ini (semacam) anti-wanita, anti-muzik, anti-kehidupan, sedangkan beberapa ramai pegawai tertinggi Amerika Syarikat pernah datang melawat mereka dan berbual serta berbincang dengan mereka. Keseluruhan tanggapan di rantau kami ini, AS telah memberikan sokongan padu kepada kumpulan ini. (Ha..ha...ha...jadinya Taliban menjadi gila begini atas galakan dan tajaan Raja Iblis Seluruh Dunia – Amerika Syarikat Kecuali setiap kali pegawai tinggi Amerika ini tiba, mereka dipukau dulu tidak melihat segala kegilaan itu ? - penterjemah). S: Apa sebabnya Amerika berlagak seperti itu? Ahmad: Apabila Soviet Union hancur bekecai, semua republik jajahannya mendapat kemerdekaan mereka. Gagasan republik Asia Tengah, yang mempunyai penduduk secara majoritinya orang Islam, merupakan negara yang kaya raya dengan khazanah minyak dan gas asli. Semua minyak dan gas mereka dulu disalurkan melalui Soviet Union. Kini, bermulalah satu percaturan baru: Bagaimana cara yang terbaik untuk menyalurkan minyak dan gas itu untuk kegunaan dunia? Di waktu inilah beberapa syarikat gergasi Amerika bersatu melangkah masuk ke situ. Texaco, Amoco, Unocal, Delta Oil – semua ini adalah gergasi minyak Amerika yang berlumba-lumba menyondol Asia Tengah untuk tumpang tui menonjolkan sekaki di pintu simpanan minyak dan gas di sana. Mereka tidak berminat membina satu saluran paip di Iran, kerana pada waktu ini Iran masih mereka diboikot. Lagipun Iran dianggap seteru ketat Amerika. Mereka memilih Afghanistan dan Pakistan sebagai tempat yang terbaik untuk menyalurkan paip bekalan. Apabila berjaya bererti Russia turut dipinggirkan juga. Cuba bayangkan kisah ini: Presiden Clinton pernah menelefon beberapa presiden; Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan dan Azerbaijan dan memujuk rayu agar mereka menyetujui menandatangani satu kontrak pembikinan paip saluran. Saluran paip itu akan merentasi Afghanistan. Dalam permainan catur politik ini, kedua-dua pihak di Pakistan dan Amerika bertukar pendapat siapakah yang merupakan puak yang lebih dipercayai untuk menentukan keselamatan paip yang akan terpasang nanti. Mereka telah memilih untuk melantik satu kumpulan fundamental Islamia yang sungguh ganas dan paling berani untuk menjamin keselamatan saluran paip itu nanti – Taliban. Dalam keadaan ini, penelitian Amerika Syarikat tidak lagi tertumpu kepada titik-bengik siapakah yang paling fundamental dan siapa yang lebih bertamaddun, siapakah yang menyayangi kaum wanita mereka ataupun mendera mereka dengan zalimnya. Isu yang dipentingkan ialah, siapakah yang berkemungkinan dapat menjamin keselamatan saluran minyak dan gas itu nanti. ....bersambung: bahagaian 2. Terjemahan oleh SPAR - 30 Oktober 01. ------------------------------------------------------------------------ <Picture><Picture><Picture> <Picture> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Farina <[EMAIL PROTECTED]>