*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Laman Webantu KM2: 6274 File Size: 8.9 Kb * | KM2 Index | TAG SP 412: Scotsman: Blair disindir di Damsyik By A.Hardie, J. Beattie 2/11/2001 11:40 am Fri http://lamankm2.tripod.com/cgi-bin/m/KM2/forum.cgi?read=6274 ["Resistance to liberate land (such as Palestine) is an international right that no one can deny," - Assad. -Editor] The Scotsman Blair disindir di Damsyik (Blair snubbed on diplomatic visit to Damascus) Oleh: Alison Hardie dan Jason Beattie Tony Blair mengalami satu peristiwa yang menjatuhkan airmuka ketika melawat Syria kelmarin, dalam satu pusingan lawatannya melaksanakan pujukan diplomasi untuk mendapat sokongan terhadap peperangan gila memerangi keganasan. Percaturan Perdana Menteri Britain itu untuk melawat Damsyik nampaknya sudah melantun balik apabila Presiden Bashir Assad mengecam serangan bom udara terhadap Afghanistan dengan membuat perbandingan antara kumpulan Hamas dan Hezbollah kepada pasukan 'Free French' pimpinan General de Gaulle ketika Perang Dunia kedua dulu. Presiden itu telah mengutuk serangan udara tersebut dan mendakwa ratusan orang awam yang terbunuh setiap hari. Katanya: 'Kami tidak boleh terima apa yang kami lihat di TV setiap hari bagaimana orang awam yang tidak berdosa dibunuh. Setiap hari ratusan nyawa yang terkorban.' Dalam pertemuan mereka itu, Blair cuba menonjolkan talian hubungan antara Barat dan dunia Arab. Namun, mesejnya itu telah dibayangi taksiran Presiden Assad terhadap serangan keatas Afghanistan. Beliau menyebut: adalah satu kesilapan menuding jari kearah seorang insan, walaupun dia enggan menyebut nama Osama bin Laden, dan Barat mesti menangani 'keganasan setiap hari' yang diamalkan oleh Israel terhadap rakyat Palestin. Presiden Assad berkata bahawa Syria menyokong usaha masyarakat antarabangsa untuk memerangi keganasan, namun 'kami melakukan penilaian membezakan antara perjuangan keganasan dan peperangan.' Perbezaan pendapat mereka tu menjadi pengetahuan umum setelah mereka berdua berbincang selama tiga jam secara peribadi. Itulah lawatan Perdana Menteri itu yang pertama ke Syria dan beliau telah memberi gambaran bahawa perbincangan mereka itu sebagai ikhlas dan 'terbuka'. Itulah juga merupakan kali pertama Blair berdepan dengan kontroversi yang menyangkuti kempen AS/UK, walaupun para pembantunya bertegas mengatakan beliau memang sudah menjangka Presiden Assad akan menyatakan penentangannya kepada serangan udara itu. Blair kemudiannya terbang ke Arab Saudi untuk berbincang dengan Raja Fahd di Riyadh dan dengan Putera Mahkota Abdullah. Ada lapuran yang telah dinafikan secara rasmi, betapa lawatan itu pada tahap awalannya ditunda kerana kerajaan Saudi khuatirkan rusuhan di ibukota Saudi itu. Sekurang-kurang 15 daripada perampas pesawat dalam episod 11 September, dulu memegang paspot Saudi, walaupun negara itu telah menafikan penglibatannya secara rasmi. Inilah missi diplomatik yang keempat bagi Blair sejak berlakunya peristiwa ngeri itu, dan dia telah membincangkannya dengan kerajaan Saudi akan kepentingan menubuhkan sebuah kerajaan yang bersifat pelbagai kaum di Afghanistan sebaik sahaja kerajaan yang ada tumbang. Di sebalik segala kata-kata diplomatic yang keras di Damsyik semalam, Blair masih yakin dengan pertemuan meerka dan bertegas bahawa diaolog itu adalah penting daripada ia tidak dilakukan. Beliau berkata: 'Saya fikir saya perlu memahami betapa wujudnya pendirian yang berbeza dalam suasana sekarang. Tetapi, kita perlu berpendirian samada berdialog ataupun tidak dan kemudiannya membina satu jambatan kefahaman untuk masa depan kita.' Catatan Penterjemah: Orang Melayu harus sedar tiga perkara dalam hal ini untuk dijadikan iktibar: 1) Umur Bashaar Assad hanyalah 35 tahun, berbanding seorang malbari tua di Malaysia yang lebih dua kali ganda. Bashaar Assad berani bersuara lantang menyanggah kuasa besar Amerika yang mengirim proksi terbesarnya Tony Blair. Bashaar Assad menerima didikannya di England seperti ramai Menteri Malaysia UMNO yang lain, yang lebih tua daripada beliau. Tetapi beliau lebih berani menyanggah seorang Perdana Menteri Britain sedangkan anak emas masyarakat Melayu yang terdidik di England dan luar negara atas titik peluh bangsanya sanggup berdiam diri dalam kisah Afghanistan. 2) Sejak Amerika dan Britain menyerang Afghanistan, tidak ada satu pun akhbar utama dunia ini yang menyebut kerajaan Taliban itu sebagai 'regim Taliban'. Malangnya, TV Malaysia yang ditunjangi oleh orang beragama Islam sanggup menggelar kerajaan Taliban yang sah itu dengan panggilan 'regim Taliban'. Sayang, jauh sangat terpesongnya cara hidup orang Melayu yang boleh diiktiraf bertaraf bangsat itu, walaupun yang berbuat demikian kita faham adalah segelintir sahaja, kerana yang lain itu sudah bertaraf cari-makan sahaja. Wallahua'lam. 3) Utusan Melayu dan Berita Harian ada menghantar beberapa wartawan Melayu ke Afghanistan dengan tujuan asalnya untuk membuat lapuran pergolakan di medan perang. Apakah hasil lapuran mereka selain memetik berita barat yang mudah kita sendiri petik di emel di Malaysia? Siapakah yang membiayai kos mereka itu kalau bukan orang Melayu seperti peneroka FELCRA yang terpaksa berbelanja besar membeli hartanah Utusan dulu untuk mengelakkannya kerugian besar. Selepas ini siapa pula yang akan dijadikan mangsa menampung kerugian akhbar ini, termasuk perbelanjaan wartawan yang melengkar di sana? Ataupun apakah mereka di sana untuk mengumpulkan maklumat berapa ramai pelajar Melayu di sana yang berkemungkinan berjuang bagi pihak Taliban??? Fikirkanlah bangsaku!!!!!!! - penterjemah. ------------------------------------------------------------------------ Asal: http://www.thescotsman.co.uk/scotland.cfm?i d=120145&keyword=blair%20snubbed Blair snubbed on diplomatic visit to Damascus Alison Hardie and Jason Beattie TONY Blair endured a humiliating public snub in Syria yesterday during the latest leg of his diplomatic offensive to win support for the war against terrorism. The Prime Minister's gamble in visiting Damascus appeared to have backfired as President Bashar Assad denounced the allied bombing raids over Afghanistan and compared violent groups such as Hamas and Hezbollah to the Free French under General de Gaulle during the Second World War. The president condemned the air attacks and claimed they were killing hundreds of civilians every day. He said: "We cannot accept what we see on our television every day of the bombing of innocent civilians. There are hundreds now every day." During the encounter in Damascus, Mr Blair sought to highlight the common ground between the West and the Arab world. However, his message was overshadowed by President Assad's assessment of the attacks on Afghanistan. He said it was wrong to point the finger of guilt at one man, although he declined to mention Osama bin Laden by name, and said the West must also confront the "daily terrorism" practised by Israel against the Palestinians. President Assad said that while Syria supported international co-operation to combat terrorism, "we have to differentiate between fighting terrorism and war." He added: "We strongly believe that war does not combat terrorism. Combating terrorism can take many shapes, such as intelligence, political, informative and cultural co-operation." The public disagreement came after three hours of private talks between the two leaders which Mr Blair, the first Prime Minister to visit Syria, later described carefully as "candid". It was Mr Blair's first face-to-face confrontation with the controversy caused by the US/UK campaign, although aides insisted he had expected President Assad to re-state his well-known hostility to the bombing. The Prime Minister later travelled to Saudi Arabia, where he held talks in Riyadh with King Fahd and Crown Prince Abdullah. Reports, officially denied, claimed an earlier visit had been cancelled because the Saudis believed his presence in the capital could be inflammatory. At least 15 of the hijackers who committed the 11 September suicide attacks were Saudi in origin, although the country officially denies involvement. Mr Blair, on his fourth whirlwind diplomatic mission since the atrocities, said he had discussed with the Saudis the need to form a broad-based government in Afghanistan after the Taleban regime collapses or is toppled. Despite the difficult diplomatic language in Damascus yesterday, Mr Blair remained upbeat after the encounter and insisted it was better for dialogue to take place than for none to happen at all. He said: "I think we have to understand there are different perspectives people will bring to this situation. But you can either stay out of the dialogue or get into it and build a bridge of understanding for the future." ------------------------------------------------------------------------ V: 303 D: 0.020 secs ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Farina <[EMAIL PROTECTED]>