*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
text="#000000" bgcolor="#FFFFFF" link="#000099" vlink="#CC33CC" alink="#FF0000" 
background="background.jpg">   
 
<Picture>....TERJEMAHAN ARTIKEL GLOBAL (432) 
Mahathir Dicela Kerana Mengada-ngada 
(Malaysian PM rebuked for threat to UK gay ministers)
Oleh: Nicholas Watt

http://e-umno.tripod.com/mar_tag432.html

------------------------------------------------------------------------
Britain mengeluarkan satu kenyataan mencela Mahathir, semalam, setelah perdana menteri 
itu mengugut mahu menolak ketibaan sebarang menteri British yang hidup secara 'gay' 
daripada melawat negara ini bersama teman-teman mereka.  

Dalam satu kenyataan yang keras, Pejabat Luar British telah berkata: "Jack Straw 
menganggap bahawa kisah peribadi seseorang itu harus dihormati." Kenyataan beliau itu 
dilihat sebagai menyokong Ben Bradwshaw menteri luar yang diketahui berfahaman gay dan 
dijangka berkemungkinan melawat Malaysia.  

Sumber Jabatan luar bertegas,, Mr.Bradshaw yang bertemu denan Pesuruhjaya Tinggi 
Malaysia di London beberapa minggu sejurus perlantikannya Jun lalu, akan terus 
berusuran dengan Malaysia.  

Pertelagahan diplomatik itu meledak apabila Mahathir mengugut menghalau 
menteri-menteri British seandainya mereka "melawat negara ini bersama teman mereka." 
Dalam satu wawancara program "Today" kelolaan Radio 4, Mahathir yang pernah 
memenjarakan bekas timbalannya berasaskan tuduhan palsu kerana sodo** dan korupsi, 
berkata bahawa tingkahlaku homoseksual tidak boleh diterima di negara Islam seperti 
Malaysia. (tetapi memfitnah dan berbohong, dan mencuri wang rakyat boleh - 
penterjemah)  

"Rakyat British boleh menerima seorang menteri begitu tetapi kalau mereka tiba di sini 
dan membawa teman mereka bersama, kita akan halau mereka keluar," kata beliau.  

Peter Thatchell memberitahu, seorang aktivis gay, berkata kenyataan perdana menteri 
itu tidak mengejutkan memandangkan rekod hak asasi Malaysia yang sungguh haprak. "Di 
Malaysia , satu hubungan gay yang bertaaf suka sama suka boleh dihukum penjara selama 
20 tahun dan sebat dan ini merupakan salah satu hukuman yang paling berat di dunia 
ini, menyangkuti kisah hubungan gay," kata beliau.  

Mr. Thatchell memberi amaran betapa kenyataan Mahathir itu menunjukkan sifat beberapa 
negara yang terbabit dengan pakatan sejagat memerangi keganasan. Segelintir sekutu 
Britian adalah bersifat "tidak stable, dan ramai yang tidak boleh dipercayai."  

"Nampaknya perdana menteri Malaysia itu cuba menunjuk-ajar kerajaan kita siapa yang 
patut dihantar sebagai wakilnya untuk berurusan dengan mereka," kata Thatchell.  

Para penyokong Anwar Ibrahim telah menolak segala tuduhan yang ditohmahkan 
terhadapnya, dengan bertegas dia dipenjarakan setelah dia menunjukkan keberanian 
mencabar perdana menteri beliau. Namun, Mahathir mendakwa hukuman undang-undang perlu 
dipatuhi.  

"Kita tidak boleh mempunyai seorang timbalan perdana menteri yang berkelakuan begitu, 
dalam negara ini," kata beliau. "Kerana itu kami bertindak. Di dalam negara ini 
seorang yang homoseks tidak boleh diterima menjadi perdana meneri."  

Malaysia telah mengutuk serangan Septermber 11 ke atas Washington dan New York. Tetapi 
Mahathir yang kini diasak dengan hebatnya oleh parti Islam yang membangkang, enggan 
menyokong tindakan mengebom Afghanistan.  

Kami tidak percaya menyerang Afghanistan itu akan menyelesaikan masalah. Kalaulah kami 
dilihat memberikan sokongan kepada Amerika secara berterusan, kami akan kehilangan 
sokongan, daripada rakyat negara sendiri. Mereka (Amerika) mesti mencari sebab kepada 
masalah itu. Orang tidak mengorbankan diri mereka secara bersahaja. Tentu ada yang 
mereka perjuangkan."  
  

------------------------------------------------------------------------
<Picture><Picture>

<Picture>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Farina <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to