*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Ini bermakna, tak adalah lagi convoy balik mengundi
sambil menghibar bendera di kereta - yg mana satu
pengalaman interesting juga.

Apakah undang2 ini serba sedikit boleh menggugat
beberapa seat di kelate dan teganu yang terkenal
dengan para2 pengundinya yang bersusah payah balik
berbondong2 dari KL dan tempat2 lain semata2 untuk
menurunkan 1 undi?

-------------

Kawasan mengundi seperti alamat di kad pengenalan mulai April

PUTRAJAYA 4 Nov. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewajibkan para pemilih menggunakan 
alamat terbaru seperti dalam kad pengenalan sebagai kawasan mengundi mulai April tahun 
depan bagi mengelakkan masalah dakwaan `pengundi hantu'.

Peruntukan itu yang akan dimasukkan dalam pindaan undang-undang pilihan raya, akan 
menentukan alamat tetapi tempat tinggal sebagai tempat mengundi, bukannya alamat 
konstruktif yang turut dibolehkan pada masa sekarang.

``Kita akan menggunakan alamat dalam kad pengenalan untuk menentukan tempat seseorang 
itu hendak mengundi.

``Tetapi kalau tidak boleh menunjukkan alamat baru, dia (pemohon) harus membuktikan 
dengan dokumen lain untuk menyatakan alamat baru tempat tinggalnya,'' kata Pengerusi 
SPR, Datuk Ab. Rahsid Ab. Rahman kepada Utusan.

Dengan langkah itu, kata beliau, SPR akan menggunakan takrif residen bukannya 
konstruktif residen mulai sekarang.

Kata beliau, SPR akan menggunakan pendekatan itu memandangkan kini seseorang pemilih 
boleh mengundi di mana-mana bahagian mereka ingini dengan syarat mereka pernah tinggal 
di kawasan berkenaan.

``Kita tidak lagi mahu menggunakan alamat konstruktif,'' katanya lagi.

Kata Ab. Rashid, memandangkan tiada masalah untuk mendapatkan kad pengenalan termasuk 
perubahan alamat tempat tinggal, peruntukan baru akan diperkenalkan mulai tahun depan.

``Mereka yang mendaftar sebagai pemilih baru akan diwajibkan menggunakan alamat pada 
kad pengenalan.

``Bagi mereka yang telah menjadi pemilih pula akan digalakkan mengubah alamat pada kad 
pengenalan jika telah berpindah ke tempat baru,'' katanya.

Malah, undang-undang pendaftaran negara juga menghendaki seseorang menukar alamat 
tempat tinggal dalam tempoh 90 hari selepas berpindah ke tempat lain.

Jelas Ab. Rahsid, seseorang yang mendaftar sebagai pemilih juga boleh menggunakan 
dokumen-dokumen lain seperti bil air ataupun elektrik sebagai bukti alamat tempat 
tinggal baru.

Mengenai kaedah pendaftaran sepanjang tahun, beliau memberitahu, ia juga akan 
dilaksanakan mulai bulan April tahun depan.

Kata beliau, pendaftaran menggunakan format baru itu akan menjimatkan masa sehingga 
120 peratus iaitu pengurangan tiga hingga lima bulan bagi menyiapkan daftar pemilih.

``Kini proses menyediakan daftar pemilih mengambil masa enam hingga lapan bulan.

``Dengan adanya pendaftaran sepanjang tahun, nama seseorang akan dimasukkan ke dalam 
daftar tiga bulan selepas dia memohon,'' katanya.

Dengan pelaksanaan langkah itu, tambah beliau, akan terdapat tiga daftar pemilih 
peringkat awalan yang kemudian akan disepadukan menjadi daftar pemilih asas bagi 
tahun-tahun berkenaan.

Dalam pada itu, buletin suruhanjaya berkenaan, Berita SPR, yang turut menyentuh 
mengenai pendekatan tersebut menekankan bahawa kerajaan telah pun memberikan 
persetujuan untuk pelaksanaannya.

``Kaedah baru ini akan dijalankan mengikut undang-undang baru menggantikan 
peraturan-peraturan lama yang akan dimansuhkan,'' jelas buletin itu.

Sebahagian besar butir-butir peraturan lama dikekalkan melainkan lima aspek utama 
iaitu:

* Pendaftaran akan dibuka sepanjang tahun kepada semua warganegara yang layak;

* Tarikh kelayakan pemilih akan mengikut pencapaian umur 21 tahun pada bila-bila masa;

* Pameran daftar akan dibuka selepas setiap tiga bulan pendaftaran;

* Setiap bantahan dan tuntutan akan disemak dan dibuat siasatan awam jika perlu;

* Nama-nama yang tidak dibantah akan disahkan pada bulan berikutnya.

``Untuk mendaftarkan sebagai pemilih, setiap warganegara yang layak hanya perlu 
membawa kad pengenalan atau dokumen-dokumen pengenalan diri lain yang rasmi.

``Bagi permohonan untuk pertukaran alamat pendaftaran, pemohon perlu menunjukkan 
surat-surat rasmi majikan atau bil-bil rasmi yang menunjukkan nama dan alamat baru 
pemohon,'' jelas buletin itu lagi.

  
-- 

_______________________________________________
Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
http://www.mail.com/?sr=signup


Have you downloaded the latest calling software from Net2Phone? Click here to get it 
now!

http://www.net2phone.com/cgi-bin/link.cgi?157




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "apa nama" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to