*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Hmm...dok tengok baca hizbinet dua tiga hari ini, terasa nak menyampuk tapi dok tunggu idea mai, tak mai mai.
Selalu sangat dok gebang pasal politik, sekali sekala hala mai ke bab nikah kahwin nie okay jugak . Topik ini semua orang suka, UMNO suka PAS suka; kita suka dan orang-orang macam sdra imranibrahim pun suka... Dulu-dulu nie saya tak berapa nak layan sangat kalau orang sembang pasal kahwin dua tiga nie. 'Satu pun tak habis makan, nak dua tiga pulak'; sekurang-kurangnya itu yg saya pikiaq dulu. Sekarang nie, bila dah lama kahwin, bila dah lama hidup, bila dah lama berkawan dan berkembara di alam dewasa; sedaq tak sedaq kita nie dah makin tua; tengok kiri kanan, ish banyaknya janda-janda (bukan sengaja nak pilih janda) yg hidupnya tanpa pembelaan dengan anak2 yg perlukan bantuan. Okaylah panggil janda mungkin sensitf, apa kata kalau saya panggil ringkasnya sebagai IT (Ibu Tunggal). Berikut ada 3 kes, kisah benar yg membuka minda saya mengapa saya rasa kita perlu mula mengambil langkah berani cuba menghidupkan sunnah rasulullah saw dlm isu ini: 1. Dulu, saya ada seorang kawan, cikgu sekolah, selalu dok pi dengaq ceramah mat sabu, haji hadi, fadil noor dll bersama-sama. Kalau org lain tak mau pi pun, kami pi dua orang saja. Satu hari tu saya dapat berita, dia meninggal kena timpa dahan pokok depan rumah dia yg dia tengah dok cantas (nak mati macam2 cara). Saya hantaq mayat dia sampai ke lubang kubuq. Kesian bini dia, anak dia sorang tu cacat, petang2 arwahlah yg bawak anak tu jalan2 (kerusi roda). Bila dia mati, hiduplah bini dia (nasib baik kerja) dgn anak2 tu. Dah berapa tahun dah berlalu, baru2 nie saya dengar anak yg cacat tu meninggal pulak. Kesian kat bini dia dan anak2 yg lain. Saya nak bantu pun tak tau macam mana. 2. Ada sorang cikgu sekolah (pompuan), sekali tu suami dia meninggal sebab kanser. Anak2 ramai, saya dok tengok dia dok usung anak2 dia dgn keta dia tu pi sana pi sini....sorang sekolah tu sorang sekolah nie etc. Respect sungguh kat dia, nampak cekal sungguh. Dah lama dah dia join kelompok IT, nampak cekal dan kemas...tapi jauh di sudut hati dia, Allah saja yg tau betapa teruknya dia nak membesarkan anak2 tapi suami di sisi. Baru2 ni saya dengar cerita dia anak beranak terpaksa pindah sekolah ke Kuala Lumpur....pasal apa? sebab salah seorang anak dia tu kena sejenis penyakit yg menyebabkan dia dok kena ulang pi Hospital kat KL tu selalu. Kesian dia.... 3. Kisah no 3 nie pulak berlaku dekat area kawasan saya. Ada sorang pompuan (tak kerja) kahwin dengan sorang engineer; tak pasti berapa orang anak dia, tak silap 2 orang. Sekali tu, si suami meninggal dunia. Mungkin dengan harta peninggalan sang suami, dia boleh terus survive dengan anak2 dia dok rumah tu. Dia nie pakai tudung labuh, alhamdulillahlah. Bila dah jadi ibu IT, orang tak berapa nak peduli; kalau ada orang lelaki yg ikhlas nak bertanya habag,nanti silap2 kena pelangkong dengan si bini. Yg bini pulak takut nak dekat, ya lah ibu IT tu tak tua mana. Satu hari saya dengar cerita, rumah dia kena masuk dengan pencuri....orang pecah masuk. Nasib baik masa tu dia anak beranak tak dak dlm rumah, kalau tidak kesian betoi kat dia. Saya rasa semacam bila org cerita macam tu sebab saya dok bayangkan katakan saya pi outstation, kemudian org pecah masuk rumah saya dgn bini dan anak2 saya ada dlm rumah....macam mana rasa... Itu cuma beberapa cebis kisah IT di luar sana; banyak lagi yg tertimbun di bawah kesibukan kehidupan kita, tak kira di kota mahu pun di desa.....CINTAILAH IT!!! Kerana tu, dengan uban dah makin berbunga di kepala nie, tanpa berniat melukai hati sapa-sapa tambah2 lagi hati dang bini yg tersayang....lately tanpa diundang, terlintas di hati kecil ini: "Ish, macam mana kalau aku nikah sorang lagi....dengan IT!!" -Ru Antara- ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: =?iso-8859-1?q?Ra=20Barakuda?= <[EMAIL PROTECTED]>