*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
<Picture><Picture: hosted by tripod>E-mail this page to a friendTell me when this page 
is updated  
  
<Picture>....TERJEMAHAN ARTIKEL GLOBAL (453-2) 
Empayar Angkuh Yang Semakin Nazak 
Bhgn. 2 
(The American Empire On Its Deathbed) 
Oleh: Liz Michael c.2001 : Sierra Times.com 6/11/01

http://e-umno.tripod.com/mar_tag453_2.html

------------------------------------------------------------------------
Rang Undang-Undang Anti Keganasan Menyediakan Waran Kematian 

Kongres Amerika Syarikat telah mengusahakan beberapa rang undang-undang dalam usaha 
mengawal semula keadaan dengan menggunakan satu akta yang dinamakan dengan akronim 
PATRIOT Act. Perundangan itu merupakan segelintir peraturan yang paling mencekik 
kebebasan yang pernah diluluskan sejak beberapa dekad yang lalu. Presiden George W. 
Bush dengan mudah menandatangani akta tersebut tanpa sebarang bantahan, malahan beliau 
memang begitu girang melaksanakannya. Sama ada dia sedar mahupun tidak, pada ketika 
itu, George W. Bush, telah menandatangani satu waran kematian Empayar Amerika. 

Sememangnya ia adalah satu waran kematian Empayar Amerika kerana beberapa sebab. 
Pertama, ia telah menggabungkan beberapa pihak yang kecil-kecilan tetapi penting, di 
sebelah kiri, tengah dan kanan, MENENTANG kerajaan Amerika Syarikat. Penggabungan ini 
merupakan manusia biasa yang semakin prihatin kepada kebebasan dan kemerdekaan. Secara 
asasnya, Presiden dan Kongres Amerika telah memberitahu setiap individu apakah itu 
konsep kebebasan dan kemerdekaan di Amerika, daripada aktivis ACLU hinggalah penentang 
WTO-NAFTA, kepada agamawan yang konservatif hinggalah pedagang  yang berfikiran bebas, 
agar semua mereka ini pergi jahanam. Dengan lain perkataan, mereka telah memberitahu 
setiap patriot Amerika yang tulen supaya jangan menyibuk lagi. Kebebasan dan 
kemerdekaan itu adalah unsur yang tidak dianggap penting lagi. Yang lebih dipentingkan 
ialah keselamatan. Anda harus duduk dan tutup mulut, kibarkan bendera negara seperti 
yang diarahkan. 

Sekaligus mereka menghidupkan kembali amaran Benjamin Franklin (seorang bekas presiden 
Amerika – penterjemah) satu ketika dulu, bahawa mereka yang menggadaikan kebebasan 
kerana pentingkan keselamatan tidak layak menerima apa-apa. Yang menjadi tragedi 
kepada mereka ialah kerajaan akan menjadi bahan sasaran yang lebih besar daripada 
sebelumnya. 

Luputnya “Peperangan Membasmi Keganasan” 

Alasan yang kedua ialah, kemunculan waran kematian itu akan menentukan kecundangnya 
Peperangan Membasmi Keganasan. Perlukah kegagalan itu disandarkan kepada insurans? 
Betul. Bagaimana? Kenapa? 

Adalah tidak penting lagi bagaimana askar Amerika menjalankan peranan mereka di luar 
negara. Adalah tidak pentung lagi sama ada mereka berjaya membunuh Osama bin Laden. 
Begitu juga dengan jumlah anggota Al-Qaeda yang akan mereka bunuh di luar negara. 
Ukuran sebenar kejayaan ataupun kegalan Peperangan Membasmi Keganasan (PMK) akan 
bergantung kepada kemampuan tanah besar Amerika mempertahankan segalanya selepas semua 
retorik dan tindakan di seberang laut itu digembleng dan dianggap sudah selesai. 

Ini membawa kita kepada alasan yang ketiga kenapa empayar Amerika itu akan pupus juga. 
Ia ada kena mengena dengan dasar imigresen negara. Daripada sejumlah dasar baru yang 
dikuatkuasakan sejak beberapa bulan yang lalu untuk menentukan keselamatan setiap 
manusia di negara ini, yang paling terserlah yang mungkin membawa kebaikannya ialah 
untuk menutup semua pintu masuk di sempadan dan membatalkan segala visa dan ‘green 
cards’ (satu sistem pra-kelayakan seseorang luar menjadi warga Amerika - penterjemah), 
yang pernah diberikan kepada sesiapa  yang memasuki negara ini daripada negara yang 
beragama Islam. Inilah satu akta yang mampu menyekat lebih ramai pengganas memasuki 
negara ini, dan boleh menjadi satu mekanisme untuk menghantar pulang sekitar 95% bakal 
pengganas yang masih meraban di negara ini. 

Sebaliknya kita telah mempersilakan warga Syria datang menyertai kursus memandu 
pesawat terbang dan kita juga berhasrat mahu memberikan orang Pakistan yang 
menyebelahi Taliban kartu bebas (carte blanche) untuk memasuki negara ini dan 
berkecimpung dalam aktiviti keganasan. 

Oleh kerana alasan yang ketiga itu tidak dapat diperbetulkan, agen-agen yang 
berkemungkinan menghancurkan Amerika di bulan-bulan yang mendatang dan tahun 
berikutnya, dan mengorbankan berjuta manusia lagi, sudahpun berada dalam negara ini 
dan akan terus kekal di sini. Lambat-laun mereka akan menjalankan tugas mereka. Semua 
pengganas ini akan menghancurkan tanah besar Amerika. Mereka akan melaksanakan tugas 
itu tidak kiralah betapa berjayanya kita menakluki medan perang di luar negara. 
Malahan, adalah serba mungkin setiap kali kita menghenyak al-Qaeda di luar negara, 
setiap kali itu pula pengganas di dalam negara kita ini akan menghancurkan kita. 

Rakyat Amerika tidak akan memaafkan kerajaan dan segala agensi kerajaan yang akan 
merelakan perkara ini terjadi. Mereka sendiri akan berpaling tadah dan menghancurkan 
apa juga yang masih tinggal tidak terjejas oleh al-Qaeda ketika itu nanti. Sama ada 
mereka menjadi ahli Demokrat ataupun Republikan tidak membawa sebarang makna kepada 
mereka kerana mereka semua telah membiarkan perkara itu berlaku, dan kedua pihak ini 
juga yang akan menanggung dosa kerana membiarkannya dilakukan. 

FBI menunjukkan bahan bukti kehilangan pengawalan 

Kini, sekali-sekala, pegawai kerajaan sudahpun menangkap segelintir manusia pemusnah 
ini. Sebagai contohnya, peristiwa mahu meledakkan ‘Millennium Bomb’ telah dapat 
ditumpaskan. Tetapi, tidaklah sampai mereka itu dapat ditangkap, semuanya, bertepatan 
dengan masanya. Kerajaan mengambil masa selama tujuh belas tahun untuk menangkap 
pengganas pos yang terbesar, yang disebut ‘the Unabomber’, sedangkan dia hidup hanya 
di sebuah teratak sahaja. Mereka berjaya apabila Timothy McVeigh memandu sebuah 
kenderaan yang tidak mempunyai plet nombor; tetapi mereka masih tidak berjaya 
menangkap beberapa orang lagi yang bersekongkolan dengan McVeigh. Kerajaan sudahpun 
memenjarakan satu ribu orang asing gara-gara peristiwa ngeri 9-11: kalau adapun mereka 
yang telah didakwa, pendakwaan mereka itu adalah berasaskan perkara  yang remeh-temeh 
seperti “berbohong dalam membuat laporan dan kenyataan kepada pihak polis” mengenai 
pertemuan mereka dengan salah seorang pengganas, ataupun berbohong ketika m!
engisi borang permohonan untuk sesuatu. Ini menunjukkan kepada saya bagaimana 
penguatkuasa tidakpun mempunyai sebarang peraturan yang terencana untuk mendekati 
sesuatu. Penangkapan sekitar satu ribu manusia itu tanpa sebarang dalil menunjukkan 
betapa tertekannya pihak penguatkuasa dan ia memberikan pertanda yang amat jelas 
bagaimana mereka telah kehilangan pengawalan: dan inilah pertanda kezaliman yang ramai 
antara kita enggan merelakannya di amalkan di sebuah negara yang sepatutnya bebas 
merdeka. 

Tidak ada sebuah kerajaan yang bersifat hakiki dan boleh bertahan sehingga kiamat. 
Namun, saya kenal ramai manusia dalam kerajaan yang mempunyai tanggapan semacam ini. 
Banyak kerajaan dan ramai pemimpin kerajaan yang bercakap seolah-olah mereka akan 
terus berkuasa tanpa perlu menyerahkan kuasa. Hitler bercakap mengenai “a thousand 
year Reich” yakni satu kerajaannya yang dapat bertahan hingga kiamat, sedangkan 
kerajaannya itu tumpas selepas 12 tahun sahaja. Kerajaan kepada salah satu kuasa yang 
paling besar dalam abad ke-20 dulu, Soviet Union, runtuh dan gagal bertahan untuk 
melangkah ambang abad ke-21. 

Sama ada Amerika Syarikat dapat bertahan dengan selamatnya sebagai satu entiti, sama 
ada ia dapat diselamatkan semula mengikut landasan yang pernah dilakar oleh peneroka 
asalnya, sama ada kita dapat melihat perpecahannya kepada beberapa wilayah dan negeri 
dan daerah, sama ada kita melihat nanti satu pembentukan semula beberapa negara yang 
berpecah itu menjadi satu ‘Confederate States of America’ ataupun ‘Indian Nations’ 
(bekas wilayah Red Indians – penterjemah) adalah sesuatu yang tidak dapat saya 
ramalkan. Tetapi ada satu perkara yang amat saya yakini: apa yang disebut sebagai 
dunia kuasa besar imperial Amerika Syarikat sudahpun menghilang. Ia mungkin mampu 
bertahan setakat selepas tempoh jawatan presiden Bush yang ada, tetapi tidak mungkin 
ia dapat bertahan lebih lama lagi dari itu. 

Saya mendoakan agar tidak ramai warga Amerika yang ada sekarang ini yang tidak 
terbunuh bersama kerajaan mereka.  

Bersambung Bahagian Ketiga.  

Terjemahan oleh SPAR.  
  

------------------------------------------------------------------------
<Picture><Picture>


http://members.tripod.com/e-umno/



<Picture>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Farina <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to