*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
<Picture: hosted by tripod>E-mail this page to a friendTell me when this page is 
updated

Empayar Angkuh  Yang  Semakin  Nazak 

(The  American  Empire  On Its  Deathbed)



Oleh: Liz  Michael c.2001 : Sierra  Times.com  6/11/01. 

  

 http://mari209.tripod.com/2001nov/2001-3473.htm 

Awal kata  oleh  Penterjemah:  Artikel ini amat  baik dan jitu. Kita terjemahkan 
kepada tiga ataupun empat bahagian, sebagai satu iktibar kepada orang Melayu dan Islam 
khasnya  dan  kepada rakyat  Malaysia amnya. Perhatikan betapa  banyak persamaan  di 
Amerika  dalam cara hidup  yang  dipelopori  oleh orang  yang angkuh, riak lupa 
daratan dengan cara hidup  yang dirancang oleh  pemimpin  parti  kerajaan UMNO 
pimpinan seorang  malbari tua dan sebuah parti Melayu yang sama  keadaan nazaknya. – 
penterjemah.

  

                                                 *** 

  

  

Terdapat satu   teori kontroversi   yang  sengaja  disebarkan dengan meluas  selama 
bertahun lamanya, betapa  wujudnya   dalam pentadbiran kerajaan Amerika Syarikat  
satu  kuasa besar  yang  mampu mencetuskan beberapa  peristiwa yang sengaja  
direncana  seperti  peristiwa ngeri September  11 (9-11), pengeboman  Oklahoma City, 
dan sebagainya, untuk  melaksanakan satu   “Rencana  Besar” (Master Plan) ke arah  
penubuhan  sebuah kerajaan totaliter (inilah bentuk  kerajaan  persis  Nazi Jerman 
dulu – hanya satu parti sahaja yang berkuasa. Di zaman moden ini  sistem tersebut 
wujud di Iraq  - penterjemah)

  

  

Kerajaan  yang diimpikan itu  adalah sebahagian kemestian  satu usaha yang lebih 
besar  oleh  Dunia  Order Baru  (Konsep ini mula  tercetus  selepas  Ronald Reagan 
digantikan oleh  Senior  Bush. Di  Indonesia  ia  disebut Ode Baru - penterjemah), 
PBB, Kumpulan  Illuminati  (sila lihat tulisan Pak Marhaintua  mengenai  Zionisme), 
Ratu England yang bersekongkolan dengan  Vatican, syarikat  besar  sejagat ataupun 
Multinational Corporation (MC),  ataupun sesiapa sahaja yang dikambing-hitamkan pada  
sesuatu  suasana  ataupun  pergerakan  itu.  Kebanyakan   pengamal teori  konspirasi  
ini  mengemukakan andaian mereka  seolah-olah  semua itu  berbentuk fait acompli 
(sesuatu yang berlaku dan tidak perlu  dipertikaikan lagi) yang tidak boleh 
dirungkaikan lagi. Justeru  semua  orang   mendewakan   raksasa  ini yang mereka 
fikir  tidak boleh  dimusnahkan  lagi. 

  

Kebenarannya   menunjukkan   beberapa perkara yang lebih tidak  menyenangkan   
beberapa ramai manusia  setiap kali  ia terlaksana. 

  

Adalah satu  hakikat yang benar  bahawa  kerajaan Amerika  sudah  menghampiri  zaman  
keruntuhannya. Beberapa serangan terbaru  di Amerika Syarikat  tidak  merupakan hasil 
kerjasama  keluarga  Bush  yang bersekongkolan dengan keluarga  Clinton dan beberapa  
individu liberal yang  kemarukkan kuasa. Sebenarnya  adalah serba  mungkin betapa  
kuasa  luar   yang  sebenarnya tidak ingin melihatkan  kewujudan  Amerika Syarikat 
yang totaliter, mahu  mengenepikan  AS  daripada  kedudukannya yang dianggap  
terunggul di dunia  ketenteraan dan kuasa ekonomi, dan mahu mengusahakan  kehancuran  
AS  yang totaliter itu, seperti   yang berlaku kepada  kehancuran Soviet Union  dan  
pemusnahan  Nazi Jerman. 

  

  

Kuasa  Besar Yang Tumpul Bisanya 

  

  

Segala  pergerakan yang dilihat sekarang  bukannya  pergerakan  seseorang  yang  
“sedang  berkuasa”.  Inilah dia  pergerakan  satu kumpulan manusia   yang tiba-tiba   
tersedar  bahawa  mereka sudah  kehilangan kuasa, dan  sedang  bertungkus lumus  
untuk  mendapatkannya  semula. 

  

  

Kalaulah satu kuasa  totaliter  memegang kuasa sudah tentu ia tidak mudah  dihenyak 
oleh  sedikit  serangan anthrax yang   menggugat  Washington D.C.. Kumpulan totaliter 
yang sebenar tentu  mampu  memasak  langkah untuk melawan. Kongres  tidak pun  berani  
bersuara  gagah untuk  menyerang balas. Mereka   cabut lari, dan laksana  anjing 
kurap  mereka lari lintang-pukang, sambil diikuti  oleh  bahagian kerajaan  yang 
mengekori   dari belakang.  Inilah gelagat, manusia  yang  tidak  lagi  berkuasa  ke 
atas  rancangan besar mereka,  tetapi  menyerupai  manusia yang  tergugat  dan 
ketakutan,  Inilah manusia yang secara tiba-tiba  mereka sedari tidak lagi  dapat  
menguasai  setiap  gerak-geri yang menggugat dengan ngeri. 

  

Apabila CIA  diserang oleh anthrax, adakah  mereka  menunjukkan  petanda mereka dapat 
menguasainya?  Izinkan  saya mengulanginya: kumpulan yang  menakutkan  kerajaan AS 
telah  menghenyak CIA- Central Intelligence  Agency.  Inilah dia  agensi yang 
sepatutnya  serba tahu akan setiap perkara  sebelum ianya  berlaku. Inilah juga 
jabatan perisikan kerajaan  yang telah diberitahu lebih awal dulu  oleh pelbagai 
sumber  bahawa 9-11  sudah semakin hampir. Tetapi, mereka sengaja   memperlekehkan 
ugutan itu, ataupun tidak tahu   menepati  masanya bertindak  sesuatu. Apakah anda 
fikir mereka sengaja  merelakan  diri  mereka  dihenyak begitu? 

  

Gray Davis pernah   menerima  amaran  ini  dan  memikirkan  perkara itu  kekurangan 
pengawasan, dengan  mengumumkannya  sebagai satu  ugutan  keganasan  sahaja....yang 
tidak  dapat  diperakukan. Kerana itu   sumber  berita itu  dianggap  sebagai satu  
desas-desus  sahaja.  Inilah juga perkaranya yang dinafikan oleh FBI. Jadi, kita 
dapati  semua   panglima negara  cuba berlumba-lumba untuk  meraba-raba...sedangkan   
mereka tidak pun  mempunyai sebarang bayangan .....mencuba  menahan.....sedangkan 
mereka tidak tahu siapa  itu. Dengan lain perkataan, mereka  terkaku  menjadi kematu. 
Mereka  terpaku  kerana mereka sudah tertipu. 

  

Seorang wartawan  Sacramento  telah ditangkap polis  di Los Angeles international 
Airport dan dipaksa  memusnahkan  gambar  yang  diambilnya   untuk merakamkan 
beberapa   petugas  daripada  National Guardsman. Sepatutnya sesuatu kuasa  yang 
totaliter  tidak perlu takut  kalau  gambar mereka  dirakamkan. Baru-baru ini, 
seorang  ahli utama  Green Party  telah dinafikan  menaiki sebuah pesawat  terbang 
kerana  dia (wanita itu)  adalah  seorang  ahli Green Party yang mahu menghadiri satu  
persidangan. 

  

Mereka telah  mencuba   mengaitkan  peristiwa serangan anthrax  kepada  semua pihak  
bermula  dari  Al-Qaida, kepada Iraq, kepada kumpulan  militia  tempatan yang rasis, 
kepada  militia  pembebasan, kepada kumpulan pagan:  dan  hanya masa yang akan 
menentukan  bila pula mereka akan menuduh  puak aktivis berfahaman kiri, kesatuan 
sekerja, kumpulan  beragama, atau pun seperti yang dilakukan oleh Clinton dulu ketika 
tercetusnya  peristiwa   pengeboman Bangunan  Murrah, menuduh  “kumnpulan  juru acara  
program ‘talk show’ yang  berfahaman kanan dan radikal.” 

  

Semua manusia ini bukan sahaja takutkan  pelancung asing. Semua orang  ini amat 
takutkan anda  dan juga saya.  Mereka amat takutkan  pihak media.  Mereka amat curiga 
akan  aktivis politik. Mereka gerunkan  kumpulan pasifis. Mereka  amat takutkan bayang 
mereka sendiri. Mereka sudah tidak  berjaya  menguasai  apa benda  pun. 

  

Apabila  keadaan  semakin  mencabar, yang dicabar pergi berbelanja? 

  

Kini,  konsep  “Peperangan Membasmi Keganasan” sudah  mempunyai  corak  gerak yang  
berbeza. Selepas September 11, mungkin terdapat banyak panggilan  terhadap kumpulan 
militia, yakni semua orang  dan bukannya  segelintir  mereka yang  berleher  merah di 
perkampungan  dan  mempunyai  idealisme   yang menyerlah (bukan semestinya ada  
cacat-cela menjadi  kumpulan seperti itu) agar mereka  terus berwaspada, mula  
melengkapkan  senjata yang ada,  mempelajari   cara mempertahankan diri dan  teknik 
berperang,  dan  mula  mengawasi   semua  jambatan,  stesyen  nuklear, sempadan dan 
pesawat udara. Apabila tidak ada sesuatu yang  terjadi, kita mungkin diarahkan  
bersiap sedia  dengan  tempat  persembunyian  daripada  serangan nuklear, ataupun 
serangan  kimia.  Mungkin kita diarahkan menyimpan sedikit  makanan kering, bekalan 
perubatan, dan  mempelajari cara  penyelamatan CPR dan teknik  rawatan. Mungkin 
terpaksa membeli senjata dan bersiap sedia dengan kereta  sendiri kalau-kalau  diper!
lukan ketika  kecemasan  ataupun  untuk melarikan  diri. 

  

Tetapi sebaliknya apakah  yang diarahkan oleh  Rudy Giuliani untuk menyelamatkan New 
York? Apakah yang diarahkan oleh  George  W.Bush  untuk  menyelamatkan negara  AS  
ini? 

  

Mereka mahukan kita  pergi ke kedai membeli belah – shopping  kata  mereka. 

  

Rudy mahukan kita  pergi menonton  teater di  Broadway, walaupun kita  tidak mampu  
memandu  memasuki  bandar  tanpa  ada  penumpang  dalam kereta, dan  terpaksa melalui  
sekatan jalan raya dan pusat pemeriksaan   yang lebih banyak dan lebih ketat 
berbanding  yang  dipasang di sempadan  negara  dengan  Mexico. 

  

Presiden  kita  mahu kita  menggunakan pesawat udara   yang dia sendiri tidak akan 
gunakan, kerana  semua penerbangan itu  belum menjanjikan  keselamatan  kepadanya.  
Selain dari  mahukan kita  berjimat, menyimpan,  membeli barang makanan untuk 
disimpan, dia  mahukan kita   meneruskan aktiviti   berbelanja sakan  tanpa  sebarang  
tujuan. Maafkan saya  Mr. Presiden, bukankah anda  juga orangnya   yang berkata  kita  
sedang  berperang? Bukankah anda orangnya yang baru  sangat  mewujudkan  satu   
jabatan baru  yang bernama  ‘Homeland Security’ kerana kita berkemungkinan  diserang 
oleh  agen-agen Al-Qaida di negara kita  sendiri?  Akan tetapi kita   dimestikan 
berlagak selamba seolah-olah  9-11 tidak pernah terjadi? Kita juga  diharuskan pergi  
membeli belah? 

  

Zaman berperang ialah masanya   kita  perlu  berjimat  ketika berbelanja. Kalau adapun 
manusia  yang  berbelanja sakan  seolah-olah esok tidak akan ada, adalah manusia  yang 
menjangkakan mereka  akan mati tidak lama lagi. Kalaulah ekonomi negara Amerika 
Syarikat bergantung sangat  kepada   budaya rakyatnya  mesti berbelanja, ini bermakna 
negara ini sudah  semakin haprak keadaannya (seperti Malaysia?). 

  

  

  

Bersambung bahagian  kedua. 

  

Hits:<Picture> 


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Farina <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to