*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Assalamu alaikum semua yang baik-baik,

Saya pernah ke Jakarta dan pernah menemu-bual penduduk
Jakarta tentang rasuah. Rupanya rasuah di Indonesia
sudah menular sehingga berdarah-daging sehingga
menjadi suatu adat. Segala ruang kuasa pasti ada
rasuahnya. Dari mendapat kerja, lesen kenderaan hingga
ke projek besar, semuanya melalui tumbuk rusuk. 

Saya dapati keburukan ketara sistem rasuah ialah ia
membuatkan yang kaya menjadi amat kaya dan yang miskin
mejadi hamba abdi akhirnya; kos kepada negara juga
tinggi kerana setiap projek di "mark up" untuk biayai
kos rasuah sedangkan binaan pula tidak kukuh(tetapi
mendapat kelulusan juga melalui rasuah).

Rasuah di Malaysia juga menghampiri tahap di
Indonesia. Saya dapati pihak berkuasa Malaysia juga
hebat memakan rasuah malah lebih hebat lagi mereka
menggunakan sistem ugut(extort) "pesalah" untuk
medapatkan rasuah.

Apa yang saya harapkan negara ini segera membanteras
rasuah supaya tidak menjadi adat dunia ketiga rasuah
berleluasa.

Cadangan saya :

1. Jangan ujudkan undang-undang, regulation, termasuk
by-laws "tidak perlu" kerana ia memberi ruang kepada
penguatkuasa untuk mendapatkan rasuah. Malah
undang-undang dan by-laws yang sedemikian haruslah di
mansuhkan.

2. Setiap kesalahan kecil undang-undang, regulasi,
by-laws hendaklah di mulakan dengan amaran bertulis
sahaja sehingga kesalahan ketiga dimana pada kesalahan
berikutnya baru boleh disaman dan dikompaun.

3. Setiap ketua jabatan termasuk (datuk bandar)
haruslah di pertanggungjawabkan memastikan kakitangan
mereka bebas rasuah.Setiap rasuah kakitangannya akan
secara langsung melibatkan mereka melalui konsep
"vicarious liability". 

4. BPR perlu mengodit harta setiap ketua jabatan yang
mempunyai kuasa mendapatkan rasuah.

5. Berbeza dari amalan sekarang, kesalahan rasuah
haruslah terhad kepada penerimanya sahaja. Sebaliknya
pemberi rasuah seharusnya tidak dianggap bersalah.
Cara ini dapat membolehkan pemberi rasuah memerangkap
penerima rasuah terutama yang mengugut(extort).Dengan
cara ini juga penerima rasuah akan lebih takut
menerima rasuah dan pembanterasan akan lebih berkesan.

Sama-sama membina negara yang tulus.

IMMI

 


 ====================================================
> 
> Akan tetapi semua desas-desus ini amat memburukkan
> martabatnya. Sepatutnya dia marahkan tukang sebar
> cerita dongeng itu dan lakukan apa yang tidak pernah
> dilakukan oleh menteri besar, samada Barisan
> Nasional ataupun pembangkang, yang berani
> melakukannya. Seharusnya dia tidak menganggotai
> jawatankuasa yang menentukan kelulusan tanah kepada
> para peniaga dan tukang ampu politik yang
> besar-besar. Malangnya mereka ini bertegas mahu
> menganggotai jawatankuasa itu untuk menentukan para
> exco beliau tidak korup. Sepatutnya hanya seorang
> sahaja dibiarkan korup dalam kerajaan, ungtuk
> membolehkan 
=== message truncated ===


=====
Allahu a'lam.
Wassalam.

IMMI

   "   RIGHT THINKING NOW...FOR THE NEXT ERA   "

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Find a job, post your resume.
http://careers.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: hadi ma <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke