*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
nasib baik aku org pas...kekekekek 


--- Farina <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> <Picture>     <Picture> 
> 
> 
> Mengapa Chandra Berundur? 
> 
> 
> 
> 
> 
> Oleh : PEMERHATI POLITIK 
> 
> http://detik.daily.tripod.com/nova/8nov.htm
> 
> 
> Berikut adalah analisis tentang punca sebenar Dr
> Chandra Muzaffar, Timbalan Presiden Keadilan tidak
> mahu lagi dicalonkan untuk jawatan kedua tertinggi
> itu. Ia tidak bertujuan untuk menambahkan lagi
> "keributan" dalam parti itu menjelang perhimpunan
> agungnya di Kemaman, hanya sebagai bahan bacaan buat
> renungan bersama. Kami mengalu-alukan jika ada
> pandangan lain mengulas artikel ini. 
> 
> Menjelang Perhimpunan Agung Tahunan Parti Keadilan
> Nasional kali yang kedua (PAT2), penyokong penyokong
> dan pendokong pendokong Parti Keadilan Nasional
> telah dikejutkan oleh pengunduran dua tonggak utama
> pimpinan parti iaitu Dr. Chandra Muzaffar dan
> saudara Zainur Zakaria. Dr. Chandra Muzaffar adalah
> merupakan icon yang mewakili golongan intelektual
> manakala saudara Zainur Zakaria mewakili golongan
> professional yang selama ini adalah antara pendokong
> terkuat Parti Keadilan Nasional. Kedua duanya
> mempunyai sejarah yang panjang bersama Parti
> Keadilan Nasional sejak era reformasi yang
> digerakkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim lagi.
> Persoalannya adalah mengapa mereka secara tiba tiba
> mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari
> kepimpinan Parti KeADILan Nasional sekarang? 
> 
> Umum mengetahui pengunduran mereka dari laman web
> pro KeADILan dan media media arus perdana yang rata
> rata menyatakan pengunduran mereka kerana ingin
> menumpukan masa kepada aktiviti gerakan sosial dan
> perniagaan. Tidak kurang pula yang mengandaikan
> terdapat perselisihan dalaman di dalam parti ini
> termasuk keujudan puak puak dan kabilah tertentu di
> dalam parti ini yang akhirnya menyebabkan mereka ini
> hilang keyakinan terhadap hala tuju parti dan
> politik baru yang hendak diujudkan. Sejauh manakah
> kebenaran cerita cerita ini? 
> 
> Pada suatu ketika, kedua dua pemimpin ini dikecam
> hebat kerana sikap mereka yang kurang aggesif
> terutamanya Dr. Chandra Muzaffar yang lebih bersikap
> sederhana dan bertoleransi. Dr. Chandra Muzaffar
> juga pernah didesak dengan begitu kuat oleh ramai
> penyokong radikal KeADILan untuk meletakkan jawatan,
> walaubagaimanapun Dr. Chandra Muzaffar hanya
> mengambil sikap berdiam diri di atas desakan ini.
> Kini setelah ramai mula menyedari bagaimana
> kesederhanaan, kebijaksanaan dan toleransi beliau
> telah berjaya menangani pelbagai isu, beliau
> mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan
> jawatan beliau yang disandangnya selama hampir dua
> tahun. Apakah sebenarnya bermain di fikiran beliau? 
> 
> Mengikut sumber sumber terdekat, beliau banyak
> merasa kecewa diatas tindak tanduk beberapa pemimpin
> muda KeADILan yang suka bertindak mengikut pandangan
> masing masing tanpa merujuk kepada pimpinan
> tertinggi KeADILan terlebih dahulu. Kekecewaan
> beliau bertambah apabila suara suara ini lebih
> mendominasi keputusan parti tanpa perbincangan
> secara menyeluruh dari pucuk pimpinan tertinggi
> parti dalam banyak perkara penting terutamanya
> apabila mereka mengatakan 'ini adalah arahan dari
> Datuk Seri Anwar Ibrahim'. Meskipun beliau
> menghormati pandangan yang dikemukakan oleh
> penasihat parti, beliau lebih cenderung untuk
> berbincang secara ilmiah dan mendalam sebelum
> sesuatu keputusan diambil lebih lebih lagi apabila
> pandangan yang dikemukakan tidak dapat dipastikan
> samada ianya adalah pandangan sebenar mantan
> Timbalan Perdana Menteri tersebut. 
> 
> Kekecewaan beliau memuncak pada pilihanraya kecil
> DUN Likas dan pilihanraya DUN Sarawak. Pada kedua
> dua pilihanraya ini beberapa insiden telah berlaku
> yang mana salah satunya langsung tidak dapat
> diterima oleh beliau yang akhirnya membawa kepada
> pengunduran beliau dari persada kepimpinan Parti
> Keadilan Nasional. 
> 
> Pilihanraya Kecil DUN Likas 
> 
> Walaupun penyertaan KeADILan dalam pilihanraya
> tersebut mendapat sokongan dari parti parti komponen
> Barisan Alternatif, tetapi kenyataan sebenar
> penyertaan KeADILan dalam pilihanraya ini tidak
> direstui oleh ramai pemimpin tertinggi KeADILan.
> Penyertaan KeADILan dalam pilihanraya ini hanya
> berdasarkan kepada pandangan Pengarah Piliharaya
> KeADILan pusat iaitu saudara Azmin Ali dengan
> sokongan kecil pimpinan tanpa analisa yang
> menyeluruh terhadap sokongan, sumber kewangan dan
> logistik serta suasana politik setempat. Perkara ini
> telah mendapat bantahan daripada beberapa pimpinan
> tertinggi KeADILan. Walaubagaimanapun akhirnya
> golongan ini berkompromi dengan kehendak beberapa
> pemimpin yang mahukan KeADILan bertanding dalam
> pilihanraya ini. Perkara ini telah melahirkan
> perasaan kurang senang dikalangan beberapa pemimpin
> tertinggi yang mahukan kajian terperinci dibuat
> sebelum sesuatu keputusan diambil. 
> 
> Pilihanraya DUN Sarawak 
> 
> Sebelum Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan,
> Dr. Chandra Muzaffar telah meminta bantuan
> sekumpulan penyelidik berkecuali untuk melakukan
> analisa terperinci mengenai potensi KeADILan di
> Sarawak berdasarkan sokongan, kekuatan jentera dan
> sumber kewangan. Kumpulan penyelidik ini telah
> menyarankan KeADILan untuk bertanding di tujuh (7)
> kawasan dengan memberi tumpuan kepada empat (4)
> kawasan yang berkemungkinan besar dimenangi oleh
> KeADILan. Walaubagaimanapun kaji selidik ini tidak
> diterima sebulat suara oleh Majlis Pimpinan
> Tertinggi KeADILan sebaliknya pandangan Pengarah
> Pilihanraya KeADILan pusat telah sekali lagi
> mendominasikan keputusan KeADILan iaitu untuk
> bertanding di dua puluh lima (25) DUN. Keputusan
> pilihanraya tersebut telahpun diketahui umum,
> walaubagaimanapun suasana yang kurang senang telah
> sekali lagi berlaku apabila keputusan pilihanraya
> tersebut tidak dibincangkan dengan menyeluruh
> memandai dengan pengakuan pertangungjawaban Pengarah
> Pilihanraya terhadap keka!
> lahan tersebut. Peristiwa ini telah menimbulkan rasa
> tidak puas hati dikalangan beberapa pimpinan
> tertinggi KeADILan yang akhirnya melahirkan 'bara
> dalam sekam'. 
> 
> Isu Rasuah, Penyelewangan Sumber dan Pengagihan 
> 
> Selepas kedua dua pilihanraya di atas, Dr. Chandra
> Muzaffar telah mempersoalkan tentang sumber kewangan
> dan pengagihan sumber tersebut semasa proses
> pilihanraya dijalankan yang sepatutnya dibentangkan
> dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan.
> Malangnya, permintaan beliau tidak dipenuhi apabila
> Majlis dimaklumkan bahawa fakta fakta tersebut
> adalah rahsia dan tidak dapat dikongsi kepada umum.
> Sebagai orang kedua di dalam parti, beliau merasakan
> beliau berhak untuk mengetahui semua perkara yang
> berlaku didalam parti, walaubagaimanapun kehendak
> beliau tidak dapat dipenuhi dan sehingga hari ini
> kebanyakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan
> masih tertanya tanya dimanakan datangnya sumber
> kewangan KeADILan dan kemanakah ianya dibelanjakan! 
> 
> Kekecewaan terbesar beliau ialah apabila beliau
> mengetahui bahawa penyertaan beramai ramai ahli
> Parti Bersatu Sabah yang diketuai oleh Ketua PBS
> bahagian Likas semasa pilihanraya kecil Likas
> sebenarnya adalah kerana mereka dibayar oleh
> KeADILan iaitu berjumlah sebanyak RM28 ribu.
> Kenyataan ini lebih menyedihkan beliau kerana beliau
> sedar hampir kesemua petugas KeADILan yang hadir
> untuk membantu calon KeADILan di Likas telah
> mengeluar duit poket sendiri untuk datang dan
> berkempen bagi memastikan kemenangan calon KeADILan
> disana. Beliau telah berkonfrontrasi dengan Presiden
> KeADILan, Datin Seri Dr. Wan Azizah bagi mendapatkan
> jawapan mengapa perkara ini boleh terjadi. Datin
> Seri Wan Azizah, bagaimanapun menyatakan beliau
> tidak dapat berbuat apa apa kerana ianya telah
> dikendalikan oleh saudara Azmin Ali dan saudara
> Johari Abdul. Beliau, Pengerusi Perhubungan KeADILan
> Sabah dan calon KeADILan DUN Likas hanya mengetahui
> perkara itu setelah menghadiri majlis kemasukan
> beramai ramai !
> ahli PBS ke dalam KeADILan pada malam tersebut.
> Perkara ini benar benar tidak dapat diterima oleh
> Dr. Chandra Muzaffar dan sebahagian besar pimpinan
> tertinggi KeADILan yang akhirnya menyebabkan
> berlakunya 
=== message truncated === 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Events Guide - Entertainment, community events and more!
http://events.yahoo.com.sg/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?jamal=20din?= <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke