*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
===> http://al-ahkam.net/soaljawab/soaljawab273.htm <====
                                                                
    Hadis Fadhilat Tarawih: Sedutan dari Islah-net 
                         (Perhatian: Harap Hadis ini tidak disebarkan)
> Assalamu'alaikum 
> 
> Saya ingin bertanya kepada netters tentang perawi dan 
> taraf hadis mengenai fadhilat solat terawih di bulan 
> Ramadhan. 
> 
> Saya ada membaca mengenai fadhilat ini di dalam 
> sebuah buku tapi tidak disertakan pula perawinya. 
> 
> Adakah hadis mengenainya sahih ? 
> Adakah perkara ini bid'ah ? 
> 
> Please clarify bagi mereka yang tahu. 
> 

Assalamualaikum Saudara/i Wan dan para netters sekalian, 

Saya juga sering tertanya-tanya tentang taraf hadith ini yang digunakan dengan 
meluasnya tapi tidak pernah
dinyatakan siapakah perawinya atau tarafnya. 

Minggu lepas saya telah berpeluang bertanya perkara ini kepada panel forum perdana 
yang telah diadakan di
TNB HQ. Soalan saya telah dijawab oleh Dr. Marsyitah (UIA). 

Jawapannya begini: Hadith ini telah disampaikan daripada Rasulullah kepada Sayidina 
Ali dan tiada sahabat
lain yang mendengarnya. It is what is called as Hadith Muqrat. Walaupun ia bukan 
hadith sahih, ia
diterimapakai atas peribadi Sayidina Ali yang mulia dan kerana ia tiada kena mengena 
dengan persoalan
aqidah. 

Itu sahaja jawapannya. Mungkin netters lain boleh memberi penjelasan lebih lanjut. 
Tapi pokok pangkal
ibadat kita ialah untuk menzahirkan ubuddiah dan cinta kepada Allah serta untuk 
mendapat keredhaanNya.
That reason is more important than 'mendapat pahala seumpama orang yang membaca 
kitabTAurat  Injil,
Zabur, dan Quran' atau "dibuka peluang baginya berdoa sebanyak 24 kali yang akan 
dimakbulkan oleh Allah.'

Wallahu a'lam. 



Subject:  [islah-net] Re: Fadhilat Terawih 
Date: Wed, 23 Dec 1998 07:45:25 +0300 
From: aL-AHKAM online <[EMAIL PROTECTED]> 
Organization: MAKTABAH Enterprise 
To: [EMAIL PROTECTED] 

From: aL-AHKAM online <[EMAIL PROTECTED]> 

> 
> Saya juga sering tertanya-tanya tentang taraf hadith ini yang digunakan 
> dengan meluasnya tapi tidak pernah dinyatakan siapakah perawinya atau 
> tarafnya. 
> 
> Minggu lepas saya telah berpeluang bertanya perkara ini kepada panel 
> forum perdana yang telah diadakan di TNB HQ. Soalan saya telah dijawab 
> oleh Dr. Marsyitah (UIA). 
> 
> Jawapannya begini: Hadith ini telah disampaikan daripada Rasulullah 
> kepada Sayidina Ali dan tiada sahabat lain yang mendengarnya. It is what 
> is called as Hadith Muqrat. Walaupun ia bukan hadith sahih, ia 
> diterimapakai atas peribadi Sayidina Ali yang mulia dan kerana ia tiada 
> kena mengena dengan persoalan aqidah. 
  
(Walaupun ia bukan hadith sahih, ia diterimapakai atas peribadi Sayidina Ali yang 
mulia dan kerana ia tiada kena mengena dengan persoalan aqidah.)

Komen aL-AHKAM online: Jika hadis tersbt bukan hadis sahih, bermakna sanadnya ada 
masalah atau matannya ada yang cacat. Jika sanadnya bermasalah bermakna ia tidak 
sampai kepada Rasulullah s.a.w. Bahkan tidak sampai juga kepada Ali r.a. Natijahnya: 
Hadis berkenaan tidak dapat diterima, sekalipun ia mengatasnamakan Rasulullah s.a.w 
atau Ali r.a. atau lain-lain.

Bagaimana ia dapat kita terimapakai atas peribadi Ali r.a. sedangkan sanadnya 
bermasalah? Atau matannya?

Jika matannya yang cacat, ini sudah jelas tidak dapat dipakai.

[Hadith Muqrat =???!]

Hadis fadilat tarawih telah saya dapati ada di dalam kitab Durratun Nasihin, hal. 19, 
cetakan Darul Fikri Beirut. Iaitu kitab yang pernah dijadikan rujukan isu `mayat jadi 
babi'. Sebagaimana kaburnya `hadis mayat jadi babi' begitu juga dengan hadis fadilat 
tarawih.

Saya telah salinkan secara penuh nash hadis berkenaan di: 
http://ahkam.hypermart.net/f_tarawih.htm 

Terjemahannya saya copy & paste dari posting badiuz <[EMAIL PROTECTED]> 

Hadis mayat jadi babi: 
http://ahkam.hypermart.net/soaljawab/soaljawab124.htm 

--------------- 
> kerana ia tiada 
> kena mengena dengan persoalan aqidah. 

Komen aL-AHKAM online: 
Tidak kira samada soal aqidah ataupun soal hukum fikah atau fadhilat amal, jika hadis 
itu dhaif, tidak boleh diriwayatkan sesuka hati. Jika mahu juga meriwayatkan, 
hendaklah disebutkan cacat celanya. Jika tidak, haram.

Memang ada disebutkan bahawa mubtadi' dlm bidang hadis boleh meriwayatkan hadis yang 
masih tidak diketahui rijalul hadisnya (spt yg kita hadapi skrg), tetapi hendaklah 
menggunakan `sighat tamridh', spt "diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. begini..." Jika 
kita terima ini, maka tidak mengapa bagi orang yang mengerti dalam bidang hadis, 
kerana mereka tahu jika begitu cara periwayatannya bermakna tidak diketahui rijalnya 
lagi.

Tetapi bagi orang awam, jika kita menggunakan `sighat tamridh', maka mereka akan terus 
menganggapnya bahawa ia sudah pasti dari Rasulullah s.a.w.

Jika utk fadhai'l a'mal, memang sebahagian ulamak membenarkannya tetapi bukan secara 
mutlak tetapi dengan beberapa syarat yg ketat.

----------- 
Saya berharap, sesiapa yang punya kelengkapan rujukan, sila buat takhrij terhadap 
hadis ini. Kerana
penyebarannya begitu menyeluruh sedangkan statusnya masih kabur. 

Hati-hati... 

thtl sila tambah komen ini jika ada. 

Sekian 
zain y.s 
aL-AHKAM online 



Subject:  [islah-net] Re: Fadhilat Terawih 
Date: Wed, 23 Dec 1998 21:56:04 +0800 
From: TuanHassan Tn-Lah <[EMAIL PROTECTED]> 
Organization: Change Mgmt, Telekom M'sia 
To: [EMAIL PROTECTED] 
CC: [EMAIL PROTECTED] 
  
aL-AHKAM online wrote: 

  Saya berharap, sesiapa yang punya kelengkapan rujukan, sila buat takhrij 
  terhadap hadis ini. Kerana penyebarannya begitu menyeluruh sedangkan 
  statusnya masih kabur. 

  Hati-hati... 

  thtl sila tambah komen ini jika ada. 

>Jawapannya begini: Hadith ini telah disampaikan daripada Rasulullah  kepada Sayidina 
>Ali dan tiada sahabat
lain yang mendengarnya. It is what  is called as Hadith Muqrat. Walaupun ia bukan 
hadith sahih, ia 
diterimapakai atas peribadi Sayidina Ali yang mulia dan kerana ia tiada  kena mengena 
dengan persoalan
aqidah. 

-------------------------------------- 

Ulasan thtl: 

alQardhawi (Kaifa nata'amul ma'a al Sunnah al Nabawiyyah) menjelaskan ada 3 neraca 
yang perlu dipegang oleh setiap Muslim supaya ia selamat dari penyelewengan dan 
takwilan secara jahil: Pertama: mempastikan kethabitan/kesahihan sesebuah hadith 
berdasarkan timbangan ilmiah oleh para muhaddithin (ulamak hadith)

Kedua: memastikan kefahaman yang betul terhadap maksud sesebuah hadith

Ketiga: memastikan sesebuah hadith tidak bercanggah dengan nas yang lebih kuat darinya 
yaitu dari alQur'an dan hadith-hadith lain yang lebih kuat kedudukannya.

Imam Syafi'iy yang mulia telah berpesan," Iza Sahhal Hadith Fahuwa Madzhaabi" (apabila 
sahihlah sesebuah hadith, maka itulah madzhabku."

Berbalik kepada hadith popular bulan Ramadhan (fadha-il Malam-malam Tarawikh Imam Ali) 
gagal melepasi neraca pertama: tidak thabit atau tidak disahihkan oleh mana-mana Imam 
Hadith. Tanyalah kepada mana-mana ahli hadith dan sudah pasti dia tidak akan jumpa 
hadith tersebut dalam Kutub asSittah (kitab hadis yang enam): Bukhari, Muslim, 
atTurmudzi, Abu Daud, anNasa'iy dan Sunan Ibn Majah. Manakala ia tidak menepati neraca 
# 2, yakni bercanggah dengan kefahaman sebenar tentang tasawwur puasa dan tidak sesuai 
dengan nilai keilmuan dalam Islam. Puasa dalam Islam yang dijelaskan oleh sumber yang 
sahih ialah sebagai salah satu jalan kepada taqwa. Taqwa itulah objektif puasa dan 
taqwalah jalan kemenangan dan kejayaan umat Islam dunia dan akhirat. Metod fadhilat 
adalah untuk mereka yang lemah akalnya dan masih kebudak-budakan yang amat terangsang 
dengan fadhilat dan kebendaan.

Hadis ini kemungkinan direka oleh Syi'ah untuk menonjolkan maqam ketinggian Ali KW 
yang di dakwa oleh Imam-imam Syi'ah banyak menerima hadis-hadis khusus yang tidak 
pernah diriwayatkan oleh sahabat-sahabat lain.

Hadis ini juga bertujuan memikat golongan awam yang jahil dengan pelbagai kisah dan 
riwayat. ia direka oleh penglipurlara jahat supaya masyarakat jahil terpukau dan asyik 
mendengar ceritanya. Penglipurlara ini giat aktif di zaman Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Hadis ini juga mungkin direka oleh ahli zuhud dan tasawwuf yang menyeleweng bertujuan 
membangkitkan keghairahan orang awam yang jahil supaya giat beribadat tanpa ilmu.

Demikianlah penjelasan AsSyaikh Mustafa asSiba'iy dalam kitabnya asSunnah dan Imam 
Jalaluddin asSyuyuti (Tahdzirul Khawasy min akazibil Qasyasy).

Maka jauhilah dan tegahlah pengedaran hadis fadhail tarawikh Ramadhan tersebut dan 
gunalah neraca-neraca ini bila kita didatangkan dalil dalam bentuk hadis. Terlebih 
dahulu pastikan kesahihannya. Ingatlah amaran baginda,"sesiapa yang merekacipta hadis 
atas namaku, maka dia telah menempah tempat diNeraka."

sekian 
thtl 

                                  

                           [Kemuka Soalan] [ke laman utama] 

                                       aL-AHKAM online oleh: http://al-ahkam.net




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bulan Bintang <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to