*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt,

Saya pun tertanyax2 juga....siapa PERDAUS nie.....nama orang ker nama
pertubuhan.......gayax2 macam nama pertubuhan....mungkin itu tak
beberapa penting tetapi pandangan beliau (AL Ustaz Muhammad Haniff
Hassan).......Ustaz berasal dari S'pore.kot......membuat kenyataan yang
lebih kepada menjaga kepentingan Umat Islam di S'pore kerana mengambil
kira kedaifan ,kehinaan dan hapraknya umat islam di S'pore sekarang
nie...........kerana mereka sudah tiada kekuatan
langsung...............Oleh itu terpaksa lah berharap pada kuasax2 besar
spt Amerika dan kerajaan S'pore................bayangkanlah nak
mempertahankan tanah raja melayu kat S'pore pun gagal..............apa
tah lagi kalau nak membuat kenyataan yang bergitu sensitive mengenai
issuex2 umat islam didunia masa kini.......terpaksa lah mendengar katax2
amerika dulu baru boleh buat kenyataan.....itu pun kenyataan untuk
menyokong saja...........

Ma'af cakap...bukan tujuan untuk menghina umat islam S'pore tapi sekadar
memberi peringatan & amaran kepada umat Islam di malaysia ini agar
jangan biarkan sejarah seperti itu berlaku di bumi
Malaysia............tandax2 awal telah ada...........
Oleh itu berpegang teguh lah dgn ajaran Islam dengan sekuatx2 yg boleh
kerana sesungguhnya kehebatan umat islam bukan kerana memiliki
harta,kewangan atau pun apax2 bentuk benda keduniaan ..........tetapi
kehebatan umat bergantung sepenuhnya setakat mana keta'atan kita pada
ALLAH............. WALLAHUALAM

Sekadar renungan bersama............terlanjur kata dan terkasar bahasa
harap ma'af.......selamat berpuasa.......semoga dengan puasa pada kali
ini dapat menpertingkatkan ketakwaan dan keimanan kita.........AMIEN

> -----Original Message-----
> From: Abu Assyafie [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Friday, November 16, 2001 2:28 PM
> To:   [EMAIL PROTECTED]
> Subject:      Fwd: [islah-net] Adakah ini padangan alternative ?
> 
> 
> maaf kalau terkasar, siapa PERDAUS ni? Nampaknya seolah-olah ia
> menghalalkan 
> darah orang islam saja. maksud yang saya dapat faham daripada
> 'kenyataan' 
> mereka... biarlah orang kafir amerika laknat tu layan islam macam mana
> pun, 
> jangan balas sebaliknya berdamai dengan kafir tu. itu ke yg PERDAUS
> mahu?. 
> dungu kah mereka ni?
> 
> >From: KARTINI ALI <[EMAIL PROTECTED]>
> >To: [EMAIL PROTECTED]
> >CC: [EMAIL PROTECTED]
> >Subject: [islah-net] Adakah ini padangan alternative ?
> >Date: Thu, 15 Nov 2001 21:12:04 -0800 (PST)
> >
> >RENCANA
> >Perdaus seru agar pandangan Osama ditolak
> >
> >
> >
> >PERDAUS prihatin terhadap kenyataan Osama bin Laden
> >sejak serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di
> >New York yang baru-baru ini dilaporkan di media, serta
> >pengaruhnya terhadap umat Islam di Singapura.
> >
> >Dalam kesempatan ini, Perdaus menyeru masyarakat agar
> >menolak pandangan yang dikemukakan oleh beliau atas
> >hujah-hujah berikut:
> >
> >Ulama telah pun memfatwakan bahawa serangan ke atas
> >WTC adalah haram dan tidak sejajar dengan prinsip
> >Islam.
> >
> >Oleh itu ia adalah satu perbuatan yang mungkar. Namun
> >Osama bin Laden menyalahi pandangan para ulama ini
> >dengan memberi justifikasi kepada serangan berkenaan,
> >memuji pelakunya bahkan menyeru umat Islam yang lain
> >agar mencontohi perbuatan itu.
> >
> >Kaedah dalam Islam menyatakan bahawa meredhai satu
> >kemungkaran adalah satu kemungkaran. Oleh itu,
> >pandangan Osama menyalahi kaedah berkenaan dan tidak
> >seharusnya diikuti oleh yang lain.
> >
> >
> >Pandangan Osama yang membolehkan serangan berkenaan
> >atas alasan rakyat Amerika dan mereka yang berada di
> >WTC kerana mereka membayar cukai, melantik ahli
> >politik dan bekerja bagi menyokong sistem Amerika
> >patut ditolak. Ini disebabkan umat dahulu juga
> >membayar cukai kepada raja mereka tetapi Rasulullah
> >s.a.w tetap melarang dari mengorbankan mereka.
> >
> >Jika alasan Osama ini diterima, maka alasan yang sama
> >juga akan menjustifikasikan kepungan ekonomi ke atas
> >Iraq yang mengorbankan jutaan rakyat biasa kerana
> >mereka secara langsung atau tidak menyumbang kepada
> >kekuasaan Saddam Hussein dan tindakannya menyerang
> >Kuwait.
> >
> >Perdaus menyeru masyarakat Islam agar sentiasa melihat
> >krisis hari ini mengikut bimbingan ilmu dan bukan
> >mengikut perasaan.
> >
> >Tidak dinafikan sumbangan Osama terhadap jihad di
> >Afghanistan dahulu -- menentang tentera Soviet Union.
> >
> >Namun, beliau tetap manusia biasa yang boleh silap
> >dalam pertimbangan pemikirannya.
> >
> >Jasa beliau yang lalu tidak menjadikan beliau maksum.
> >
> >Kesilapan hari ini pula tidak bermakna jasa beliau
> >yang lalu terhapus.
> >
> >Seorang sahabat pernah menyertai Perang Badr.
> >
> >Maka beliau peroleh kemuliaan sebagai Ahli Badr yang
> >dijamin syurga oleh Rasulullah s.a.w. Namun
> >kemudiannya beliau ditangkap kerana membocorkan rahsia
> >rancangan Rasulullah s.a.w untuk menyerang Makkah.
> >
> >Perbuatan beliau itu tetap dianggap salah oleh
> >Rasulullah s.a.w, walau pun beliau adalah Ahli Badr.
> >
> >Seorang sahabat yang lain dimarahi oleh Rasulullah
> >s.a.w kerana kesilapan membunuh musuh dalam peperangan
> >setelah musuh itu mengucap syahadah.
> >
> >Jika seorang Ahli Badr dan sahabat boleh melakukan
> >kesilapan dalam pertimbangannya, apakah yang menjamin
> >individu hari ini untuk tidak melakukan kesilapan
> >walau apa jua sumbangannya terhadap Islam?
> >
> >Penglibatan Perdaus dalam pelbagai program
> >kemasyarakatan membolehkan ia menyelami perasaan
> >masyarakat Islam dalam isu ini.
> >
> >Umat Islam Singapura bersama dengan masyarakat dunia
> >turut mengutuk serangan ke atas WTC.
> >
> >Namun jangan tersilap dengan membuat tanggapan bahawa
> >umat Islam menerima rasional di sebalik serangan ke
> >atas Afghanistan, walaupun mereka memahami hujah
> >Amerika.
> >
> >Hakikatnya, umat Islam amat kecewa dengan serangan
> >yang dilakukan.
> >
> >Serangan ke atas WTC dikutuk kerana ia mengorbankan
> >orang-orang awam yang tidak berdosa.
> >
> >Namun setelah 30 hari serangan Amerika dilancarkan,
> >tidak dapat dinafikan bahawa kesan serangan itu turut
> >mengakibatkan korban ke atas mereka yang tidak
> >bersalah.
> >
> >Ada yang mati dan cedera terkena bom dan jutaan nyawa
> >yang lain terpaksa menjadi pelarian yang mengakibatkan
> >tragedi kemanusiaan.
> >
> >Masyarakat Islam Singapura mahukan bukan hanya agar
> >serangan itu dihentikan pada bulan Ramadhan tetapi
> >satu huraian yang berlainan dari apa yang dilakukan
> >sekarang ini bagi memelihara kesucian nyawa dan
> >kehidupan mereka yang tidak berdosa.
> >
> >Hakikatnya serangan Amerika, selepas 30 hari berlalu,
> >sudah tidak dapat dibela lagi.
> >
> >Apabila kesahan serangan berkenaan 'hilang', maka ia
> >memberi kesahan pula untuk rakyat Afghanistan membela
> >diri dan mempertahankan nasib mereka yang tidak
> >berdosa.
> >
> >Oleh itu, Perdaus menyeru kepada pemerintah Singapura
> >agar mengambil kesempatan daripada hubungan baiknya
> >dengan Amerika untuk melakukan satu tindakan yang
> >kukuh bagi merubah keadaan hari ini.
> >
> >Perdaus berharap agar masyarakat Islam Singapura terus
> >mengekalkan pendekatan tersendiri dalam menghadapi isu
> >sedemikian -- rasional, sederhana, mengikut lunas
> >undang-undang dan komited dalam mengekalkan keamanan
> >dan keharmonian masyarakat.
> >
> >Muhammad Haniff Hassan,
> >Pengurus Sekretariat,
> >Perdaus.
> >
> >
> >
> >(ASALAM MUALAI KUM,
> >Kepada sekelian teman-teman di sana,
> >Ana terbaca commenta di atas apa yang di katakan oleh
> >Al ustaz Muhamamad Haniff Hassan di berita harian
> >Singapura dan ingin berkongsi dengan teman-teman di
> >Islah-Net sekelian.)
> >
> >
> >
> >__________________________________________________
> >Do You Yahoo!?
> >Find the one for you at Yahoo! Personals
> > <http://personals.yahoo.com>
> 
> 
> _________________________________________________________________
> Get your FREE download of MSN Explorer at
> <http://explorer.msn.com/intl.asp>
> 
> 
> 
> Yahoo! Groups Sponsor  
> ADVERTISEMENT
>  
> <http://rd.yahoo.com/M=213858.1737107.3257770.1261774/D=egroupweb/S=17
> 05077360:HM/A=763352/R=0/*http://www.classmates.com/index.tf?s=5085>  
>  
> <http://us.adserver.yahoo.com/l?M=213858.1737107.3257770.1261774/D=egr
> oupmail/S=1705077360:HM/A=763352/rand=578403275>      
> 
> ///// JIM-IT: Peneraju Dakwah Digital <http://www.jim.org.my>
> //////////////////////////////////
> 
> Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
> Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian
> 
> Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
>             [EMAIL PROTECTED]
> Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
>             [EMAIL PROTECTED]
> 
> Untuk urusan pengiklanan, sila hubungi: Aris Sipan "[EMAIL PROTECTED]".
> 
> 
> Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service
> <http://docs.yahoo.com/info/terms/>. 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ir. Hj. Khasbullah A. Kadir" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke