*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ni nak tanya, ini hadis ke ayat quran ke atau hadis rekaan.  kalau benar 
hadis, boleh berikan siapa perawinya.  bukan apa bila ternampak kat bawah 
sekali tu Allah berfirman, saya naik confuse, bila masa pulak Allah 
berfirman untuk menyampuk perbualan tetamu Rasulullah tu, atau dari ayat 
Quran ke.  dan bila masa pulak Malaikat mencelah?  saya takut ini hanya 
hadis rekaan.

berhati-hatilah dengan tipudaya.  kedang-kadang kita nampak sesuatu yg baik, 
kita rasa nak forwardkan kat orang.  tapi pls check dulu samada ini hadis 
atau apa.  kalau hadis siapa perawinya.  takut rakaan yahudi je.


>From: "susi" <[EMAIL PROTECTED]>
>
>Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman 
>r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya 
>Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka 
>madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika 
>semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. 
>Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat 
>suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, 
>madu, dan sehelai rambut).
>
>Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, 
>orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu 
>lebih susah dari meniti sehelai rambut".
>
>Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, 
>seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu 
>lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
>
>Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, 
>orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan 
>ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
>
>'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, 
>menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai 
>kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
>
>Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk 
>yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan 
>mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali 
>muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
>
>Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah 
>lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik 
>itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih 
>sulit dari meniti sehelai rambut".
>
>Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik 
>dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk 
>usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai 
>akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
>
>Allah SWT berfirman, " Sorga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik 
>itu, nikmat sorga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju sorga-Ku 
>adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
>
>
>Oleh :UstazAzmanShahALJabar
>
>**************************************************************************************************
>CP section
>Planning Dept
>Email Add : [EMAIL PROTECTED]
>
>*************************************************************************************************


_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ui Dann" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke