*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dalam rumah saya ada TV, radio dan buku-buku. Saya dikira sebagai
orang Islam yang maju. Minat saya ialah dalam bidang Matematik.
Kajian saya meliputi advanced calculus, linear algebra dan matrix
analysis. Saya tidak menyimpan janggut atau bersorban macam 
Taliban. Saya tidak pakai kopiah macam PAS. Saya tidak suka melihat
orang berkopiah tapi perangainya jahat. Kadang-kadang saya pakai
talileher. Maka ada orang-orang Melayu jahat kata saya orang
Taliban. Gila punya orang ! Kebetulan saya mendapat pendidikan
pengajian pondok, maka saya ini macam Taliban...ini kerana Taliban
bererti pununtut sekolah pondok.

Kita sebagai orang Islam mestilah ada perasaan belas kesihan. Kita
sebagai orang Islam jangan menganiaya orang Islam yang lain.
Itu pesanan Nabi. Kalau kita melihat orang Taliban berjanggut,
dan bersorban dan mereka menyatakan kepada kita Amerika adalah
musuh Islam .....Ya! Amerika adalah musuh Islam.

Orang Taliban tak suka tengok TV, tak suka mendengar lagu
Michael Jackson, itu budaya hidup yang mereka INGIN AJARKAN kepada
kita. Kalau kita tak setuju, janganlah mencaci dan membuat
berbagai fitnah terhadap Taliban. Mereka melihat kita dengan
kasih sayang, mereka menyeru kita menbantu mereka dalam berbagai
bidang, maka lihatlah dengan pancaran iman. Mereka mahu kita
buang segala gejala syirik dan kufur jika ada tersemai dalam
dada kita.

Kita melihat TV, apa yang ada? Apa orang Melayu buat terhadap
ummat Islam di Malaysia? Stesyen TV kita ada penari-penari
yang mendedahkan aurat, ada Bollywood, ada wanita-wanita Amerika
yang berjemur di tepi pantai...adakah kita benar dan Taliban
bersalah? Lihat orang perempuan Melayu yang bernama Sarimah
Ibrahim dengan gaya ghairah menyanyi dan beraksi, ini Melayu
apa?

Nasib malang bagi Taliban. Dunia kuffar dan munafik terlalu
hebat. Islam akan tenggelam. Suara Taliban hilang dipukul
ombak-ombak kemungkaran di sana sini, seperti kata Nabi:

Sudah hampir sampai masa di mana tidak tinggal lagi daripada
Islam itu kecuali hanya namanya..[HR Al-Baihaqi]

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to