*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
<Picture>
<Picture: hosted by tripod>
E-mail this page to a friendTell me when this page is updated
  
 
<Picture>....TERJEMAHAN ARTIKEL GLOBAL (473)
Dongeng Afghan 
Yang Bagus, Yang Jahat dan Yang Paling Jahat
(The Good, The Bad, And The VERY Bad) 
Oleh: Eric Margolis (Con. Foreign Editor) 11.12.01 
 
http://e-umno.tripod.com/mar_tag473.html

------------------------------------------------------------------------
Afghanistan memang mengelirukan. Di sini adalah peraturan untuk mengesan semua pelakon 
dalam jihad memerangi keganasan. Puak Taliban – Jenis Aghan yang paling jahat. 
Kumpulan yang disebut mengamalkan ajaran purba dan memakai serban, tidak mencukur 
jambang dan membungkus kaum wanita mereka. Mereka telah berdegil menolak tuntutan AS 
untuk menyerahkan tetamu mereka Osama bin Laden, seorang wira peperangan menentang 
Soviet. Setiap negara yang berani menyanggah Amerika Syarikat (Paman Sam) memang 
didera dengan pengeboman menyeluruh. 

Kumpulan Taliban ini menguruskan pentadbiran negara berasakan ajaran Islam, yang 
memang dibenci di zaman ini – kecuali, apa yang diamalkan oleh Israel, di mana 
rakyatnya berkata bahawa negara mereka itu adalah pemberian Allah, kerana itu mereka 
adalah bangsa yang BAIK, tidak seperti penduduk setempat yang suka membuat kacau yang 
bergelar Palestin, yang di anggap sebagai pengganas dan merupakan golongan yang JAHAT. 
Presiden Bush berkata beliau mendapat pengajaran daripada Kitab Injil, dan ini adalah 
satu perkara yang BAIK, tetapi apabila ketua Taliban, Mulah Omar mengikut ajaran 
Al-Quran, itu dianggap sesuatu yang GILA. 

Puak Pakatan Utara – adalah Afghan jenis yang BAIK, walaupun mereka menguruskan 
kegiatan perdagangan opium dan dipimpin oleh penjenayah perang. Mereka berpura-pura 
beratur dengan baik dan bersumpah untuk menghancurkan Taliban – dengan syarat AS 
menjalankan kerja-kerja berlawan. Kelengkapan senjata mereka datangnya daripada Russia 
dan mereka dibekalkan wang oleh CIA. Mereka amat mudah dikenal kerana memakai uniform 
buatan Iran dan bertopi, tidak memakai serban. Kaum wanita mereka berbungkus juga 
seperti Taliban yang mereka kata kumpulan purba. 

Pada September 10, 2001 Pakistan dianggap sebuah negara pengganas yang diperintah oleh 
seorang diktator tentera yang JAHAT, Gen. Pervez Musharraf, yang menyokongTaliban dan 
mempunyai ramai sahabat beragama Islam yang JAHAT. Tetapi pada September 15, Pakistan 
secara tiba-tiba menjadi satu sekutu yang suci murni, dalam usaha berjihad memerangi 
keganasan. Lantas, Pakistan mengenepikan sahabat lamanya,Taliban dan merelakan negara 
itu digunakan oleh tentera AS. Musharaf kini dianggap BAIK, dipuji oleh barat sebagai 
berani dan berwawasan, walaupun 88% rakyatnya yang tidak bersetuju dengan pujian itu. 
Sebelum Bush dilantik menjadi Presiden Amerika, dia tidakpun dapat mengingati nama 
pemimpin Pakistan itu bila disoal oleh seorang wartawan. Kini, Bush dan Musharraf 
adalah berkawan baik. 

Amerika Syarikat dianggap BAIK, kerana menguruskan urusan negaranya sendirian, tetapi 
menjadi mangsa tekanan Islamic-Nazi yang ganas, mengikut taksiran Bush yang pintar, 
dan merupakan bekas rakan kongsi ahli keluarga Osama Laden. Oleh kerana AS pernah 
berperang melawan Syria, Lebanon, Iraq, Iran, Sudan, Somalia dan Afghanistan, adalah 
tidak seharusnya ia dijadikan satu kepercayaan yang Amerika memusuhi orang Islam. 
Beberapa ramai kawan baik Amerika – seperti Shah Iran, Saddam Hussein, dan 
wargaadiraja Arab Saudi, Maghribi dan negara Teluk – merupakan warga Islam. Oleh 
kerana Israel menggunakan keretakebal dan helikopter buatan Amerika untuk 
menghancurkan kebangkitan Palestin dan membunuh pemimpin Palestin – semua itu adalah 
tindakan yang BAIK dan merupakan tindakan menentang keganasan – dan tidak ada sebab 
kenapa orang lain mesti marah kepada Amerika Syarikat. Washington telah mengarahkan 
pihak media melakukan penapisan berita secara sukarela agar rakyat Amerika tidak 
tersentu!
h dengan liputan TV yang menunjukkan ramai kanak-kanak Afghan yang mati. 

Russia merupakan pihak yang menang besar dalam segala kekecohan besar ini. Pemimpin 
mereka yang sungguh bijak, Vlad Putin telah berjaya memujuk Bush agar percaya bahawa 
kisah kezaliman Russia menghenyak puak Chechen adalah bersifat “anti-keganasan”. Dana 
Amerika mengalir memasuki Kremlin. Pihak Russki telah menekan AS agar 
menghenyakTaliban, dengan menjimatkan belanja dan usaha mereka. Begitu juga dengan 
Israel yang berusaha agar AS menggugurkan bom dengan menggunakan B52 ke atas Iraq, 
Lebanon, Libya, Yemen, Syria dan Iran. 

Arab Saudi – penaja kewangan utama kumpulan pelampau Islam – dengan syarat pelampau 
itu tidak membuat kacau di negara kaya-minyak itu. Arab Saudi membantu dan menyokong 
Taliban dan kumpulan pelampau Wahabbi di Afghanistan dalam peperangan berahsia mereka 
menentang Iran. Kewujudan tentera AS di Arab Saudi menghindari arakyatnya daripada 
menggulingkan warga istana mereka. Satu ketika dulu Arab Saudi yang juga dikenali 
sebagai “Arab kita” dianggap BAIK, tetapi kini, kerana mereka enggan membunuh orang 
Islam yang seagama dengan mereka secara besar-besar, mereka sudah dicop oleh media AS 
sebagai JAHAT. 

Iran – yang dianggap pengganas-melampau yang PALING JAHAT sehinggalah Sept.11, telah 
membuat kacau di kalangan Afghan selama 20 tahun. Kumpulan mullah Tehran, amat 
membenci mullah Taliban dan Pakistan. Kerana mereka lebih bijak daripada Arab, yang 
turut dibenci oleh mullah Iran, kumpulan mullah Iran yang amat licik itu bermain silap 
mata dengan AS., dan telah berpura-pura memberikan sokongan kepada pasukan Pakatan 
Utara yang dianggap BAIK untuk memusnahkan Taliban yang diiktiraf JAHAT. 

Dakwaan AS dulu bahawa Iran adalah sebuah “negara pengganas,” dan bersalah kerana 
mengebom pangkalan tentera AS di Arab Saudi, sudahpun digugurkan. Iran kini dianggap 
sebagai BAIK JUGA. Minggu lalu – para pengganas, Tamil Elam telah melancarkan serangan 
relamati di Sri Lanka. ‘Pengganas’ Basque telah membunuh seorang hakim Sepanyol dan 
meledakkan sebuah bom yang berkuasa tinggi di Madrid; ‘pengganas’ IRA telah meledakkan 
sebutir bom di Britain. Tidak ada satupun kekecohan yang muncul daripada Washington. 
Keganasan mengikut tafsiran Amerika diambil kira sebagai keganasan hanya kalau ia 
dilakukan terhadap kepentingan Amerika. 

OSAMA bin LADIN - diiktiraf PALING JAHAT dan masih lagi bernyawa setelah satu bulan 
dijadikan sasaran utama ketenteraan Amerika. Beliau mengajak umat Islam berjihad 
terhadap Barat, sedangakan apa yang benar-benar diperlukan oleh masyarakat Islam ialah 
berjihad menentang masyarakat mereka yang haprak dan yang membuatkan mereka menjadi 
hamba abdi putaran muslihat politik barat. Saudara Osama dilihat sebagai satu tokoh 
yang mempunyai sifat keramat di Dunia Ketiga, kerana berani memomokkan media AS. Ramai 
lagi yang mahu mencontohi Osama dan menunggukan masanya. 

Strategi AS menghujani bumi yang dibom itu kerana mahukan ia hancur lebur persis 
keadaannya pada abad ke-4 dulu, dan memusnahkan Osama Laden dan mahu menghapuskan 
semua kumpulan JAHAT yang memakai sarban sebelum mereka menang lagi. 

Catatan: Eric boleh dihubungi melalui emel : [EMAIL PROTECTED] 

Terjemahan oleh SPAR.  
  

------------------------------------------------------------------------
<Picture><Picture>
http://e-umno.tripod.com/

<Picture>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Farina <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to