*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Hassan Ali menyanggah jawapan Khir Toyo
> Oleh : DR HASSAN ALI
> Menteri Besar Selangor, Mohd Khir Toyo, telah
> menjawab beberapa pendedahan
> yang dibuat oleh Ahmad Lutfi Othman terhadapnya.
> Walau bagaimanapun Ketua
> Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Dr
> Hassan Ali, menyanggah
> jawapan Khir Toyo itu. Ikuti wawancara yang pertama
> disiarkan dalam akhbar
> Memo15 itu.
> Meram Holdings yang diberi projek membina jalan di
> Sekinchan bernilai RM92.5
> juta itu merupakan kontraktor bermasalah. Projek itu
> disubkan sepenuhnya
> kepada syarikat lain yang tiada pengalaman dalam
> kerja pembinaan. Menteri
> Besar mendakwa sememangnya kos projek itu tinggi
> kerana terpaksa merawat
> tanah gambut, dan rundingan telah dibuat dengan
> Meram sejak lebih dua tahun
> lalu, ketika prestasi syarikat itu baik.
> DR HASSAN ALI: Memang diketahui umum, berdasarkan
> rekod yang lepas, Meram
> Holdings tiada kemampuan. Dalam sidang Dewan
> Undangan Negeri yang lalu
> disebutkan kerajaan atau JKR tidak perlu berurusan
> dengan sub-kontraktor.
> Bagi saya, yang paling baik adalah kontraktor utama
> menjalankan kerja dari
> awal hingga akhir.
> Hanya kadang-kadang perkara yang sangat teknikal dan
> memerlukan kepakaran
> khusus, diserahkan kepada sub-kontraktor. Jarang
> sekali sub-kontraktor
> menyiapkan semua kerja, sedangkan kontraktor sebenar
> hanya mengutip
> komisyen.
> Tapi dalam kes di Sekinchan, keseluruhan kerja
> diberikan kepada syarikat
> lain. Soalnya bila lagi kita hendak melatih
> kontraktor-kontraktor
> bumiputera, sedangkan segala kerja dibuat oleh
> sub-kontraktor bukan Bumi?
> Merujuk cadangan kos sebenar projek ini dinilai
> semula oleh jururunding
> bebas, ia tidak seharusnya merujuk projek ini
> sahaja. Kita juga harus
> pastikan ia tidak melibatkan kos rundingan yang
> tinggi, yang akan
> meningkatkan nilai keseluruhan projek. Saya lebih
> suka sistem yang lebih
> telus dipakai untuk semua projek pembangunan, samada
> membuat jalan atau
> bangunan, juga penempatan banjir.
> Misalnya, kita perlu mengkaji projek-projek yang
> bernilai RM20 juta ke atas.
> Cuma menjadi kemusykilan di Malaysia, kita sendiri
> tidak tahu siapa
> konsultan bebas, yang dapat membuat cadangan terbaik
> bagi mengelak
> pembaziran dan rasuah berlaku.
> Menyentuh isu rumah RM150,000, Khir menjawab wang
> tersebut adalah hasil
> modal selama 11 tahun beliau mengendalikan klinik
> gigi. Sepatutnya beliau
> perlu menunjukkan transaksi jual-beli perniagaannya.
> Apapun, jika Khir
> membuat perisytiharan asetnya di Dewan Undangan
> Negeri, tentunya isu ini
> tidak timbul.
> Saya sangat bersetuju. Bahkan dalam Parlimen
> cadangan ini telah dibuat
> begitu lama, semenjak Ketua Pembangkang dahulu, Lim
> Kit Siang. Beliau secara
> konsisten mendesak perisytiharan harta dibuat kepada
> publik, supaya ia bukan
> hanya diketahui oleh Perdana Menteri, tetapi juga
> oleh seluruh rakyat. Jika
> diumumkan kepada seorang manusia sahaja, ia
> menimbulkan keraguan.
> Katakanlah harta tersebut diisytiharkan kepada
> Perdana Menteri semata-mata,
> ataupun seorang exco Selangor memberitahu kepada
> Menteri Besar; rakyat tidak
> tahu berapa MB ada harta, berapa exco ada harta,
> berapa banyak pula harta
> tahunan. Kita tidak tahu.
> Jika benar kita hendak telus, biar benar-benar
> telus. Jangan hanya
> melepaskan batuk di tangga sahaja.
> Kita difahamkan baru-baru ini kalangan pegawai
> tinggi negeri - D.O, Adun dan
> exco - berada di Langkawi. Di antaranya pertemuan
> itu adalah susulan isu
> rasuah. Kelihatan Khir Toyo cuba mahu mendengar
> perkara yang tidak puashati
> dari mereka.
> Mereka yang dipanggil adalah Adun-Adun dari BN.
> Tidak dari pembangkang.
> Padahal mereka semuanya selari dengan kepala Menteri
> Besar. Hanya mengampu,
> menyokong; mengampu, menyokong - itu sahaja.
> Yang berbeza pendapat hanyalah pembangkang. Tetapi
> pembangkang tidak
> dijemput dalam sesi itu. Saya fikir jika mahu
> melakukan post mortem dalam
> golongan yang sama, tidak perlu pergi Langkawi. Khir
> sebagai MB boleh
> panggil ketua-ketua jabatan, Adun-Adun BN, mereka
> boleh bercerita.
> Pendekatan itu tidak betul. Saya pun berasa hairan
> mengapa saya tidak
> dipanggil. Saya tidak perlu berada dalam program
> tersebut dari mula hingga
> akhir. Mungkin ada bahagian tertentu untuk saya
> hadir sebagai mewakili
> rakyat. Jangan lupa, saya mewakili sebahagian besar
> rakyat negeri Selangor.
> Saya yakin sudah ada orang Umno yang berfikir
> seperti kita, tetapi tidak
> dicerminkan oleh Adun-Adun mereka. Saya yakin
> sebahagian besar exco tidak
> bersetuju dengan MB. Tetapi disebabkan budaya
> mempertahankan, budaya
> berakhlak begitu dalam Umno, maka bersidanglah
> kemana pun ia tetap menjadi
> seperti itik - seekor turun ke air semua akan ikut
> serta.
> Soal tanah yang diberikan kepada orang muda. Adakah
> perlu pihak kerajaan
> negeri menarik kembali kelulusan tanah itu? Kini
> proses keluluasan tanah
> hanya boleh diluluskan oleh exco. Sewajarnya sebuah
> badan bebas perlu
> ditubuhkan untuk memantau permohonan ini.
> Perkara ini harus dilihat semula dalam perspektif
> yang betul. Sebenarnya hal
> ini bukan zaman Khir Toyo (beliau baru 14 bulan
> sahaja), tetapi sejak zaman
> Mat Taib dan Abu Hassan lagi. Kita diberitahu sudah
> hampir habis tanah
> (prime land) di negeri Selangor. Siapa yang buat?
> Perompak-perompak itulah
> yang menjalankan kerja-kerja tersebut.
> Misalnya tanah Kuala Langat yang dikatakan diberikan
> kepada anak-anak muda
> berumur 20 tahun. Bagi saya ia tidak menyelesaikan
> masalah. Seluruhnya perlu
> dikaji semula.
> Jika tiada peruntukan, mesti diberikan peruntukan
> dengan mengadakan sesi
> khas Dewan. Kemungkinan menambahkan satu hari lagi,
> khusus bagi
> membincangkan hal-hal tanah di negeri Selangor,
> terutama tanah pertanian,
> tanah perindustrian, tanah perumahan, termasuk
> tanah-tanah rizab Melayu.
> Kita mesti ada statistiknya. Saya boleh tanya MB,
> berapa banyak lagi tanah
> yang ada? Tentu dia tak boleh jawab.
> Sebenarnya kekuatan negeri adalah pada tanah. Tanah
> adalah inti kuasa
> kerajaan negeri.
> Bercakap soal tender pula. Kita ketahui Meram
> Holdings mendapat projek
> kerana ada runding terus, bukan menerusi tender
> terbuka. Adakah perlu
> dihapuskan tender terbuka ini?
> Banyak perkara perlu dikaji semula. Dalam konteks
> ini samada projek dibuat
> menerusi open tender atau runding terus, ia
> bergantung kepada jenis projek.
> Misalnya runding terus menjurus kepada projek
> pelaksanaan segera,
> bencana-bencana alam, keperluan menyegerakan
> kehendak sebilangan besar
> penduduk di tempat tersebut. Selalunya ia dibuat
> berdasarkan
> penender-penender tersebut mempunyai track record
> yang baik.
> Bagaimanapun, hal Meram ini saya telah timbulkan
> dalam Dewan, tetapi tidak
> dijawab. Apabila tidak dijawab, saya percaya
> prosesnya sudah silap. Apa yang
> saya tahu, MB sendiri mengeluarkan surat terima
> janji kerja. Itu pun kita
> telah persoalkan dalam Dewan. Khir jawab, perkara
> tersebut ada peruntukan
> untuk beliau melakukan demikian.
> Saya hendak tengok, peruntukkan daripada mana? Saya
> cuba semak surat-surat
> pekelililng tentang perkara tersebut, tapi belum
> jumpa lagi sehingga
> sekarang.
> Ada orang mengatakan isu dakwaan rasuah ini hanya
> perang terbuka antara
> Lutfi Othman dan Khir Toyo sahaja. Sejauhmana PAS
> negeri Selangor mengambil
> langkah seterusnya supaya isu ini tidak mati sekerat
> jalan?
> Kita memang memberi sokongan. Sebagai sebuah parti
> politik yang mempunyai
> penyertaan ahli paling besar dalam pembangkang, kita
> sudah menunjukkan
> sikap. Rujuk perbahasan pembangkang dalam Dewan.
> Walaupun dibantah oleh
> speaker, saya telah memusatkan paling tidak 70
> peratus daripada pembentangan
> budget menjurus kepada isu Khir Toyo.
> Kedua, kita mempunyai misineri seluruh negeri
> Selangor. Sememangnya maklumat
> tidak keluar dalam televisyen, suratkhabar dan
> radio. Mungkin dalam Harakah
> sahaja. Bagaimanapun, Ahmad Lutfi adalah orang
> pertama dan berada di depan
> dalam hal ini. Sewajarnya kita pasti menyokong.
> Segala laporan polis dan BPR dilakukan oleh beliau
> sendiri. Pastinya kita
> berjanji akan melakukan sesuatu dengan apa yang
> telah dibukanya, yang saya
> namakan sebagai `pandora box’.
> Saya harap perkara yang didedahkan oleh Ahmad Lutfi
> merupakan satu daripada
> gate yang akan dibuka lagi seterusnya, membolehkan
> rakyat Malaysia menilai
> sejauhmana ketelusan dan keikhlasan Khir Toyo
> mengurus negeri Selangor.
> Kami difahamkan, dalam siasatan awal polis terhadap
> Ahmad Lutfi mereka hanya
> ingin mencari bukti siapa yang memberi maklumat
> kepada beliau.
> Pihak polis dan BPR tidak sepatutnya berbuat
> demikian. Ia memberi kesan
> besar terhadap perjalanan BPR sebagai satu agensi
> amanah. Kalau kita boleh
> persoalkan siapa yang memberi maklumat, akhirnya
> rakyat Malaysia takut
> hendak memberi maklumat.
> Saya anggap polis dan BPR adalah profesional. Jika
> dua organisasi ini sudah
> hilang profesionalisme, maka saya tidak tahu kemana
> lagi hendak saya rujuk,
> khususnya dalam mencari warna-warna profesionalisme.
> Adalah amat
> bertentangan dengan semangat kewujudan polis dan
> BPR, jika itulah soalan
> pertama yang ditanya terhadap Ahmad Lutfi.
> Saya mewakili rakan-rakan PAS negeri Selangor dan
> Malaysia, kita membantah
> sekeras-kerasnya tindakan yang diambil oleh polis
> dan BPR. Oleh demikian,
> Lutfi dipanggil bukan untuk memanjangkan dengan
> bukti lebih lanjut, tetapi
> sekadar ingin mengetahui siapakah yang memberi
> butir-butir tersebut.
> Bagi saya, niat mereka sudah tidak betul. Apabila
> niat tidak betul maka
> pelaksanaan juga tidak betul. Jika cara begini
> berterusan maka ia terbuka
> dengan persoalan-persoalan lebih besar.
> 
> 
> Top Home <http://detik.daily.tripod.com/>
> 
> 
> 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! GeoCities - quick and easy web site hosting, just $8.95/month.
http://geocities.yahoo.com/ps/info1

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke