*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
From: "Cyberita" <[EMAIL PROTECTED]>

petikan daripada Sedia hadapi amalan puasa
Oleh: ABDULLAH ABD. RAHMAN

Sunat-sunat puasa

* Makan sahur serta mentakhirkannya.

* Segera berbuka dan sunat berbuka dengan buah tamar
atau benda-benda yang manis atau air. Buah tamar
adalah makanan yang terbaik dari segi agama dan
kesihatan dan jika tiada buah tamar berbukalah dengan
air kerana ia dapat menyegarkan badan.

* Berdoa setelah berbuka - Rasulullah s.a.w berdoa
setelah berbuka dengan ucapan, mafhumnya, Wahai
Tuhanku aku telah berpuasa untukmu dan aku telah
berbuka dengan rezeki kurniaanmu.

* Mengkadakkan jamuan berbuka puasa - Menjamu
orang-orang berbuka puasa adalah satu kebajikan.

Wajib imsak

Imsak bererti menahan diri dari makan dan minum mulai
terbit fajar hingga terbenam matahari, seseorang Islam
itu wajib berimsak (menahan diri) walaupun mereka
tidak berpuasa ataupun puasanya telah terbatal oleh
beberapa sebab.

Mereka yang wajib berimsak

* Orang yang masih menyangka hari berkenaan masih 30
Syaaban, kemudian disedari telah satu Ramadan.

* Orang yang meninggalkan puasanya dengan sengaja.

Orang yang tidak berniat pada malamnya dan tidak pula
berniat puasa sebulan Ramadan.

* Orang yang berbuka kerana menyangka telah masuk
waktu
berbuka (Maghrib) rupa-rupanya masih siang.

Tidak wajib imsak

* Mereka yang dalam perjalanan (musafir) ketika sampai
ke tempat yang dituju.

* Kanak-kanak yang hampir baligh.

* Orang kafir ketika masuk Islam.

* Orang gila ketika sembuh.

* Orang yang sakit ketika sembuh.

Adab ketika berpuasa

Perkara-perkara di bawah adalah sangat dituntut kepada
umat Islam seluruhnya apatah lagi di waktu mana kita
sedang mengerjakan ibadat puasa, antara tuntutan itu
ialah:

* Menanamkan rasa penuh harap, segala amalan kita
mudah-mudahan diterima baik oleh Allah.

* Mengurangkan makan dan minum ketika berbuka dan
sahur.

* Mengelakkan diri apa-apa sahaja yang boleh
membatalkan puasa.

* Mengurangkan tidur di siang hari.

* Hendaklah kita selalu mengingatkan bencana dan
balasan Allah di akhirat.

* Menjauhkan diri dari mengumpat, mencerca, mencela,
mencaci,maki hamun, berbohong serta mencarut dan
apa-apa sahaja perkataan yang kotor dan berbau busuk
dan hina didengar telinga.

Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya,
Sesungguhnya orang yang amat dicintai oleh Allah ialah
orang yang senang bermesra dan senang dimesrai, dan
sesungguhnya orang yang amat dibenci oleh Allah ialah
yang suka menaburkan kata-kata nista dan suka
memecah-belahkan antara sesama manusia.

ABDULLAH ABD. RAHMAN ialah seorang pendakwah bebas.


C UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan
Sow Lin, 55200 
Kuala Lumpur.
E-mail: [EMAIL PROTECTED]


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! GeoCities - quick and easy web site hosting, just $8.95/month.
http://geocities.yahoo.com/ps/info1

Melanggan? (FREE) : Send email to: [EMAIL PROTECTED]

Berhenti Melanggan : Hantar email kosong to: lk-
[EMAIL PROTECTED]

Laman Web Lenggang Kangkung: http://www.angelfire.com/ct/lk

Email lama Lenggang Kangkung Group: 
http://groups.yahoo.com/group/lk/messages

Download File dari Lenggang Kangkung Group: 
http://groups.yahoo.com/group/lk/files

Side Income? : 
http://www.dynamicsms.com.au/intro.asp?ref=0197608783&refc=34
8


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke