*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Siapakah Yang di-Pertuan Agong ke 12 ?
1.   Sultan Terengganu (Timbalan YDPA sekarang)
2.   Raja Perlis
3.   Sultan Kelantan
4.   Amirul Mukminin wal Musyrikin Mahathir (Negara Islam Malaysia)

Sehingga Yang di-Pertuan Agong baru itu dipilih oleh Majlis Raja-raja yang dijangka 
akan bersidang dalam masa 4 minggu, Timbalan Yang di-Pertuan Agong sekarang, Sultan 
Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menjadi pemangku Yang di-Pertuan Agong.
 
Lazimnya Timbalan Yang di-Pertuan Agong sekarang akan menjadi Yang di-Pertuan Agong 
yang baru.   TETAPI Mahathir tidak mahu Sultan Mizan menjadi YDPA ke 12, kerana hajat 
Mahathir menghapuskan nama Islam telah di tolak oleh Majlis Raja-raja yang telah di 
pengerusikan oleh Sultan Mizan (Timbalan YDPA) dengan cara bijaksana.   Masa itu 
Almarhum Sulan Salahudin sedang gering.   Kalau YDPA ke 11 yang jadi pengerusi mungkin 
"ISLAM" telah berjaya dibuang sebagaimana idaman Mahathir. 

Mahathir telah berjaya melucutkan "kekebalan" raja-raja,   tetapi "kekebalan" itu 
sudah berpindah kepada Mahathir.    Taraf raja-raja berdaulat telah jatuh, menjadi 
orang-orang suruhan Mahathir. Berbagai hajat nafsu buas Mahathir telah direstui oleh 
YDPA ke 11, antaranya: 

1.   Penyerahan PuteraJaya. 
2.   Pemecatan Anwar Ibrahim. 
3.   Salah guna mahkamah dan polis. 
4.   Tolak memorendum rakyat di hadapan Istana Negara. 
5.   Pemecatan Mufti Ishak Baharom yang memperjuangkan Islam. 
6.   Mengharamkan ceramah Islam. 
7.   Merompak royalti minyak Terengganu.

Mahathir hanya menggunakan nama "Yang di-Pertuan Agong" untuk menyelamatkan dirinya 
sendiri.   Apabila Al-Maunah di tuduh mencuri senjata di Sauk, Mahathir guna mahkamah 
supaya mereka di bicarakan atas kesalahan "durhaka kepada Yang di-Pertuan Agong".

Apabila rakyat berhimpun secara aman di Kem Tahanan ISA di Kemunting polis menyeru 
"Dengan titah perintah Yang di-Pertuan Agong anda semua dikehendaki bersurai."    
Orang ramai menjawab "Hoooii sejak bila Mahathir jadi Yang di-Pertuan Agong ? "

Sebagai langkah untuk memujuk raja-raja, dijangka Mahathir akan melantik Tengku 
Razaleigh Hamzah menjadi menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri 
(MITI) tidak lama lagi.    Rafidah Aziz menjadi Menteri Kewangan.

Tengku Razaleigh adalah bapa saudara kepada Sultan Kelantan.  Mahathir mahukan Sultan 
Kelantan atau Raja Perlis menjadi YDPA ke 12 kerana menganggap mereka akan akur kepada 
segala kehendak Mahathir.

Rakyat masih mempunyi harapan tinggi kepada Majlis Raja-raja.
Rakyat mengharap supaya Yang di-Pertan Agong ke 12 adalah seorang Raja Berdaulat yang 
memayungi kesejahteraan rakyat dan bukan orang suruhan yang rela menjadi alat kehendak 
nafsu buas Mahathir.

Hamba suruhan Allah.







Get 250 color business cards for FREE!
http://businesscards.lycos.com/vp/fastpath/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke