*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

------- Forwarded Message Follows -------
To:                     [EMAIL PROTECTED]
From:                   Lenggang Kangkung <[EMAIL PROTECTED]>
Date sent:              Sun, 25 Nov 2001 18:32:33 -0800 (PST)
Send reply to:          [EMAIL PROTECTED]
Subject:                [LK] tamar

Rahsia Kurma

Buah kurma atau dalam bahasa Arab menggelarnya tamar
tergolong dalam keluarga phoenix. Sekumpulan jenis
palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai
seperti buah pinang. Kurma
mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti
kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma
kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C
serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium,
sodium dan potasium.

Selain kebiasaan, umat Islam digalakkan berbuka dengan
kurma bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang lain
maksudnya: "Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang
tidak mempunyai
makanan". Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana
mempunyai nilai kandungan makanan yang
tinggi.

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8
hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus
manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus
glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula
didalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna
apabila kita memakan kurma, tenaga yang
diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di
dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa
dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi
sukrosa tidak boleh menyerap
terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh
enzim sebelum bertukar menjadi glukosa
lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang
berpuasa tidak makan
selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta
kepada si pemakan dan
ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan
sembahyang maghrib
atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga
ia menghalang
kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala
waktu berbuka kita
makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak
bertenaga. Sebabnya
makanan yang diambil kebanyakan mengandungi
karbohidrat, tanpa tenaga
serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun
mengantuk.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi
serat. Amat baik
untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan.
Sementara
kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat
khalal atau rotab
dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu
ia mengandungi zat
galian dan yang paling banyak dikenali sebagai
potasium. Potasium
diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma
adalah excellant
source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt
dan makanan laut
juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul
toksid di dalam
tubuh atau  memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang
selera makan bagi
yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang
mengalami sembelit,
lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu,
mengalami tekanan serta
menguatkan ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis
yang baik untuk
menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding.
Mungkin atas alasan
pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur
telah menjalankan
kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana
Firma Allah s.w.t.
dalam surah al-Mukminah ayat 19, "Kemudian Kami
tumbuhkan kerananya
kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu
peroleh buah-buahan yang banyak, dan sebahagiaannya
kamu makan."

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma
mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan
kurma akan dihindari daripada terkena racun yang
dimakan."

Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di
bawah pohon kurma.
Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam
menggegar pohon kurma
lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan
kelahiran Nabi Isa
a.s.

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol,
lemak dan gula di
dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan
darah tinggi.

Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus
atau dijadikan
serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi
menyembuhkan pelbagai
jenis penyakit.

Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan
kurma salah satu
penawar penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama
badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma
dikatakan menambah
tenaga seksual atau batin.

Jus buah kurma mungkin baru di negara ini,
sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar,
kering atau salai,
kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah,
badam atau gajus
bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau
bahan tambahan
dalam aiskrim.

Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya
dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan
pembasuh mulut selepas makan
atau menggantikannya makanan ringan yang rata-rata
mengandungi
karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang
boleh membawa pelbagai jenis
penyakit.


__________________________________________________

Melanggan? (FREE) : Send email to: [EMAIL PROTECTED]

Berhenti Melanggan : Hantar email kosong to: [EMAIL PROTECTED]

Laman Web Lenggang Kangkung: http://www.angelfire.com/ct/lk

Email lama Lenggang Kangkung Group: http://groups.yahoo.com/group/lk/messages

Download File dari Lenggang Kangkung Group: http://groups.yahoo.com/group/lk/files

Side Income? : 
http://www.dynamicsms.com.au/intro.asp?ref=0197608783&refc=348
 






 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke