*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Masalah pilihan raya 5 tahun sekali
> assalamualaikum,
> Saya telah mendengar jawapan mengenai hukum
> pilihanraya dan didalam buku
> fatwa masakini jilid 7&8 Prof Dr Yusof Qardawi pun
> ada menyatakan tentang
> pilihanraya dan berparti politik. Daripada
> penelitian saya untuk membentuk
> negara islam di malaysia secara aman maka kita perlu
> melalui sistem
> pilihanraya. Maka kita sebagai orang islam perlu
> menyokong parti yang mahu
> melaksanakan syariat islam. Apa yang menjadi
> persoalan kepada saya apakah
> benar dan betul kaedah pilihanraya yang diamalkan
> oleh kerajaan malaysia
> hari ini iaitu kita terpaksa menunggu 5 tahun
> sekali. Ini bermakna untuk
> menubuhkan kerajaan islam pada hari ini peluangnya
> terbuka 5 tahun sekali.
> Dan kerajaan islam itu juga boleh tumbang dengan
> mudahnya hanya melalui
> suara majoriti. Maka untuk membentuk satu tamadun
> islam di Malaysia
> peluangnya hanya ada 5 tahun sekali. Jika kerajaan
> yang ada sekarang
> mengubah kepada 10 tahun sekali maka adalah terlalu
> lambat sekali untuk
> menunggu menubuhkan kerajaan islam dimalaysia.! Apa
> yang saya katakan ini
> semuanya boleh berlaku jika dilihat pada situasi
> semasa akhir2 ini. Soalan
> saya:
> 1. Adakah untuk menubuhkan sesuatu kerajaan islam
> perlu kepada suara
> majoriti?
> 2. Adakah untuk menubuhkan kerajaan islam perlu
> menunggu 5 tahun iaitu
> pilihanraya maka jika diubah waktu kepada 10 tahun
> peluang menubuhkan
> kerajaan islam di Msia nampaknya begitu sukar?
> sekian terima kasih
> Kapt Tudm
>
-------------------------------------------------------
> Jawab
> Alhamdulillah, inilah jawapannya:
> Pemerintahan adalah urusan yang paling besar umat
> Islam. Suatu perkara yang
> tidak boleh dipandang remeh dan enteng.
> Kata Ibnu Taimiyah:
> "Wajib diketahui bahawa urusan kekuasan manusia
> adalah kewajipan agama yang
> paling besar, malahan tidak dapat tertegak agama
> melainkan dengannya. Maka
> sesungguhnya anak Adam itu tidak akan sempurna
> maslahatnya kecuali dengan
> bermasyarakat kerana sebahagian memerlukan
> sebahagian yang lain. Ketika
> bermasyarakat itu, tidak boleh tidak mestilah
> mempunyai ketua. Sehingga Nabi
> s.a.w. telah bersabda: "Apabila kamu keluar tiga
> orang bermusafir, kamu
> lantiklah salah seorang sebagai ketua." (HR Abu Daud
> dari Hadis Abu Sa'fid
> dan Abu Hurairah).
> Manakala imam al-Ghazali berkata:
> "Agama itu sendir. Penguasa itu pengawal. Sesuatu
> yang tidak bersendi akan
> hancur dan sesuatu yang tidak ada pengawal akan
> sia-sia."
> Ibnu Hazmin berkata:
> "Telah muafakat seluruh Sunni, semua Murji'fah,
> semua Syiah, semua Khawarij
> atas wajib adanya imamah. Dan bahawa umat Islam
> wajib berada di bawah
> pimpinan imam yang adil yang akan ditegakkan
> hukum-hakam Allah di dalamnya
> serta mengatur mereka dengan hukum-hakam berkenaan
> dengan apa yang telah
> didatangkan oleh Nabi s.a.w. Yang terkecuali dari
> kemuafakatan ini ialah
> golongan Najdah'c."
> Amat dikesalkan sekali kerana masih ramai umat Islam
> di negara kita yang
> masih keliru dengan persoalan menegakkan negara
> Islam. Sebahagiannya masih
> berfikir ia hanyalah soal-soal dunia yang tidak ada
> kena mengena dengan
> kehidupan beragama mereka. Sebahagiannya enggan
> turun mengundi kerana
> katanya `tidak sunnah'. Sebahagian yang lain, pergi
> mengundi tetapi masih
> tidak dapat melakukan pilihan yang tepat siapakah
> yang layak dipilih untuk
> dijadikan pemimpin menguruskan permasalahan umat
> Islam.
> Para ulamak dan umat Islam yang insaf akan perkara
> ini perlu bekerja lebih
> kuat lagi untuk memberi kesedaran kepada umat Islam
> seluruhnya.
> -----------------
> Jumhur ulamak Islam mengharamkan langkah kekerasan
> (spt. revolusi dsbnya)
> sekalipun terhadap pemerintah yang zalim dan fasiq.
> Kerana ia akan berakibat
> jauh lebih buruk dari sebelumnya. Jika berjaya
> tindakan itu, akan memakan
> korban, jika gagal, memang sudah semestinya lebih
> banyak korban lagi.
> Terbabit dalam pilihanraya ala barat oleh parti
> Islam bukan bermakna mereka
> beriman dengan demokrasi secara total. Ia hanya
> digunakan sebagai wasilah
> untuk menegakkan negara Islam. Dan, ia bukannya
> satu- satu wasilah ke arah
> itu, namun dalam keadaan umat Islam dihimpit dari
> seluruh pihak oleh sistem
> sekular, maka terbabit dalam pilihanraya adalah
> antara jalan yang terbaik.
> Adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam Malaysia
> khususnya untuk
> memberikan dokongan kepada parti Islam. Paling
> lekehpun, `lebih baik
> daripada mendokong parti sekular..if (Hukumnya
> telahpun dibahas oleh para
> ulamak kini termasuk al-Qardhawi)
> Pada zaman ini, sebuah parti Islam tidaklah bergerak
> hanya semata- mata
> sebagai sebuah parti politik sahaja. Bahkan ia
> mestilah bergerak sebagai
> sebuah harakah islamiyah. Jika hanya semata-mata
> sebuah parti politik sahaja
> (lebih-lebih lagi jika pembangkang), maka tumpuannya
> hanyalah 5 tahun sekali
> pilihanraya. Aspek-aspek lain diabaikan, seperti
> pendidikan, tarbiyah,
> ekonomi, dakwah, kebajikan umat dll.
> Tidak selamanya parti Islam dibenarkan untuk
> menyertai pilihanraya oleh
> rejim yang berkuasa. Adakalanya ia disekat. Dan,
> apakah ketika itu sudah
> terhenti segala usaha dan harapan untuk menegakkan
> negara Islam? Sudah tentu
> tidak, kerana kerja pendaulatan syariah Islam adalah
> satu usaha yang mesti
> berjalan secara berterusan, sesuai dengan semangat
> amar makruf nahi munkar.
> Terlalu banyak lagi usaha- usaha dan kerja-kerja
> yang perlu dilaksanakan
> (walaupun ia bukan yang terbaik). Jika pilihanraya
> dihalang, maka itu
> bermakna salah satu dari wasilah telah hilang, bukan
> segala-galanya telah
> hilang.
> Contoh lain, jika setiap kali pilihanraya yang
> dijalankan secara tidak adil
> dan terdapat unsur-unsur penipuan, para ulamak
> ketika itu bolehlah
> berijtihad untuk menentukan apakah perlu terbabit
> dalam pilihanraya? Masalah
> ini bukan melibatkan soal halal dan haram, tetapi
> masalah yang baik dan yang
> terbaik. Apabila ulamak mengeluarkan kenyataan
> tertentu, umat Islam wajar
> mematuhinya.
> ----------
> Soal: Adakah untuk menubuhkan kerajaan islam perlu
> menunggu 5 tahun iaitu
> pilihanraya maka jika diubah waktu kepada 10 tahun
> peluang menubuhkan
> kerajaan islam di Msia nampaknya begitu sukar?
> Jawab: Apabila kita mengubah hala fikir kita dengan
> berpegang kepada
> prinsip:
> 1 . Parti Islam bukan semata-mata parti politik,
> tetapi ia adalah sebuah
> gerakan Islam.
> 2 . Pilihanraya adalah satu wasilah yang terbaik
> dalam keadaan yang melanda
> umat Islam sekarang ini ke arah menegakkan negara
> Islam.
> 3 . Usaha menegakkan negara Islam adalah satu usaha
> yang berterusan. -> maka
> kecelaruan ini akan selesai.
> Baiklah.. Jika kita terima bahawa pilihanraya
> sebagai salah satu dari
> wasilah, dan terpaksa menunggu 5 tahun sekalic
> Untuk menunggu tempoh
> berkenaan, terlalu banyak kerja yang mesti
> dilakukan. Untuk membolehkan
> rakyat memilih parti islam sebagai pemerintah
> mereka, bukan dapat dilakukan
> secara tiba-tiba. Lihat sahaja latarbelakang sejarah
> umat Islam modern,
> bermula dari era sekularisasi Ataturk. Rakyat perlu
> ditarbiyah, dihilangkan
> pemikiran-pemikiran pro-sekular dan kejahilan
> mereka.
> --------------
> Soal: Adakah untuk menubuhkan kerajaan islam perlu
> menunggu 5 tahun? Jawab:
> Kalaulah kita boleh melakukannya dalam tempoh
> beberapa jamc
> Soal: Adakah untuk menubuhkan sesuatu kerajaan islam
> perlu kepada suara
> majoriti?
> Jawab: Kalaulah kita boleh menubuhkannya dengan
> suara seorang dua sahajac.
> ---------------
> Bagaimana mungkin Rasulullah s.a.w. dapat mendirikan
> kerajaan Islam Madinah
> jika tiada dokongan dari penduduknya terhadap usaha
> dakwah baginda?
> Bagaimana mungkin Rasulullah s.a.w. dapat menakluk
> kota Mekah jika tiada
> satu kekuatan dan strategi di belakangnya?
> Melainkanc Jika berlaku sesuatu
> perkara yang mencarik adat dengan berlakunya
> mukjizat ataupun keramat
> ataupun bantuan dari Allah tanpa disertai sebab.
> Sebenarnya bukan suara majoriti, tetapi kekuatan dan
> strategi. Ia dapat
> menundukkan kekuatan dan mempengaruhi suara
> majoriti.
> ----------
> Masalah:
> Al-Marhum Syeikh Syafrawi pernah ditanya:"Mengapa
> hingga kini negara Mesir
> masih belum melaksanakan syariat Islam?"
> Beliau menjawab: "Tanya kepada rakyat Mesir sendiri.
> Kerana merekalah yang
> memilih wakil-wakil dalam dewan perwakilan.
> Seterusnya tanyakan kepada
> mereka, apakah orang yang dipilih itu ada janji
> seperti itu (melaksanakan
> syariat)?"
> -----------
> Masalah (tambahan):
> Kami pernah bertanya kepada seorang teman pada
> pilihanraya yang lalu: Kata
> kami: "Kamu undi siapa?"
> Dia menjawab: "Undi parti ini (parti sekular yang
> tidak mendokong syariah
> Islam)".
> Kami bertanya: "Kamu fikir, pilihanraya ini apa?"
> Dia menjawab: "Pangkah pilihan yang kita mahukan,
> selesai..."
> Kami berkata: "Apa kamu fikir.. Islam itu hanya
> sekadar sembahyang, puasa,
> zakat sahaja..? Apakah Tuhan di akhirat nanti hanya
> akan bertanya kepada
> kamu tentang itu sahaja..? Apakah Tuhan akan
> melupakan undi yang kamu
> lakukan? Apakah penentangan terhadap Islam dan
> dokongan terhadap kekufuran
> oleh orang atau parti yang kamu pilih itu, kamu akan
> terlepas begitu sahaja?
> Kamu memilihnya, bermakna kamu redha terhadap dasar
> yang telah dan akan
> dilaksanakanc Kerana: Al-Ridha bis-syaif ridhan
> bima yatawalladu minhu
> (Redha terhadap sesuatu, bermakna redha terhadap apa
> yang dilahirkan). Dia
> bertanya: "Bagaimana aku ini sekarang..? Sebelum ini
> mana aku tahu.."
> Kami menjawab: "Kamu tunggulah lima tahun lagi, di
> samping itu jangan lupa
> berdoalah kepada Tuhan agar orang atau parti yang
> kamu pilih itu akan segera
> mengubah dasar sekularnya."
> Wallhu aflam.
> Rujukan:
> Feqhus Sirah, Syeikh Muhamad al-Ghazali
> Anta Tasfal Wa Islam Yujib, Syeikh Syafrawi
> Al-Siyasah al-Syarfiyah Fi Ishlahir RafI War
> Rafiyah, Syeikhul Islam Ibnu
> Taimiyah
>
http://ahkam.hypermart.net/soaljawab/soaljawab157.htm
> 
> 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! GeoCities - quick and easy web site hosting, just $8.95/month.
http://geocities.yahoo.com/ps/info1

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke