-----Original Message-----
From: azmi [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Wednesday, November 28, 2001 2:44 PM
To: Hizbi Net; Group (myFoxes_93); Group (SAS69ers)
Subject: H-Net* "Seminggu dalam kehidupan Tok Guru Nik Aziz" Ritual pagi
yang mempesona



"Seminggu dalam kehidupan Tok Guru Nik Aziz" Ritual pagi yang mempesona


Oleh : DINSMAN

Ketika melihat semula gambar-gambar video yang diambil sepanjang mengikuti
pergerakan harian Tok Guru Nik Aziz Oktober lalu, satu imej yang paling
ketara dan menonjol mengenai Menteri Besar Kelantan ini ialah solat. Paling
banyak gambar beliau solat dirakamkan sepanjang kami mengikuti beliau selama
dua minggu itu.

[ Saya sendiri pernah sembahyang belakang dia. Dia punya toma`ninah, MasyaALLAH, saya ingat kalau baca tasbih/tahmid/takbir 10x pun sempat oooo! ]

Kami cuba merakamkan pergerakan Tok Guru Nik Aziz yang menjadi rutin
kehidupan hariannya dalam seminggu, bermula daripada dia keluar rumah di
waktu pagi hinggalah dia pulang ke rumah di waktu malam, iaitu pergerakan
yang boleh menjadi perhatian umum - tidak yang bersifat peribadi dan rahsia.


Pergerakan umum Nik Aziz pada setiap hari bermula dengan perjalananya ke
masjid untuk solat subuh. Jarak rumahnya dengan masjid sangat dekat. Bumbung
masjid dengan bumbung rumahnya hampir bertemu. Daripada tangga pintu depan
rumahnya ke tangga pintu khas masjid, seperti yang saya hitung langkahnya
berdasarkan gambar video yang dirakamkan pada suatu subuh di bulan Oktober
lalu, ialah 19 langkah.

Sekiranya dia berada di rumah, dan dia tidak sakit, pintu depan rumahnya
pasti terbuka tidak lama selepas berakhirnya laungan azan subuh, iaitu
sebelum pukul 6.00 pagi. Nik Aziz akan melangkah turun dari rumahnya, masuk
masjid, dan mengimami jem! aah solat subuh.

Selepas solat dia membaca wirid atau bacaan selepas solat, yang apabila
sampai kepada bacaan ayat Kursi, para jemaah yang di bahagian depan akan
bangun untuk berubah tempat, duduk semula mengelilinginya dalam jarak yang
sangat dekat. Pergerakan ini berlaku seperti secara otomatis dan cepat.
Mereka yang biasa berjemaah di situ terus melakukannya seperti spontan, sama
ada pelajar mahupun orang dewasa. Sudah terbiasa begitu.

[ Bukan kata jemaah di saf depan saja yang dapat duduk mengelilingi TG, malah jemaah yang duduk di belakang pun serbu pi, sampai depa langkah habih kepala aku. Masa tu saya dok pebetoi alat perakam kat speaker yang disediakan di satu tiang, tiba-tiba belum sempat lagi TG habih wirid, mana punya mamat dengan kaki nala punya panjang teruih langkah atas kepala menuju ke depan. Kita pun turrkujut la, pasai yang kita dok besa buat ialah bagi la can tok guru tu habih wirid dulu, kemudian barula kita proceed pi depan. Nie tarak, tak dan dia nak kalih muka ke makmum, jemaah dah penuh keliling dia dah. Dia hanya sempat turn 90 degree saja dari kedudukan imamnya. ]



Selesai ayat Kursi, Nik Aziz pun membuka kitab yang sudah diletakkan di atas
rehal di sebelah kanan tempat duduk sembahyangnya. Dia pun memulakan kuliah
subuh, yang merupakan kuliah atau ceramahnya yang pertama untuk hari itu.

Ini berlaku pada setiap hari. Seawal itu, Nik Aziz yang kini sudah 11 tahun
menjadi Menteri Besar negeri Kelantan, memulakan tugasnya kepada rakyat -
mengajar ilmu agama. Seawal jam 6.15 pagi. Begitu dia melakukannya
bertahun-tahun sejak belum menjadi menteri besar pada tahun 1990, dan
begitulah juga dia melakukannya setelah menjadi menteri besar, sampailah
sekarang.

Dia terus mengajar begitulah. Setiap hari, selepas solat subuh. Dan
kuliahnya itu adalah sebahagian daripada wirid solatnya, kerana dia
memulakan kuliah selepas membaca ayat Kursi, dan sebaik saja selesai kuliah
dia pun menyambung semula wiridnya, dengan zikir subhanallah ... dan
seterusnya hingga selesai do'a.

Sebaik saja s! elesai do'a, para jemaah di sekelilingnya - pelajar mahupun
orang dewasa - terus bersalam dan mencium tangannya, seorang demi seorang.

Ketika mula-mula menyaksikan adegan ini dulu, saya agak terharu. Kebetulan
waktu itu yang ramai mengelilinginya ialah para pelajar SM Darul Anuar -
sekolah yang berada hampir dengan rumah Nik Aziz, dan menjadi sebahagian
daripada persekitaran rumahnya sejak bertahun-tahun.

Saya membayangkan adegan seperti itu berlaku pada setiap pagi. Saya
melihatnya dari segi hubungan intim Tok Guru dengan anak-anak muridnya.
Begitu intim sekali. Tiap-tiap subuh, menjadi sebahagian daripada kegiatan
solat, mereka duduk rapat mengelilingi Tok Guru, mendengar dia mengajar
(walaupun ada yang mengantuk).

Saya tertarik memikirkan mereka itu bangun untuk duduk semula rapat dengan
Tok Guru, sedangkan mereka boleh saja menadah telinga mendengar Tok Guru
mengajar dari tempat duduk mereka yang asal, tak perlu bangun ! berubah
tempat.

Tetapi mereka bangun mengubah tempat untuk duduk rapat dengan Tok Guru. Dan
Tok Guru itu (sejak 11 tahun yang lalu) adalah orang yang sama yang menjadi
Menteri Besar negeri itu. Jadi, setiap pagi, mereka berkesempatan duduk
dalam suasana yang begitu intim dengan seorang Tok Guru yang juga Menteri
Besar.

Tak tahulah bagaimana dan bila mula terjadinya keadaan duduk yang seperti
itu. Nik Aziz sendirikah yang mengaturnya demikian, atau bagaimana - itu
semua tidak mustahak. Yang mustahaknya, saya melihat keadaan itu agak
mempesona. Saya melihat jalinan hubungan yang intim itu terjadi pada setiap
pagi. Saya melihat seorang Menteri Besar memulakan harinya dengan mengajar
agama, dalam suasana hubungan guru-murid yang begitu intim, selepas
mengimami solat subuh.

Dari kacamata filem, adegan ini memang cantik, mempesona, terutama apabila
dilihat dari sudut atas (high angle). Dan apabila anak-anak muda itu seorang!
demi seorang mencium tangan Tok Guru, kita terasa akan kemesraan hubungan
guru-murid itu.

Dan saya terfikir - siapakah lagi seorang pemimpin negeri, atau pemimpin
negara, yang memulakan harinya seperti itu - seperti Tok Guru Nik Aziz itu?

(Seorang kawan saya di Kota Bharu, Zainuddin, bertanya saya apakah saya
mengikuti kehidupan Imam Khomeini? Jawab saya: Tidak, saya tidak mengikuti.
Jadi saya tak dapat membuat bandingan.)

Setelah itu, Nik Aziz akan berjalan keluar masjid menuju ke rumahnya.
Perjalanan yang kurang daripada 20 langkah itu kadang-kadang terganggu atau
dihalang pula oleh kehadiran orang yang hendak bertemu dengannya, sama ada
sebagai menteri besar ataupun sebagai Tok Guru.

Tidak ada orang yang akan menghalang sesiapa pun yang hendak bertemu
dengannya. Semua orang boleh bertemu. Terus saja halang perjalanan dia di
situ, dan cakaplah apa-apa pun. Dia sentiasa bersedia mendengar, dan
membantu.
Itu pada hari-hari biasa, bukan hari Jumaat. Pada hari Jumaat lain pula
keadaannya. Jalan ceritanya belum habis sampai setakat pelajar-pelajar atau
makmum mencium tangannya. Ia ada sambungannya lagi.

Jemaah pada subuh Jumaat biasanya lebih ramai daripada hari-hari lain. Bukan
sahaja kerana hari Jumaat itu hari cuti di Kelantan, tetapi adalah kerana
satu upacara khas yang dilakukan oleh Tok Guru Nik Aziz pada setiap pagi
Jumaat, selepas selesai solat subuh.

Selepas para jemaah mencium tangan Tok Guru, mereka pun akan beredar. Pada
waktu itulah akan tampil pula orang-orang yang mendukung anak kecil (bayi),
untuk menghulurkan anak mereka ke pangkuan Nik Aziz.

Nik Aziz yang masih di tempat duduknya seperti ketika menyampaikan kuliah
tadi, akan menyambut bayi yang dihulurkan kepadanya, meletakkannya di atas
ribanya, dan memulakan upacara 'membelah mulut' dan memotong rambut bayi
tersebut.

Upacara ini mengambil masa kira! -kira lima minit untuk seorang bayi. Setiap
bayi disuap dengan sedikit makanan manis, seperti buah korma, kemudian
digunting sedikit rambutnya, dan kemudian dibaca do'a. Semuanya dilakukan
sendiri oleh Tok Guru Nik Aziz.

Sepanjang yang saya saksikan, beberapa kali, tidak pernah saya melihat ada
anak yang menangis ketika Nik Aziz melakukan upacara ini.

Bukan seorang dua bayi yang dihulurkan kepadanya pada setiap Jumaat.
Beberapa kali yang saya hadir saya perhatikan tidak kurang daripada 10
orang. Dan pernah sekali itu begitu ramai, mungkin hingga 20 orang. Nik Aziz
pun terpaksa berehat sebentar, dan ada orang pula mengurut badannya bagi
mengembalikan tenaganya.

Pernah juga saya melihat dia berhenti untuk sembahyang sunat dhuha, dan
kemudian sambung semula upacara tersebut.

Sekali lagi, saya memikirkan bahawa yang sedang melakukan upacara ke atas
anak-anak kecil itu, di subuh-subuh hari, adalah seorang menteri besar.Orang-orang yang membawa anak-anak kecil itu datangnya dari mana-mana saja,
ada yang dari jauh, dan hampir semuanya tidak dikenali oleh Nik Aziz. Mereka
datang mengharapkan keberkatan.

Mereka datang, dan selepas mendapat layanan Tok Guru ke atas bayi mereka,
mereka pun balik. Tinggallah Tok Guru masih meneruskan khidmatnya kepada
mereka yang terus menghulurkan bayi ke pangkuannya. Daripada suasana subuh
yang suram, hingga cahaya pagi sudah cerah dan matahari mulai melepaskan
panasnya.

Orang ramai sudah pulang, tetapi Nik Aziz masih lagi melayani orang yang
menghulurkan bayi kepadanya. Kata mereka, biar berapa ramai pun orang yang
menghulurkan bayi kepadanya, Nik Aziz tidak akan menolak, kerana dia tak
mahu menghampakan harapan orang yang telah bersusah payah dating dari jauh.

Pernah sekali itu dia sudahpun bangun dan melangkah hendak meninggalkan
masjid, tetapi tiba-tiba ada lagi orang yang baru tiba dan membawa bayi
! kepadanya. Dia pun melayani juga.

[ Masa saya pi Jubilee Mas Pas 50 tahun hari tu, dapatla attend kuliyyah Subuh 2x. Kedua-dua hari tu, lepas saja kuliyyah; dia jadi Qadi akad nikah pula. Yang pagi last tu, TG bagi menikah mapele (pengantin lelaki) mai daripada Johor nu. Lepas tu, dalam pukoi 8am baru dia melangkah ke pejabat dengan bersuit baju Melayu putih bersampin....Segak tuan-tuan MB kita....]

Dan saya pun terfikir: siapakah lagi seorang pemimpin negeri, atau pemimpin
negara, yang sanggup melayani rakyat seperti ini - seperti Tok Guru Nik Aziz
ini?

[ Bila Dinsman bagi soalan macam ni....dalam kepala jahat saya ni mulalah mai bayangan Mat arop sintok yang ada kat Putrajaya tu. Tak tau la pasai apa pi mai muka dia pulak, tarak muka orang lain ka?....Sepatutnya mau mai la muka TG Hadi Awang ka, muka ustaz-ustaz ka, muka Usamah bin Laden ka; nieee pi mai muka "one cent no use" tu jugak. Apa ra punya dok ada......]

Barangkali ada orang akan membuat tohmah: Nik Aziz sanggup melayani rakyat
seperti itu, hingga akibatnya dia gagal menjalankan tugas membangun ekonomi
negerinya. Insya-Allah saya akan menjawab tohmahan itu dalam kesempatan yang
lain.

NOTA: Kami akan menerbitkan VCD "Seminggu Dalam Kehidupan Tok Guru Nik
Aziz", sepanjang 60 minit, dan akan mengedarkannya di pasaran selepas Hari
Raya Idul-fitr. Sesiapa yang berminat membeli atau menjadi pengedar, sila
hubungi Penerbitan Pemuda melalui surat atau telefon/fax 03-40243531, atau
019-3432056 (Zabidi) atau e-mail [EMAIL PROTECTED] "





* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

DISCLAIMER : The information contained in this email is intended only for
the use of the individual or entity named above and may contain information
that is previleged, confidential and exempt from disclosure under applicable
law. If the reader o! f this message is not the intended recipient, you are
hereby notified that any dissemination, distribution or copying of this
communication is strictly prohibited. If you have received this message in
error, please immediately notify the sender and delete the mail. Thank you.







Do You Yahoo!?
Yahoo! GeoCities - quick and easy web site hosting, just $8.95/month.

Reply via email to