*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

----- Original Message -----
From: "Elias Mohamed" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <undisclosed-recipients:>
Sent: Tuesday, November 27, 2001 8:45 AM
Subject: PERUBATAN DALAM ISLAM


>
>
>                PERUBATAN DALAM ISLAM
>
> Setiap manusia yang berada di muka bumi ini tidak
> terlepas dari ditimpa ujian dan kesakitan. Ujian tetap
> menimpa samada dia suka atau tidak, samada dia seorang
> ahli ibadah atau tidak, samada dia berjaga-jaga atau
> tidak, samada dia seorang Mukmin atau kafir, samada
> dia seorang Mukmin yang bertaqwa atau Mukmin yang
> asi.
>
> Ada tiga tujuan utama kenapa dan mengapa Allah
> timpakan penyakit pada seseorang itu:
>
> Untuk Penghapusan Dosa, Rahmat Dan Peningkatan Darjat
>
> Sakit bukan sahaja menjadi bala tetapi juga rahmat dan
> kasih sayang Allah pada kita. Kalau kita berzikir,
> beristigfar, sembahyang dan sebagainya, belum tentu
> Allah terima amal tersebut. Oleh sebab itu sakit dan
> ujian yang ditimpakan, kalau dia berdosa, itu adalah
> penghapusan dosa. Kiranya dia tidak berdosa, itu akan
> jadi darjat atau pangkat untuknya di Akhirat kelak.
>
> Penginsafan
>
> Cara inilah Allah hendak insafkan seseorang itu.
> Selama ini apabila dengar kuliah agama, baca buku atau
> risalah agama tak boleh sedarkannya. Nak tunjuk ajar
> dan nasihat, dia marah. Tapi apabila ditimpa sakit,
> itulah didikan Allah padanya. Itulah Rotan Allah.
>
> Sebab itu ada sesetengah orang, dia insaf sewaktu
> ditimpa sakit. Insaf itu rahmat Allah. Dia sedar dan
> insaf bahawa hakikat sakitnya adalah kerana
> dosa-dosanya. Aku ada dosa ni. Mudah-mudahan Allah
> ampun dosa aku. Dia sabar dan redha dengan ketentuan
> Allah itu. Kalau mati pada waktu itu, insyaAllah dia
> mati dalam keadaan baik.
>
> Di dunia lagi dia sudah diazab, sebelum di Akhirat.
> Kalau dia insaf, itulah rahmat untuknya. Macam kita
> pukul anak kerana main tepi kolam. Kita takut dia
> lemas. Kita pukul sikit. Bukan pukul membinasakan tapi
> pukul kerana sayangkan dia.
>
> Kutukan Allah
>
> Apabila Allah sudah marah atau kutuk pada seseorang
> itu, maka di azab-Nya di dunia lagi sebelum di
> Akhirat. Biasanya kalau ada hubungan dengan kutukan
> Allah, susah hendak baik (sembuh). Kadangkalanya mati
> pun dalam keadaan terhina. Biasanya tanda orang
> semacam ini, apabila ditimpa sakit, samada sudah
> sembuh atau sedang sakit, dia akan bertambah jahat.
> Bertambah lupa dengan Allah. Sakitnya membawa iman
> semakin rosak. Syariat juga semakin longgar.
> Barangkali dari sembahyang, jadi tak sembahyang.
> Kalaupun dia sembahyang, dia cuai dan lalai. Atau
> mungkin dia bertambah mengarut dan mencarut tidak
> tentu arah. Itulah kutukan Allah padanya. Kebanyakan
> kategori golongan ini, mereka mati dalam keadaan
> terhina.
>
> Doktor Islam
>
> Setiap doktor Islam, ia mestilah seorang yang warak
> dan bertaqwa. Sebelum mengubat seseorang pesakit, dia
> mesti pastikan biodata atau letarbelakang pesakit itu
> terlebih dahulu. Apa punca-punca sebenar penyakitnya
> itu. Adakah sakit itu disebabkan oleh:
>
> 1. Kerana Allah sayang atau
> 2. Kerana Allah marah (kutuk), atau
> 3. Kerana Allah nak insafkan dia.
>
> Maknanya doktor dalam Islam adalah bukan sebarangan
> doktor. Begitu juga dengan pesakit. Sebab itu orang
> yang sangat soleh (saleh) atau orang yang mempunyai
> ketaqwaan yang tinggi, dia tidak mahu berubat. Dia
> rasa beruntung bila dapat sakit. Samada itu merupakan
> penghapusan dosa atau peningkatan darjat. Dia inginkan
> pahala percuma dari Allah.
>
> Sakit itu pahala percuma, anugerah Tuhan tanpa kita
> berbuat apa-apa amal ibadah. Itu lebih selamat
> daripada kita berbuat amalan-amalan yang lain. Apabila
> kita sembahyang, puasa, berdakwah kemana-mana;
> kadang-kadang riyak, megah, ujub menyerang kita. Tapi
> bila sakit mana nak rasa megah, riyak dan sebagainya.
> Adakah kita akan kata, Aku rasa bangga dapat sakit
> ini. Tak ada. Tak ada orang yang rasa bangga bila
> mendapat sakit.
>
> Ada beberapa penyakit yang sukar hendak disembuhkan
> walaupun pada zahirnya dia sudah diberi ubat. Kecuali
> dia sungguh-sungguh bertaubat dan meminta maaf.
> Sesetengah penyakit zahir, ia adalah luahan daripada
> penyakit batin. Penyakit zahir ini tidak akan sembuh
> selagi penyakit batin ini tidak diubati terlebih
> dahulu. Sebab itu seorang doktor Islam, hendaklah
> faham mengapa dan kenapa seseorang itu ditimpa sakit.
> Adakah sakit itu semata-mata penyakit zahir ataupun
> luahan daripada penyakit batin.
>
> Ada beberapa sebab atau punca mengapa sesuatu penyakit
> itu sukar disembuhkan:
>
> 1. Derhaka pada kedua ibu bapa, guru atau mencabar
> Allah.
> 2. Mencacatkan orang Allah
> 3. Akibat zalim pada makhluk Allah.
>
> Sifat Derhaka
>
> Katakanlah doktor sudah tahu apa penyakit si pesakit.
> Katakan dia derhaka kepada mak ayah atau guru dan
> sebagainya. Kalau ada penyakit ini, maka payah hendak
> disembuhkan. Boleh diberi ubat, tapi tunggulah sampai
> mati, dia takkan sembuh. Kecuali dia insaf, pergi
> minta maaf dan bertaubat sungguh-sungguh.
>
> Atau sesetengah orang itu dia sepak Al Quran, memaki
> Allah dan sebagainya. Kemudian dia jatuh sakit. Itu
> juga payah nak disembuhkan. Itu sakit dikutuk.
>
> Sebab itu bila seseorang itu hendak berubat, dia
> serahkan dirinya pada doktor. Itu sebabnya mengapa
> doktor itu mesti seorang yang bertaqwa dan faham
> tentang Islam. Jadi kalau seseorang itu sakit kerana
> derhaka kepada ibu bapa atau guru, doktor yang
> taqwanya kuat, akan dapat mengesannya. Maka disuruh
> sahaja dia pergi meminta maaf. InsyaAllah selesai.
> Selagi dia tak selesai, insyaAllah dia takkan sembuh.
> Kalau ibubapa dan gurunya masih hidup lagi,
> alhamdulillah. Tapi kalau sudah mati, lagi susahlah
> hendak disembuhkan.
>
> Cacatkan Orang Allah
>
> Mencacatkan orang-orang Allah terutamanya ulama (guru)
> yang bertaqwa. Rasulullah saw bersabda:
>
> Daging para ulama itu racun. Barangsiapa yang
> memakannya nescaya ia binasa.
>
> Bukan semua ulama tapi ulama yang amilin. Siapa yang
> mengata atau mengeji para ulama amilin, kalau dia
> tidak betul-betul taubat, kalau mati nanti mungkin dia
> akan terhijab untuk mati dalam iman. Ramai orang yang
> tidak sedar dalam hal ini. Kesalahan tanpa sedar.
> Manalah dia terfikir sebab itu yang boleh mencacatkan
> dirinya. Sebab itu bila dia sakit ataupun sudah sembuh
> tapi hidupnya sudah tidak menentu. Pergi sana orang
> benci. Dengan anak isteri pun bergaduh. Kadang-kadang
> hidup merempat. Kalaulah sudah derhaka pada
> orang-orang Allah, kiranya dia masih hidup, pesakit
> itu sedar pula akan kesalahannya, senang sikit untuk
> meminta maaf. Tetapi kalau sudah mati? Cuma yang
> boleh, selalu hadiahkan bacaan Al Fatihah, Qulhuwallah
> dan lain-lain amalan bakti padanya.
>
> Akibat Zalim Pada Makhluk Allah
>
> Pernah seorang lelaki telah berbelas tahun kena
> penyakit. Macam-macam doktor pakar dia pergi. Kemudian
> dia pergi kepada seorang doktor Islam. Doktor itu
> tanya, Apa yang kamu buat di rumah atau ada bela itu
> atau ini?
>
> Dia pun cerita, ada bela ikan dalam balang dan
> burung-burung dalam sangkar.
>
> Ini yang menyiksa kamu. Kamu bela ikan dan burung
> dalam benda kecil. Mereka tidak bebas. Azab makhluk
> Tuhan, patutlah Allah azab kamu. Cuba awak lepaskan.
>
> Dia lepas, kemudian kejap saja dia sembuh. Orang yang
> zalim, di dunia lagi dia akan dibalas kezaliman yang
> dibuatnya.
>
> Asas Setiap Ubat; Bangunkan Jiwa
>
> Kadang-kadang sakit ini ada hubungan dengan jiwa. Dia
> tidak boleh diganggu jiwanya. Dia tak boleh kena uji.
> Mungkin dengan ragam isteri, suami atau orang kata,
> dia tak tahan. Kadang-kadang kesan daripada jiwa
> selalu bergolak, memberi kesan kepada fizikal. Sebab
> itu kadang-kadang apabila doktor periksa, pada
> zahirnya tidak ada sakit. Tapi dirinya terasa ada
> sakit. Ada memberi kesan pada dirinya seperti terasa
> sakit, letih, tak lalu makan, kurus atau apa-apa saja.
>
> Jadi kalau doktor yang faham, akan menanya:
>
> Apa masalah kamu?
> Bila ada masalah, apa yang kamu rasa
> oh, jiwa tak kuat.
>
> Padahal bagi orang lain, perkara itu kecil saja. Tidak
> ada apa benda. Tetapi pada dia, oleh kerana jiwanya
> tidak kuat, ia boleh memberi effect pada fizikal.
>
> Oleh itu kalau ada doktor yang bertaqwa, pesakit
> seumpama ini perlu dikuatkan dengan jiwa tauhid. Kena
> bangunkan jiwanya. Cerita bahawa Allah itu ada, Allah
> berkuasa. Beri juga ubat, tetapi beri kekuatan tauhid
> itu asasnya. Ubat itu hanya sampingan saja tapi bukan
> asas. Bangunkan jiwa itu asas. Ubat itu sampingan.
> Kena juga diberi ubat, sebab ada kesan pada fizikal.
> Tapi puncanya, jiwa atau fikiran tidak tenang, perlu
> diutamakan.
>
> Allah swt berfirman yang maksudnya:
>
> mengingati Allah itu menenangkan jiwa (hati).
>
> Jadi orang yang tidak kuat hubungan dengan Allah swt,
> jiwanya tidak kuat. Itu sebabnya ia memberi kesan
> kepada fizikal.
>
>
>


---
Outgoing mail is certified Virus Free.
Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com).
Version: 6.0.302 / Virus Database: 163 - Release Date: 11/22/2001


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: haszirul <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke