*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Isu telur ayam pun menyusahkan MB Selangor
TANJONG KARANG: Akhbar Berita Harian, 26 Disember 2000
pernah menyiarkan gambar dan berita MB Selangor, Dr
Khir Toyo memberi duit raya lebih RM70,000 kepada 700
orang anak-anak yatim, seorang RM100. Utusan Malaysia
pula menyiarkan gambar Khir memberi dua ekor ayam
kepada lebih 600 orang penduduk di kawasan DUN Sungai
Panjang.
Dilaporkan juga Khir memberi 3,000 beg sekolah,
manakala pengguna jalan Kuala Selangor ke Sabak Bernam
diberi 60 biji telur setiap kenderaan. Tanpa mengira
harga telur, jumlah wang yang dibelanjakan Khir
dianggatkan lebih RM154,000. Ini dengan andaian harga
sebuah beg sekolah RM25 (semuanya RM75,000) dan harga
dua ekor ayam ialah RM15 (semuanya RM9,000).
Waktu itu Khir baru empat bulan jadi MB. Kalau sebulan
elaunnya RM10,000 pun baru dapat RM40,000. Takkan Khir
tak guna sesen pun elaunnya memandangkan dia datang
dari keluarga miskin.
Apabila ditanya wartawan Malay Mail tentang analisis
yang disiarkan Laman Reformasi itu, Khir berkata ayam
dan telur telah disumbangkan oleh sebuah syarikat
Lintang Bistari, yang dikatakan Khir sebagai syarikat
penternak ayam terbesar di Sungai Panjang. Tapi
tinjauan menunjukkan, Lintang Bistari bukan saja tidak
memternak ayam, malah reban ayam pun tak ada.
Dan khabarnya syarikat ini diberikan tanah enam akar
di pekan Pasir Panjang bagi dimajukan, tetapi
terbengkalai hingga kini. Dua pengarah syarikat itu
mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan
Khir.
Badan Pencegah Rasuah (BPR) sepatutnya memandang berat
laporan terbaru ini. Bagaimana Khir pada mulanya
mengaku ayam dan telur ayam itu dihadiahkan kepada
pengguna jalan Kuala Selangor ke Sabak Bernam atas
sumbangan peribadinya. Tapi bila kita persoalkan
bahawa derma mulianya itu telah mencecah lebih
RM150,000 maka diubahnya bahawa yang mendermakannya
ialah seorang taukeh korporat Melayu yang prihatin.
Tapi Khir telah masuk perangkap yang dipasangnya
sendiri. Bila kita selidik dan lihat sendiri kawasan
yang dikatakan ladang ternakan ayam terbesar di
kampungnya itu, yang kita jumpa hanya papan tanda
usang. Taik dan bulu ayam pun tak ada.
BPR tak boleh pandangan ringan walaupun ia hanya
membabitkan masalah ayam dan telur ayam. Lebih penting
ialah Khir telah berdolak-dalik tentang sumbangannya
itu. Dan kata orang, selalunya yang awal disebut
itulah yang betul. Maknanya, ketika Khir memberitahu
bahawa sumbangan lebih RM150,000 itu datang dari wang
koceknya sendiri.
Soalnya, dari mana Khir dapat wang sebanyak itu,
sedangkan ketika itu dia baru saja jadi MB. Kita harap
BPR jalankan siasatan secara menyeluruh, jangan hanya
tunggu aduan orang ramai. Dan lebih malang lagi
apabila Lutfi sudah buat aduan rasmi, pegawai BPR kata
itu hanya maklumat, bukan aduan. Kita ingatkan BPR
agar jangan sengaja cari helah untuk tutup isu besar ini.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Buy the perfect holiday gifts at Yahoo! Shopping.
http://shopping.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to