*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kepada

Sesiapa yang berkenaan.

Assalamialaikum,

Penambahbaikan SSB

Saya ada beberapa cadangan tentang yang mungkin boleh membawa kebaikan 
kepada sistem SSB.

1. Kenaikan menegak secara automatik selepas 15 tahun berkhidmat dan sekali 
lagi apabila menerima gaji mati.

Mereka yang telah menerima anugerah cemerlang tidak termasuk kedalam 
kategori ini.

Ini adalah kerana pihak kerajaan perlu memberi penghargaan kepada mereka 
yang telah lama berkhidmat. Ia juga akan megurangkan perasaan kecewa dan 
rendah diri pekerja yang tidak mendapat anugerah cemerlang. Penghargaan yang 
semacam ini sememangnya dipraktikkan oleh sesetengah badan berkanun atau pun 
separuh swasta seperti Petronas dan university. Memang tidak dapat dinafikan 
yang memang ada pekerja yang bagus dan dengan itu mereka tidak perlu 
menunggu masa 15 tahun dan gaji mati untuk menikmati anugerah cemerlang. 
Selama sistem ini berjalan terdapat unsur yang tidak elok dalam pemberian 
anugerah cemerlang seperti pilih kasih, sekiranya berpangkat mesti dapat 
anugerah, penipuan, bodek dan sebagainya. Terdapat juga mereka yang tidak 
pandai mewar-warkan kerja mereka dan tidak medapat prestasi yang baik.

2. Akuan pegawai yang dinilai yang pegawai penilai telah berbincang 
dengannya semasa prestasi dibuat didalam borang prestasi.

Ini adalah bagi mengelakkan pegawai penilai membuat penilaian tanpa 
mengetahui kerja atau prestasi sebenar pegawai yang dinilai.

3. Pegawai penilai mesti memiliki sijil penilai bagi membolehkannya menilai 
seseorang pegawai.

Tidak semua pegawai penilai mengerti kepentingan markah penilaian prestasi 
bagi seseorang pegawai. Penilaian tanpa amanah dan tanggung jawab akan 
merosakkan suasana kerja. Penilai yang tidak bertanggung jawab akan 
menyebabkan timbul perasaan marah dan tidak puashati yang mungkin akan 
disalurkan melalui parti pembangkan, atau juga mereka boleh dianggap sebagai 
mensabotaj kerajaan secara halus.

Sekian, terima kasih.

_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "ted band" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke