*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam~

Malam tadi, saya berkesempatan menghadiri tazkirah
seorang ust selepas terawih; antara tazkirah yg paling
laser setakat ini. Tak taulah sesuai ka tidak dengan
keadaan semasa. Antaranya, dia kata (saya cuba tulis
word by word apa yg dia cakap):

"Kita sebagai pendakwah ini kena bijak ambik
kesempatan menyampaikan dakwah kpd manusia, contohnya
hari biasa bila kita mai bagi kuliah cuma beberapa org
saja yg ada, itu pun jenis baik-baik belaka, yg dok
derhaka kpd Allah bukan nak mai dengar pun. Jadi,
sebab tu kita kena ambik peluang malam terawih nie
untuk bagi tazkirah sebab malam ini masjid penuh, yg
beriman kpd
Allah pun mai , yg jenis derhaka kpd Allah pun mai.
Itulah kelebihan bulan ramadan, bulan yg mampu
mengumpulkan golongan yg beriman dan golongan yg
derhaka kpd Allah bersama-sama. Saya tengok menunduk
setengah2 pakcik-pakcik tu"

Tu dia, ceroi betoi dia tibai!

Kemudian dia tambah lagi:

"Saya cukup respect dan hormat dengan seorang
pendakwah itu yg pandai dan bijak menggunakan
kesempatan. Baru2 ini saya tengok beliau, i.e Mufti
Selangor masa istiadat pengkebumian YDP Agong. Kalau
nak kira aulanya, bila baca talkin kita kena baca dlm
bahasa Arab, tapi dak...dia tibai baca dlm bahasa
Melayu. Sebab apa, sebab dia tengok audience; kat situ
semua ada, Raja-Raja, Menteri2 dan Pembesar2 yg
mungkin ada yg tak pernah dengar tazkirah seumur hidup
depa, semuanya ada.......termasuklah pemimpin nombor
satu yg derhaka kpd Allah tu pun ada sekali. Dia baca
talkin nak tuju kat depa tu lah; depa pakat dengar dan
kamera pun pi focus kat muka2 depa sorang-sorang
termasuklah muka Pemimpin No satu yg Dehaka kpd Allah
tu....nampaklah air mata dia meleleh, tak taulah
betul2 atau buat2 bila dengar Mufti baca talkin kata
"Ingatlah
Sesungguhnya Mati itu Benar, Alam Kubur itu Benar,
Soal Mungkar Nangkir itu juga Benar...."

Ceroi sungguh dia tibai...

Lagi satu dia cerita:

"Kita nie hiudp kena la ikut sirah Nabi; nie kita
kalau bulan ramadhan dok ingat dua benda saja....posa
terawih, posa terawih...itu saja. Tapi tak mau ikut
sirah Nabi. Hangpa tau ka kata, setiap hari dlm bulan
ramadhan itu ada sejarah tersendiri. Malam nie saya
nak cerita pasal sejarah dari hari pertama ramadhan
sampai hari 30. Sempat tak sempat tak tau lah; kalau
tak sempat, kita pakat makan sahur sama-sama kat sini"

[Saya meluru keluar pi ambik pen & buku catitan]

Dia sambung:

"Hari pertama bulan ramadhan; pada tahun 9 Hijrah,
pada hari pertama posa, satu rombongan dari Taif
diketuai oleh ketua suku kaumnya mai jumpa Nabi, habag
nak peluk Islam. Kalau kita ingat sejarah Taif, ish,
memang sedih
sungguh bila dengar cerita bagaimana Nabi dihina dan
dilontar baru hingga berdarah2....sampaikan Jibrail
pun naik kesian, mai offer nak angkat gunung Uhud pi
campak kat puak2 tu. Tiba2 la nie nak mai masuk Islam
pulak, nak buat baik dengan Nabi pulak"

"Jadi, Iktibar yg kita boleh ambik ialah dlm berdakwah
jgn dok dendam. Kat tempat saya hari tu, ada sorang
KARAT BIRU (ceroi nie, dlm masjid tu ramai juga UMNO
rasanya); amboi mak dia anti sungguh kat kita. Bila
kita tegur dia, bila kita jalan jauh sikit, nanti dia
ludah hala ke kita. Bila pi rumah dia katup tingkap
rumah dia. Sekali tu kita pi pelekat poster kat pokok
betik dekat2 area rumah dia; dia pi bagi penendang kat
pokok betik tu.....kesian kat pokok betik tu, tak
pasal2 buah dia habis jatuh ke tanah. Kira KARAT BIRU
sungguh la"

"Sekali tu kita cuba pi cucuk dia bila minyak naik
harga. Dia kata 'ala, sekupang saja, apa masalahnya,
boleh dok pi sana pi sini lagi, bukan nak kacau pun'.
Tu dia punya KARAT BIRU. Nak jadi ceritanya, hari tu
rokok naik sekupang sebatang...ha, yg tu yg dia marah
sangat. Org nie kalau dulu suka org tu, bila dah marah
habis semua maki hamun dia keluar; dia marah sungguh,
bersembur dia maki hamun, antaranya dia kata: 'INI DAH
FIRAUN DAH NIE!!".

"Ha, tu dia punya manusia pun dok ada....minyak naik
harga tak apa, tapi jangan dok kacau rokok dia"

"Diringkaskan cerita dia mula sedar, dan mula dok mai
mengaji. Baru2 nie dia minta borang....dan dah bagi
balik dah pun borang tu kat kita. Ingat2 sekali, kalau
dok kenang masa dia KARAT BIRU dulu, mau bagi penampat
sebijik, tapi bila ingat sirah Nabi masa first
ramadhan tu....kita pun tak kata apa, w/pun ada geng2
muda dok mai cucuk kita kata "Boleh percaya ka dia tu
Ustaz, Ikhlas ka dia etc".....kita cuma tafsir
berdasarkan luaran sebab kita manusia ini cuma ahli
Zahir dan bukan ahli Bathin"

Banyak lagi yang ustaz cerita,cuma telinga saya dok
terngiang-ngiang dengan mukadimah dia:

"Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kau Tunjukkanlah kepada kami Kebenaran itu
Nyata Benarnya.
Dan Berilah Kekuatan Kpd Kami Untuk Memperjuangkannya,
Kau Tunjukkanlah kepada kami Kesesatan itu
Nyata Sesatnya.
Dan Berilah kekuatan kepada Kami Untuk Menentangnya...

Mungkin Allah SWT telah memperkenankan doa beliau
selama ini, maka sebab itu beliau berani bangun
memperkatakan yg hak tanpa selindung selindung lagi...

-Wassalam-

p.s: Dia dan cover sirah hari pertama saja...betoi dia
kata kalau dia cover sampai 30 hari, soq pun mau tak
habis lagi...




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?Ra=20Barakuda?= <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke