*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
nih pendapat aku lah.. jangan ambik hati pulak..
pada aku.. hang toksah kawin lagi..
hang tuh belum puas nak bermakwe ramai.. maklumlah romeo..
buat hapa nak menyusahkan diri.. kawin bukan benda memain..
pempuan anak ustaz pun hang projek.. 
aku rasa hang tawar hati dulu sebab hang tak dapat apa yang hang nak..



> -----Original Message-----
> From: yus yus [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Thursday, December 06, 2001 4:15 p.m.
> To:   [EMAIL PROTECTED]
> Subject:      H-Net* Saya Nak Kahwin
> 
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum, 
> Kawan saya dalam dilema. Marilah kita pakat tolong dia settlekan problem
> dia.
> 
> +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
> 
> -----Original Message-----
> From: "Munir Rahman" <[EMAIL PROTECTED]>
> Date: Thu, 06 Dec 2001 07:10:04 +0000
> To: [EMAIL PROTECTED]
> Subject: Saya Nak Kahwin
> 
> 
> yus, tolong pass kan problem aku kat forum tue.
> 
> Assalamualaikum dan salam sejahtera.Saya berusia 29 tahun dan berasal dari
> Pantai Timur. Bekerja sebagai seorang engineer di sebuah oil & gas
> company.Saya mempunyai seorang kawan perempuan, Aty, berusia 26 tahun.
> Juga berasal dari Pantai Timur dan bekerja sebagai acc executive di
> company yg sama.
> 
> OK..
> 
> Mulanya kami tidak pernah bertegur sapa walaupun di bawah satu bumbung
> office. Kami cuba elakkan office gossip maklumlah kami bujang sama bujang.
> Hal 
> ini berlanjutan berbulan-bulan lamanya sehinggalah seorang office mate
> perasaan hal ini. Ada ka dia kata saya dah buat benda2 tak elok kat Aty,
> tapi 
> biasa la office joke. At last saya buat keputusan utk contact Aty dan
> clear kan nama saya yang dah "di tarnish" kan oleh office mate. Office
> mate pulak jenis yang busy body dan suka bawa mulut. Apa2 hal pun kena
> clear dulu .Di pendekkan cerita, SEMINGGU selepas itu kami pun bertunang
> secara emergency, dihadiri dan direstui oleh seluruh ahli keluarga
> kami.Keluarga kami nak percepatkan pernikahan baik ni, bimbang kami akan
> selalu berjumpa, maklumlah satu office.. kalau boleh esok lusa kami nak
> nikahkan, tapi tok Aty tak izinkan. Opss.. lupa nak cakap,  Tok nenek Aty
> ni ada darjat dan pangkat rupanya. Aiseh, terasa kerdil je jika
> dibandingkan dengan keluarga saya.Tapi biar la, aku nak dia, bukan reta
> Tok nenek dia. Baru kenal seminggu terus ambik keputusan nak bertunang,
> kalau boleh nak nikah terus, boring dah hidup bujang. Korang yg pernah
> hidup bujang sure tau hakikat nih.
> 
> OK..
> 
> Di pendekkan cerita,
> Sebulan bertunang, saya rasa confuse, tawar hati, tidak yakin dan ragu
> ragu di atas pertunangan itu. Saya rasa saya telah tersilap dalam membuat
> emilihan. Pekara ni saya cerita kat mak bonda saya, saya cakap saya nak
> cancel pertunangan itu. Apalagi, mak bonda saya pun mengamuk la, tambahan
> pulak dia dah lama bengang dgn saya yg dah tolak hampir 10 orang calun
> menantu dia.( Mak bonda saya juga telah menolak lebih dari 10 calun
> menantu dia yg saya proposed ). Apatah lagi mak bonda saya pun dah tak
> sanggup nak tengok saya usung anak anak dara orang sana sini.Kalau sorang
> tu lain la jugak, ni lima enam orang. Aty pun tahu pekara ini, dan bagi
> Aty, dia sedia utk berundur
> jika saya tidak perlukannya lagi. Saya akui, Aty ialah seorang perempuan
> yang jujur, ikhlas dan setia. Aty begitu commited terhadap pertunangan ini
> 
> sehingga sanggup tukar no hp pasal tak nak x boy friend ganggu dia lagi.
> Saya mengaku saya ni bujang nakal, jahat dan mata keranjang. Insyallah
> saya akan buang semua tabiat buruk ini. 
> Amin..
> 
> OK..
> 
> Di pendekkan cerita, dan nak di jadikan cerita,
> Beberapa hari lepas tu, Aty nampak saya bawak seorang perempuan dalam
> kereta saya. Aty kata itu ex- girlfriend saya .. Aty terus lari balik
> kampung. Saya
> berterus-terang bahawa perempuan itu ialah girlfriend housemate saya yg
> mintak tolong saya, tapi dia tak percaya. Then, dia terus  tak jawab2 call
> dari saya. Saya mengadu kat mak bonda saya. Mak bonda terkejut la jugak
> dan terus contack Aty, pun Aty tak layan. Masa ni lah terasa sayang,
> rindu, kasih dan bersalah pada Aty kerana membuatkan jiwanya tertekan,
> tension
> sampai dia tak gi keje dua tiga hari. Semua saya punya pasal. Saya sedar
> dan saya insaf.
> 
> OK..
> 
> Entah camana, mak bonda saya contack la Tok nenek Aty ni, pangkat Toh
> Puan...( Aruah suami dia ni  Dato' Mufti) mak kita ni orang awam aje.
> Orang takde darjat dan pangkat, sekadar menuntut ilmu akhirat siang malam
> kat surau pndok. Mak bonda saya cuba la tanya kut kut Toh Puan tu tahu kat
> mana Aty membawa 
> diri. Anda semua tahu apa yg Toh Puan ni sound kat mak bonda saya? Dengan
> nada KERAS, LANTANG dan EGO Toh Puan tu sound...
> 
> " Hajah tak jujur semasa pertunangan dulu. Kenapa Hajah susuk ( hide )
> yang anak Hajah tu masih ada girlfriend lain. Kenapa Hajah? Sekarang Hajah
> 
> Kena mengaku, mengaku, mengaku Hajah"
> Pehhh... mentang2 la dia ada pangkat dan darjat.
> Terkujat la mak bonda saya kena sound. Anak bujang dia punya pasal, dia
> pulak yg kena sound. Toh Puan ni pun bangang jugak, Aty time tunang pun
> ada lagi contack X boyfrind dia.. silap aku nampak, silap cucu dia tak 
> nampak.
> 
> " Aty cakap Hajah ada bagi minum air kat dia. Apa yang dah hajah buat nii?
> Apa yang Hajah nak buat kat cucu saya ni? Air apa ni Hajah "
> Masyallah, bangang la Toh Puan tu, itu air Yassin ler...
> 
> " Saya ada ramai anak, saya pasang spy, dia orang kata selalu nampak tot
> tot ( NAMA SAYA LA TU ) dgn perempuan lain. Malangnya nasib Hajah dapat
> anak
> macam tu. Saya sangkakan selama ini baik, rupanya tot tot ( NAMA SAYA LA
> TU ) indah khabar dari rupa.
> Apa la Toh Puan ni mengarut.. fitnah semua spy spy tuh.. banyak la dia
> punya spy.
> 
> Dan banyak lagi la cacian dan ayat2 power yg Toh Puan tu kurniakan kat
> saya dan Mak bonda saya. Tak elok pulak saya type kat sini. Time tu jugak
> Toh Puan memutuskan pertunangan kami. Pekara ini saya adukan kepada wali
> Aty, iaitu ayah Aty. MALANGNYA, ayahnya sendiri tak mampu membuat
> keputusan, hitam kata Toh Puan, hitam la kata ayah dia. Ayah Aty ni ustaz
> , mak dia ustazah, tapi taat sangat kat Toh Puan ni.
> Appara..
> Ayah Aty tak sokong mana2 pihak tapi dia akan patuh telunjuk Toh Puan
> kerana dia tak nak bertelagah dengan mertuanya yg banyak songel. Mak Aty
> pulak ikut 
> 100% perintah Toh Puan tuh. Barulah Aty menyesal kerana sikap
> terburu-burunya dan salah sangka itu telah menyebabkan kami putus tunang.
> 
> OK sikit lagi nak habis citer ni..
> Masa inilah rasa betul2 saya sayang kan Aty, saya sangat2 merindui Aty.
> Saya bersalah kerana membuatkan Aty tension dan separuh sakit jiwa.AT
> last, aAyah Aty kata, kalau saya betul2 nak kahwin dgn Aty, saya mesti
> sanggup hidup tidak diterima oleh Toh Puan, andaikata saya > bertandang ke
> rumah Toh Puan nanti, saya kena tidur di surau dan tak boleh tidur di
> rumahnya, saya duduk sorang2 kat ruang tamu dan dia orang beramai2 kat
> meja makan.. Sekiranya dia orang beramai-ramai bergembira dgn family dia
> orang, saya kena layan diri sendiri. Ini bukan ugatan ayahnya kerana salah
> seorang menantu Toh Puan terpaksa tidur di surau setiap kali hari raya di
> rumah Toh Puan, walaupun dah tiga empat tahun kahwin dan mempunyai 
> 3 orang anak. kalau semua itu saya sanggup hadapi, ayah dia akan cuba
> ikhtiarkan jalan utk kami. Akhirnya, Aty mengakui bahawa dia terlalu
> sensitif selama ini dan TAK SENGAJA menceritakan hal keburukan saya kepada
> Tok nenek yang mengakibatkan kami putus tunang.
> 
> OK..
> 
> Sampailah disaat anda membaca email saya ini, kami masih berhubungan,
> keluar tiap2 hari dan balik lewat tengah malam.. Kalau tak balik pun, kami
> check in
> di hotel ataupun di rumah bujang saya.. Alhamdulillah, kami belum
> terlanjur setakat ini.. cuma gitu gitu ada la.  Kami saling sayang
> menyayangi,
> merindui. Kami ingin mengakhiri zaman bujang kami dan kami tak sanggup
> lagi setiap hari berdosa kepada Allah. Kami ingin kahwin, tapi Toh Puan
> menentang
> sepenuh hati, 100% menghalang dan totally reject saya. Aty dah letih
> memujuk Tok nenek dia yang terkenal dengan kata putus yg muktamad.  Kami
> dah 
> rancang nak nikah lari, tapi saya rasa tak manis
> pulak apa orang kata nanti, tambahan pula hati saya berbelah bahagi utk
> memperisterikan cucu seorang yg Toh Puan yg ego 
> 
> OK cerita dah habis..
>  
> Sebagai lelaki yang berfikiran, saya tahu saya mempunyai hanya 2 pilihan.
>  
> PERTAMA: Saya teruskan niat saya dah berkahwin dgn ATy walaupun kat Siam.
> Tetapi saya bakal berhadapan dengan Toh Puan yang ego, anak menantu Toh
> Puan 
> seramai 24 orang yang sedia patuh pada kata2 beliau, dan adik adik Aty
> seramai 10 orang. Dalam hal ini saya mungkin keseorangan dan terpulau
> sebagaimana yg di hadapi oleh salah seorang menantu Toh Puan.
>  
> KEDUA : Kami bawa diri masing masing, dan habis cerita.
> 
> Kami telah beberapa kali membuat keputusan untuk berpisah kerana kami rasa
> dah tak ada jalan utk bersatu, tapi esok lusa kami berbaik2 semula kerana 
> tak sanggup berpisah. Begitulah hari-hari.
>  
> Kami bimbang, setiap kali kami bertemu, dari siang sampailah malam, dari
> dalam kereta sampailah atas katil. Dan setiap kali kami bertemu, kami 
> inginkan sesuatu, Alhamdulillah kami masih dapat bertahan dari terlanjur
> dengan sisa sisa iman yg masih ada. Na'uzubillah..
>  
> Kepada pembaca yang budiman, tok tok guru, alim ulamak, ustaz uztazah,
> sahabat sahabat, kawan kawan, abang kakak adik adik yang membaca email
> saya 
> ini, PILIHAN MANAKAH YANG PATUT SAYA AMBIL?
>  
> Saya juga inginkan kebahagian dalam hidup ini.
> Terima Kasih.
> 
> 
> 
> 
>  ________________________________________________________________
> > > > Get your FREE download of MSN Explorer at 
> > >http://explorer.msn.com/intl.asp
> > > >
> > > >
> > >
> > >--
> > >
> > >__________________________________________________
> > >Get FREE 50 MB email @ http://www.AtoZasia.com
> > >
> > >
> > >
> > >Powered by Outblaze
> > 
> > 
> > _________________________________________________________________
> > Get your FREE download of MSN Explorer at
> http://explorer.msn.com/intl.asp
> > 
> > 
> 
> -- 
> 
> __________________________________________________
> Get FREE 50 MB email @ http://www.AtoZasia.com
> 
> 
> 
> Powered by Outblaze
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: "yus yus" <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Syamsul b Kadiman <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to