*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamu'alaikum.

Kalau saja abang mahu melihat Tholiban dengan pandangan hati yang terbuka, dengan renungan cakera minda yang luas, abang akan dapati sesungguhnya Tholiban itu merupakan satu rahmat pemberian Allah swt kepada saudara - saudara kita, umat Islam yang tertindas di bumi Afghan.

Pelik aku tengok segelintir kita - kita ini. Kita ini umat terbaik. Umat terbaik perlu ada kacamata sendiri. Kacamata yang bercerminkan al-Quran dan Sunnah. Segelintir kita-kita ini, sudahlah tidak punya kacamata, dipinjam pula kacamata Amerika, Britain untuk melihat permasalahan dunia Islam. Memang kalau dilihat dari kacamata Amerika, Tholiban, 100% salah, Tholiban tak betul, Tholiban pengganas, segala macam.Apa salahnya, kalau kita yang tak punya kacamata, meminjam kacamata saudara yang seakidah untuk melihat isu Tholiban. Apa salah?

Aku yang masuk Islam, aku yang kepelikan nengok orang Islam sekarang ni. Mari kita lihat sejarah Hijrah. Sejarah Ansar dan Muhajirin banyak mengajar kita erti persaudaraan dalam Islam (buat yang faham la). Cuba kita lihat reaksi orang Madinah merima kedatangan orang Mekah. Apakah orang-orang Islam Madinah bercekak pinggang sambil berkata, "Hei orang-orang Mekah, jangan mengada-ngada di sini ya, nanti kena karang!" Tidak. Semua lebur, cair istilah orang muda sekarang, mencari saudara. Masing-masing mencari saudara, "Saudaraku dari Mekah, jangan khuatir terlantar di sini, rumah saya kamarnya 4, pakailah kamu 2, saya 2". Datang lagi, "Saudaraku dari Mekah, jangan bimbang kelaparan di sini, kambing saya 6, kamu ambillah 3, saya 3". Ternyata, ikatan yang kuat sesama Islam bukannya ikatan darah. Allah ikat kita menjadi saudara dengan tali-tali akidah. Kamu sembah Allah? Iya! Mari, kamu saudara saya. Kamu tidak sembah Allah? Iya! Sana, jangan kacau saya, biarkan saya dengan a! gama saya.

Yang mati dibedil itu orang Islam. Suker kerrrrr???

Saya ada baca satu buku tentang Tholiban. Tak ingat dah tajuknya, tapi pasal Toliban la. Dalam buku tu kata, sebelum Tholiban memerintah, kemungkaran berlaku di mana-mana. Banyak sangat la, antaranya, lelaki kahwin lelaki, diraikan pulak! Diceritakan jugak, pada satu sekatan jalanraya, seorang komando menahan seorang Islam lalu dirampas harta orang Islam itu. Saudara kita itu berkata, " Apakah Allah dan RasulNya mengizinkan kamu mengambil harta yang bukan milik kamu?". Komando itu lalu mengheret si Islam tadi ke markasnya, sambil berkata, "Mari, kita tanya pada Allah dan RasulNya!". Di markas itu, ada dua orang komando, yang bengis mukanya. Lalu komando yang pertama tadi bertanya kepada 2 orang komando itu, katanya, " Wahai Allah dan RasulNya, apakah kamu izinkan aku merampas harta orang ini?". Dua ekor babi itu lalu berkata, "Iya!". Lalu dirampaslah harta orang Islam tadi. Babi punya babi punya babi punya babi!!!!!!

Aduh bang. Yang teraniaya itu orang Islam. Suker ker?

Kita - kita ini kalau ditanya orang tentang jihad dalam Islam, fuh!!! ceritanya bukan main hebat. Jihad sini, jihad sana, semuanya syahid. Tak de yang tak syahid. Sekarang Tholiban tengah berjihad, segelintir kita-kita ini yang mungkin satu ketika dulu pernah bercerita kepada orang tentang jihad, malah lempar batu sembunyi tangan, habis Tholiban dicaci maki, dihina malah ada yang berkata "Biar mampus Tholiban". Kan kata-kata itu doa. Pelik aku tengok.

Malah kalau ditanya orang, apakah saudara ini menegakan agama saudara? Semua kata ya.Tak de yang kata tidak. Ditanya lagi cam mana saudara menegakan agama? Dia jawap, aku puasa, ni bulan puasa ni, aku bayar zakat, aku sedekah, macam-macam, aku solat. Solat itu kan tiangnya agama, siapa yang tak solat maka dia meruntuhkan agama. Aku solat, aku tegakkan agama. Sedap dia jawap! Solat jadi alasan menegakkan agama. Kita tengok la jugak. Solat itu kan macam-macam. Ada yang harian, ada yang mingguan, ada yang tahunan. Kalau yang tahunan, aidil fitri, aidil adha, jumpa Allah setahun dua kali, doa cerewet bukan main. Kalau yang mingguan, Jumaat melulu. Jumaat jer modalnya. Kalau yang harian, ada yang mulus, ada yang belang-belang. Kalau yang mulus, ada yang khusyuk, ada yang kilat, lain lagi yang kilat khusus. Kalau yang belang, Zohor kena, 'Asar out, 'Asar terpegang, Maghrib hilang, Maghrib tertangkap, 'Isya terbang. Apakah yang begini ini termasuk kategori menegakkan agama?

Orang dulu menegakan agama, harus hijrah merentas padang pasir yang luas, jaraknya Mekah Madinah lebih kurang tiga ratus lebih kilometer, harus perang. Tanya jazirah 'Arab berapa banyak titisan keringat dan airmata, bahkan darah merah membasahi pasir-pasir bumi 'Arab untuk tegaknya satu agama? Kita menegakkan Islam ini, ibarat menikmati nasi yang siap disuap ke mulut ternganga. Selesai nasi disuap, tidak pernah kita ingat jasa petani. Pelik aku tengok. Sekarang Tholiban bermatian-matian, segelintir kita masih ketawa. Pelik aku tengok. Apakah nasi putih bersih yang siap disuap ke dalam mulut ternganga ini, masih jugak harus jatuh ke tanah?

Kesian aku tengok Islam. Islam ibarat daun pisang di tepi jalan. Dikait orang yang lalu lantaran tidak berpayung di ketika hari hujan. Bila hujan usai la sudah, daun pisang dibuang di tepi jalan, dipijak pulak orang nan lalu.

Kenapa la kita - kita ni tak faham - faham?????

Wassalam.

 

 

 

 

 



Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Charles Rundi" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to