Assalamualaikum w.w.

Potong Q adalah salah satu dari puluhan masalah pengguna jalan raya di 
negara kita ini.  Sebenarnya ini menggambarkan mentaliti kita, pengguna 
jalan raya.  Kita sebenarnya telah hilang rasa hormat kepada pemandu lain.  
Tapi kita lebih hormat kepada apa yang dia pandu.  Semakin besar kereta 
mereka kecenderungan orang akan semakin hormat kepadanya.  Akibatnya semakin 
besarlah mereka yang memandu kenderaan besar.  Kalau kita merasakan potong Q 
itu sama dengan merampas hak orang yang berada didepan, maka kita tidak akan 
potong Q, kecuali dalam keadaan kecemasan.  Tunjukkan rasa/isyarat terima 
kasih kepada pemandu yang telah kita potong itu jika kita dalam keadaan 
sebegini.  Sebaliknya jika kita beranggapan orang yang nak potong Q itu 
mungkin mempunyai perkara amat penting yang menyebabkan mereka terpaksa 
potong Q, rela hatilah beri hak kita kepada dia.

Saya tidak kata yang saya tak pernah potong Q atau tidak pernah membenarkan 
orang potong Q.  Saya potong Q hanya bila saya rasakan amat terdesak.  Saya 
membenarkan atau tidak orang potong Q biasanya ikut naluri dan kenderaan 
yang saya pandu.  Ketika memandu kenderaan besar biasanya saya lebih berbaik 
sangka, iaitu memberi laluan, kecuali kepada anak muda atau yang berperasan 
masih muda dan memandu secara zig-zag.  Ketika memandu kenderaan kecil 
biasanya mereka tak hiraukan saya, himpit dan akhirnya saya terpaksa beri 
laluan. Itulah sebabnya saya katakan mereka hormatkan kenderaan saya dan 
bukan pemandunya.

Keadaan yang sama juga ketika di lebuhraya.  110 km/jam adalah kelajuan 
maksimum dibenar.  Ini tidak bermaksud kita berhak berada di lorong paling 
kanan kalau kita sedang memandu pada kelajuan tersebut.  Ramai pemandu tidak 
ingat bahaya lorong paling kanan adalah lorong untuk memotong.  Sebab itu 
ada tanda jalan "Ikut kiri kecuali memotong". Selepas memotong masuk 
baliklah kelorong kedua kanan tanpa mengira kelajuan kita.  Kalau kita 
amalkan tabiat ini, insyaAllah kita dapat mengelakkan tiket saman.  
Setidak-tidaknya inilah apa yang saya amalkan selama puluhan tahun memandu 
dan Alhamdulillah memang tak pernah menerima surat cinta tersebut.

Satu lagi tabiat kurang manis pemandu lebuh raya ialah memberi isyarat lampu 
dari belakang supaya diberi laluan.  Kalau kita memandu kereta kecil inilah 
yang sering dihadapi walaupun kita sedang bergerak laju.  Berilah ruang 
waktu untuk kereta tersebut beralih ke lorong kiri, atau kalau kita tidak 
memotong JANGAN guna lorong paling kanan. Yang menariknya pengalaman ini 
hanya saya alami ketika saya memandu kenderaan kecil.  Sekali lagi mungkin 
saiz kenderaan menjadi pengukurnya.

Sekian celoteh saya, selamat beraya maaf zahir batin dan bersedia untuk 
membayar lebih tol di tahun baru nanti.


----Original Message Follows----
From: "Amirul Akiera" <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Potong Q - bagi jalan ke tidak?
Date: Thu, 06 Dec 2001 07:44:38



_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp
--- Begin Message --- *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum w.b.t.

Frankly saying, I'll go for the first option. Bukanlah nak jadi gedebe, tapi ada betulnya pendapat ambo tu, kalau semua orang tak bagi muka pada segelintir yang tak reti ikut peraturan dan tak reti hormatkan orang lain ni, lambat laun faham lah dia. Sekarang ni pulak tengah buat latihan intensif untuk orang rumah yang baru nak drive sendiri walaupun lesen memandu dah empat kali renewed. Terpaksa berlakon  jadik "aggresive instructor" sebab nak dia faham yang memandu di KL ni tak dapat tidak perlu defensive dan agresif - dan tak mahu dia jadi mangsa dibuli orang yang peelnya tak reti nak hormat orang lain bila depan stereng. Wallahualam.

>From: "apa nama" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Potong Q - bagi jalan ke tidak?
>Date: Thu, 06 Dec 2001 15:06:28 +0800
>
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum,
>
>Pagi tadi ada orang nak potong Q. Ambo tak
>bagi jalan. Akibatnya side mirror masing2
>berselisih. Pendapat ambo, kebanyakan yg
>potong Q ni adalah bersifat selfish. Cara nak
>didik pe'el tak hormat orang lain dijalan
>raya ni ialah dengan tak kasi muka kat dia
>orang. Kalau semua orang tak kasi jalan,
>lama2 dia boleh faham. Ambo teringat satu
>ungkapan, lupa dah asalnya, lebih kurang,
>"kalau orang sombong kat kita, kita pun
>sombonglah sama dia". Ini 1 pandangan.
>
>Satu pandangan lain ialah, kita berilah depa
>jalan. Tak usahlah gaduh2. Ini perkara kecik.
>Depa nak potong Q ke, depa nak merangkak di
>fast lane ke, biarkan aje. We are peace loving
>people, a little tak beradab, tapi peace
>loving.
>
>Which one?
>
>--
>
>_______________________________________________
>Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
>http://www.mail.com/?sr=signup
>
>
>1 cent a minute calls anywhere in the U.S.!
>
>http://www.getpennytalk.com/cgi-bin/adforward.cgi?p_key=RG9853KJ&url=http://www.getpennytalk.com
>
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "apa nama" <[EMAIL PROTECTED]>


Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Amirul Akiera" <[EMAIL PROTECTED]> --- End Message ---

Kirim email ke