*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

     CEO baru Tabung Haji terima RM35,000 sebulan
     Oleh Saidah Hairan

     KUALA LUMPUR, 7 Dis (Hrkh) - Kakitangan Lembaga Tabung Haji (Tabung
     Haji) tidak berpuas hati dengan pembayaran gaji Ketua Pegawai Eksekutif
     (CEO) yang dilantik bagi tahun 2000.

     Menurut sumber, peruntukan gaji bagi pegawai-pegawai di semua bahagian
     berbeza dengan pembayaran gaji yang diberi kepada pegawai-pegawai
     lama.

     Pembahagian gaji baru bagi pegawai-pegawai yang dilantik bagi tahun 
2000
     tercatat dalam penstrukturan semula carta organisasi mulai 1 Disember
     2001, keperluan peruntukan tambahan dalam belanjawan 2002 untuk
     jawatan kontrak dan sementara.

     Menurut sumber, gaji yang ditawarkan bagi CEO sebanyak RM35,000 sebulan
     berbeza dengan gaji yang diperolehi oleh bekas CEO hanya RM25,000.

     Katanya, gaji Pegawai Tadbir di Jabatan Kewangan sebanyak RM25,000
     sebulan juga berbeza dengan gaji yang diperolehi oleh bekas Pegawai
     Tadbir hanya RM20,000.

     Sumber itu berkata, kakitangan Tabung Haji tidak berpuas hati dengan
     pembayaran gaji pegawai-pegawai baru, kerana kenaikan gaji sebanyak 5
     peratus bagi kakitangannya sebagaimana yang dijanjikan masih tidak
     diselesaikan.

     Menurut sumber, kakitangan Tabung turut terkilan kerana pegawai-pegawai
     lama di semua jabatan telah dipindahkan ke jabatan lain.

     Justeru, semua kakitangan Tabung Haji berharap pihak pengurusan dapat
     mengkaji pembayaran gaji bagi pegawai-pegawai baru supaya rakyat tidak
     akan curiga untuk membuat caruman terus ke Tabung Haji.

     Sumber itu turut mempersoalkan mengapa kenaikan gaji bagi kakitangan
     Tabung Haji sebanyak 5 peratus masih lagi tidak dapat diselesaikan
     sedangkan pembayaran gaji bagi pegawai-pegawai baru dapat dibereskan


<br><br><br>"Jika takut dengan risiko, jangan bicara tentang perjuangan!" - 
Anwar Ibrahim


_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke