*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jeneral Dostum enggan terima kerajaan sementara Afghan


KABUL, Khamis 6 Dis. - Jeneral etnik Uzbek di
Afghanistan Abdul Rashid Dostum berkata bahawa beliau
berhasrat untuk memboikot kerajaan sementara Afghan -
hanya beberapa hari selepas ia dibentuk, demikian
menurut laporan terbaru Reuters.
"Kami ingin mengumumkan bahawa kami akan memboikot
kerajaan interim ini dan tidak akan memasuki Kabul
sehinggalah sebuah kerajaan yang betul-betul sempurna
dipilih," tegasnya.

Jeneral Dostum, yang merupakan salah seorang panglima
perang berpengaruh dalam Pakatan Utara merasakan
bahawa fraksinya telah dilayani secara tidak adil
sepanjang rundingan perkongsian kuasa yang berlangsung
di Bonn, Jerman. 

Perjanjian perkongsian kuasa sementara itu telah
ditandatangani semalam.

Agensi berita Reuters memetik Dostum sebagai berkata
bahawa beliau betul-betul kecewa dengan hasil
rundingan tersebut. 

Sebelum ini, seorang pemimpin etnik Pashtun iaitu
etnik terbesar di Afghanistan, Sayed Ahmed Gailani
yang turut terlibat dalam rundingan di Bonn juga
menyifatkan kerajaan interim tersebut sebagai 'tidak
seimbang'.

Galiani yang lebih cenderung kepada Raja Zahir Shah -
raja Afghan dalam buangan - menambah ramai pemimpin
yang telah berjuang pada peperangan menentang
pencerobohan Soviet dahulu tidak diberi pertimbangan
untuk mewakiki kerajaan sementara ini.

Jeneral Dostum pula kini berkubu di utara Afghanistan
iaitu pekan Mazar-e Sharif yang kini berada di bawah
penguasaannya. 

Jeneral itu telah dipetik sebagai berkata bahawa
sebelum ini beliau telah mendesak agar kerusi
kementerian luar diserahkan kepada fraksi Uzbek
Jombesh-e Melli dalam kerajaan sementara ini. 

Sebaliknya fraksi beliau telah diserahkan kementerian
pertanian, perlombongan dan perindustrian sedangkan
fraksi saingannya, Jamiat-e Islami, mendapat potfolio
hal ehwal luar, kementerian dalam negeri dan juga
pertahanan. 

"Ini adalah satu penghinaan kepada kami," kata Jeneral
Dostum. 

Serentak dengan pemboikotan itu, Dostum mengumumkan
bahawa fraksinya akan menghalang pegawai-pegawai
kerajaan sementara yang baru dibentuk itu daripada
melalui sebarang akses untuk ke Utara.

Koresponden BBC di Kabul, Peter Greste melaporkan jika
benar Dostum memboikot kerajaan baru ini dan
menghalang sebarang akses ke wilayah Utara Afghan, ia
akan menjadi satu tamparan hebat ke atas perjanjian
damai yang diterajui oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) itu.

Greste melaporkan, jeneral itu mempunyai kuasa yang
mencukupi untuk mencetuskan masalah di Utara
Afghanistan 

Jeneral Dostum telah memainkan peranan yang besar
dalam mengusir keluar militan Taliban dari Utara
Afghanistan. Malah ia adalah wilayah yang pertama
jatuh ke tangan Pakatan Utara semenjak kempen
ketenteraan dilancarkan oleh Amerika.

Dengan bantuan pesawat-pesawat pengebom Amerika,
pasukannya telah menawan Mazar-e-Sharif bulan lalu dan
sejak itu satu demi satu kubu kuat Taliban jatuh ke
tangan Pakatan Utara.

Jeneral itu juga memang dikenali sebagai seorang tokoh
kontroversi kerana kerap kali menukar haluan serta
sokongannya ke atas pelbagai puak yang menguasai bumi
Afghan.

Beliau pada asalnya adalah salah seorang pemimpin
tentera Soviet yang berperang dengan tentera mujahidin
tetapi kemudian berpaling tadah dan menyertai Kerajaan
Presiden Rabbani.

Dostum juga akan dikenang sebagai salah seorang
komander tentera yang memusnahkah sebahagian besar
Kabul dan kematian lebih 50,000 orang awam sepanjang
perang saudara yang meletus di Afghanistan pada
pertengahan tahun 1990an dahulu. 

---------------------------------------

Ex-Afghan Warlord: U.S. Imposed Pact 


TEHRAN, Iran (AP) - A former Afghan warlord criticized
the U.N.-brokered accord that established a new
administration in Kabul, saying Thursday the pact
amounts to a U.S.-imposed government for Afghanistan. 

Gulbuddin Hekmatyar, who once served as Afghanistan's
prime minister, said the agreement signed by Afghan
factions Wednesday gave the United "all the goals it
has been looking for." 

"America not only eliminated the Taliban, but also
eliminated (former President Burhanudin) Rabbani and
prepared the ground for the transfer of power to a
government which it wanted," Hekmatyar said in a
statement. Rabbani was president of Afghanistan when
the Taliban took control in 1996. He sought to resume
that position when northern alliance troops retook
Kabul, the capital, as the Taliban fled to the south
last month. 

The accord creates a temporary government for
Afghanistan, headed by Hamid Karzai. The prime
minister and his 29 Cabinet ministers eventually will
be replaced through elections and the drafting of a
constitution. 

Hekmatyar, who lives in exile in Iran, said the those
appointed to the interim government do not represent
realities in Afghanistan. 

"The presence of unpopular and incompetent individuals
in the list suggests that they have ignored the
realities of the Afghan society. Their efforts for
imposing an American supported government in
Afghanistan will face a dead end, just like the Soviet
Union faced," Hekmatyar said, referring to the Soviet
occupation of 1979-89. 

Hekmatyar was a significant opponent of the Soviet
occupation, and served as prime minister under Rabbani
in 1994-96. But their relationship was bitter and
their battle for power killed about 50,000 people,
many of them Afghan civilians. 

Hekmatyar, widely hated for his indiscriminate rocket
attacks on Afghanistan's cities, has not been a key
player in the country since the Taliban chased him and
his guerrilla force from Kabul five years ago.

- Article added at 1:11 AM (CST) on 12/7/2001. 




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send your FREE holiday greetings online!
http://greetings.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke