*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum

Nasihatkan kawan tu supaya segera nikah saje laa....

Hindarkan kemaksiatan
Biar hidup dalam Iman
Pilih dan utamakan Tuhan.....  dari Toh Puan
Biar dipulaukan Toh Puan....  Jangan sampai dipinggirkan Tuhan
Hukum-hukum Alquran & hadis jadikan panduan
Agar tidak tersesat jalan
Ingat..... apabila berdua-duaan, yg ke3 adalah syaitan
INGATKAN  Pembalasan Tuhan
Mudah-mudahan mereka akan hidup dalam keberkatan

 ----------
From: yus yus
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Saya Nak Kahwin
Date: 06 December, 2001 4:15PM


 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Kawan saya dalam dilema. Marilah kita pakat tolong dia settlekan problem
dia.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 -----Original Message-----
From: "Munir Rahman" <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Thu, 06 Dec 2001 07:10:04 +0000
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Saya Nak Kahwin


yus, tolong pass kan problem aku kat forum tue.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Saya berusia 29 tahun dan berasal dari
Pantai Timur. Bekerja sebagai seorang engineer di sebuah oil & gas
company.Saya mempunyai seorang kawan perempuan, Aty, berusia 26 tahun. Juga
berasal dari Pantai Timur dan bekerja sebagai acc executive di company yg
sama.

OK..

Mulanya kami tidak pernah bertegur sapa walaupun di bawah satu bumbung
office. Kami cuba elakkan office gossip maklumlah kami bujang sama bujang.
Hal
ini berlanjutan berbulan-bulan lamanya sehinggalah seorang office mate
perasaan hal ini. Ada ka dia kata saya dah buat benda2 tak elok kat Aty,
tapi
biasa la office joke. At last saya buat keputusan utk contact Aty dan clear
kan nama saya yang dah "di tarnish" kan oleh office mate. Office mate pulak
jenis yang busy body dan suka bawa mulut. Apa2 hal pun kena clear dulu .Di
pendekkan cerita, SEMINGGU selepas itu kami pun bertunang secara emergency,
dihadiri dan direstui oleh seluruh ahli keluarga kami.Keluarga kami nak
percepatkan pernikahan baik ni, bimbang kami akan selalu berjumpa, maklumlah
satu office.. kalau boleh esok lusa kami nak nikahkan, tapi tok Aty tak
izinkan. Opss.. lupa nak cakap,  Tok nenek Aty ni ada darjat dan pangkat
rupanya. Aiseh, terasa kerdil je jika dibandingkan dengan keluarga saya.Tapi
biar la, aku nak dia, bukan reta Tok nenek dia. Baru kenal seminggu terus
ambik keputusan nak bertunang, kalau boleh nak nikah terus, boring dah hidup
bujang. Korang yg pernah hidup bujang sure tau hakikat nih.

OK..

Di pendekkan cerita,
Sebulan bertunang, saya rasa confuse, tawar hati, tidak yakin dan ragu ragu
di atas pertunangan itu. Saya rasa saya telah tersilap dalam membuat
emilihan. Pekara ni saya cerita kat mak bonda saya, saya cakap saya nak
cancel pertunangan itu. Apalagi, mak bonda saya pun mengamuk la, tambahan
pulak dia dah lama bengang dgn saya yg dah tolak hampir 10 orang calun
menantu dia.( Mak bonda saya juga telah menolak lebih dari 10 calun menantu
dia yg saya proposed ). Apatah lagi mak bonda saya pun dah tak sanggup nak
tengok saya usung anak anak dara orang sana sini.Kalau sorang tu lain la
jugak, ni lima enam orang. Aty pun tahu pekara ini, dan bagi Aty, dia sedia
utk berundur
jika saya tidak perlukannya lagi. Saya akui, Aty ialah seorang perempuan
yang jujur, ikhlas dan setia. Aty begitu commited terhadap pertunangan ini
sehingga sanggup tukar no hp pasal tak nak x boy friend ganggu dia lagi.
Saya mengaku saya ni bujang nakal, jahat dan mata keranjang. Insyallah saya
akan buang semua tabiat buruk ini.
Amin..

OK..

Di pendekkan cerita, dan nak di jadikan cerita,
Beberapa hari lepas tu, Aty nampak saya bawak seorang perempuan dalam kereta
saya. Aty kata itu ex- girlfriend saya .. Aty terus lari balik kampung. Saya
berterus-terang bahawa perempuan itu ialah girlfriend housemate saya yg
mintak tolong saya, tapi dia tak percaya. Then, dia terus  tak jawab2 call
dari saya. Saya mengadu kat mak bonda saya. Mak bonda terkejut la jugak dan
terus contack Aty, pun Aty tak layan. Masa ni lah terasa sayang, rindu,
kasih dan bersalah pada Aty kerana membuatkan jiwanya tertekan, tension
sampai dia tak gi keje dua tiga hari. Semua saya punya pasal. Saya sedar dan
saya insaf.

OK..

Entah camana, mak bonda saya contack la Tok nenek Aty ni, pangkat Toh
Puan...( Aruah suami dia ni  Dato' Mufti) mak kita ni orang awam aje. Orang
takde darjat dan pangkat, sekadar menuntut ilmu akhirat siang malam kat
surau pndok. Mak bonda saya cuba la tanya kut kut Toh Puan tu tahu kat mana
Aty membawa
diri. Anda semua tahu apa yg Toh Puan ni sound kat mak bonda saya? Dengan
nada KERAS, LANTANG dan EGO Toh Puan tu sound...

" Hajah tak jujur semasa pertunangan dulu. Kenapa Hajah susuk ( hide ) yang
anak Hajah tu masih ada girlfriend lain. Kenapa Hajah? Sekarang Hajah
Kena mengaku, mengaku, mengaku Hajah"
Pehhh... mentang2 la dia ada pangkat dan darjat.
Terkujat la mak bonda saya kena sound. Anak bujang dia punya pasal, dia
pulak yg kena sound. Toh Puan ni pun bangang jugak, Aty time tunang pun ada
lagi contack X boyfrind dia.. silap aku nampak, silap cucu dia tak
nampak.

" Aty cakap Hajah ada bagi minum air kat dia. Apa yang dah hajah buat nii?
Apa yang Hajah nak buat kat cucu saya ni? Air apa ni Hajah "
Masyallah, bangang la Toh Puan tu, itu air Yassin ler...

" Saya ada ramai anak, saya pasang spy, dia orang kata selalu nampak tot tot
( NAMA SAYA LA TU ) dgn perempuan lain. Malangnya nasib Hajah dapat anak
macam tu. Saya sangkakan selama ini baik, rupanya tot tot ( NAMA SAYA LA TU
) indah khabar dari rupa.
Apa la Toh Puan ni mengarut.. fitnah semua spy spy tuh.. banyak la dia punya
spy.

Dan banyak lagi la cacian dan ayat2 power yg Toh Puan tu kurniakan kat saya
dan Mak bonda saya. Tak elok pulak saya type kat sini. Time tu jugak Toh
Puan memutuskan pertunangan kami. Pekara ini saya adukan kepada wali Aty,
iaitu ayah Aty. MALANGNYA, ayahnya sendiri tak mampu membuat keputusan,
hitam kata Toh Puan, hitam la kata ayah dia. Ayah Aty ni ustaz , mak dia
ustazah, tapi taat sangat kat Toh Puan ni.
Appara..
Ayah Aty tak sokong mana2 pihak tapi dia akan patuh telunjuk Toh Puan kerana
dia tak nak bertelagah dengan mertuanya yg banyak songel. Mak Aty pulak ikut
100% perintah Toh Puan tuh. Barulah Aty menyesal kerana sikap
terburu-burunya dan salah sangka itu telah menyebabkan kami putus tunang.

OK sikit lagi nak habis citer ni..
Masa inilah rasa betul2 saya sayang kan Aty, saya sangat2 merindui Aty. Saya
bersalah kerana membuatkan Aty tension dan separuh sakit jiwa.AT last, aAyah
Aty kata, kalau saya betul2 nak kahwin dgn Aty, saya mesti sanggup hidup
tidak diterima oleh Toh Puan, andaikata saya > bertandang ke rumah Toh Puan
nanti, saya kena tidur di surau dan tak boleh tidur di rumahnya, saya duduk
sorang2 kat ruang tamu dan dia orang beramai2 kat meja makan.. Sekiranya dia
orang beramai-ramai bergembira dgn family dia orang, saya kena layan diri
sendiri. Ini bukan ugatan ayahnya kerana salah seorang menantu Toh Puan
terpaksa tidur di surau setiap kali hari raya di rumah Toh Puan, walaupun
dah tiga empat tahun kahwin dan mempunyai
3 orang anak. kalau semua itu saya sanggup hadapi, ayah dia akan cuba
ikhtiarkan jalan utk kami. Akhirnya, Aty mengakui bahawa dia terlalu
sensitif selama ini dan TAK SENGAJA menceritakan hal keburukan saya kepada
Tok nenek yang mengakibatkan kami putus tunang.

OK..

Sampailah disaat anda membaca email saya ini, kami masih berhubungan, keluar
tiap2 hari dan balik lewat tengah malam.. Kalau tak balik pun, kami check in
di hotel ataupun di rumah bujang saya.. Alhamdulillah, kami belum terlanjur
setakat ini.. cuma gitu gitu ada la.  Kami saling sayang menyayangi,
merindui. Kami ingin mengakhiri zaman bujang kami dan kami tak sanggup lagi
setiap hari berdosa kepada Allah. Kami ingin kahwin, tapi Toh Puan menentang
sepenuh hati, 100% menghalang dan totally reject saya. Aty dah letih memujuk
Tok nenek dia yang terkenal dengan kata putus yg muktamad.  Kami dah
rancang nak nikah lari, tapi saya rasa tak manis
pulak apa orang kata nanti, tambahan pula hati saya berbelah bahagi utk
memperisterikan cucu seorang yg Toh Puan yg ego

OK cerita dah habis..

Sebagai lelaki yang berfikiran, saya tahu saya mempunyai hanya 2 pilihan.

PERTAMA: Saya teruskan niat saya dah berkahwin dgn ATy walaupun kat Siam.
Tetapi saya bakal berhadapan dengan Toh Puan yang ego, anak menantu Toh Puan
seramai 24 orang yang sedia patuh pada kata2 beliau, dan adik adik Aty
seramai 10 orang. Dalam hal ini saya mungkin keseorangan dan terpulau
sebagaimana yg di hadapi oleh salah seorang menantu Toh Puan.

KEDUA : Kami bawa diri masing masing, dan habis cerita.

Kami telah beberapa kali membuat keputusan untuk berpisah kerana kami rasa
dah tak ada jalan utk bersatu, tapi esok lusa kami berbaik2 semula kerana
tak sanggup berpisah. Begitulah hari-hari.

Kami bimbang, setiap kali kami bertemu, dari siang sampailah malam, dari
dalam kereta sampailah atas katil. Dan setiap kali kami bertemu, kami
inginkan sesuatu, Alhamdulillah kami masih dapat bertahan dari terlanjur
dengan sisa sisa iman yg masih ada. Na'uzubillah..

Kepada pembaca yang budiman, tok tok guru, alim ulamak, ustaz uztazah,
sahabat sahabat, kawan kawan, abang kakak adik adik yang membaca email saya
ini, PILIHAN MANAKAH YANG PATUT SAYA AMBIL?

Saya juga inginkan kebahagian dalam hidup ini.
Terima Kasih.




 ________________________________________________________________
> > > Get your FREE download of MSN Explorer at
> >http://explorer.msn.com/intl.asp
> > >
> > >
> >
> >--
> >
> >__________________________________________________
> >Get FREE 50 MB email @ http://www.AtoZasia.com
> >
> >
> >
> >Powered by Outblaze
>
>
> _________________________________________________________________
> Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp
>
>

 --

__________________________________________________
Get FREE 50 MB email @ http://www.AtoZasia.com



Powered by Outblaze

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "yus yus" <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Rodzoh Mohd Basri <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke