Akum,
 
    Saya mohon pandangan tuan-puan netters semua, isteri saya akan melahirkan anak yg pertama pada bakal Feb 2002 nanti. Maka dengan itu, saya ada teringin juga menggunakan kemujaraban air selusuh ini demi memudahkan urusan delivery nanti.
 
Masalahnya:
 
1. Bagaimanakah caranya membuat air selusuh yg sebenarnya? Saya ada terdengar yg cara membuatnya ialah dengan khidmat suami sendiri. Jika dibuat oleh orang lain, OK juga cuma agak jijik sedikit untuk isteri sendiri.
 
2. Dimanakah boleh saya membuatnya?
 
3. Adakah ia bertentangan dengan syariat Islam?
 
4. Sila kemukakan cadangan lain jika ada cara yg lebih bagus dan praktikal untuk memudahkan urusan melahirkan anak nanti. Itupun jika anda mempunyai cadangan sama ada yg baik atau yg kurang disenangi agama kita (makruh atau harus sahaja, bukan yg ditegah sama sekali).
 
Saya percaya, ramai tuan-puan sudah experience this. Harap sedia berkongsi dengan saya.
 
Wassalam....
 
 

Kirim email ke