*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,
Ini mesti sorang lagi dari Sisters in Islam yg ingin memberi pendapatnya
tentang Islam tapi gagal menjalankan suruhan Allah swt yg paling
BASIC....i.e. menutup aurat.
Tamadun Melayu Islam yg macamana beliau hendak? ....kalau nak bina tu
biarlah Tamadun Islam tanpa mengira bangsa. Kalau melayu...melayu  ni ...aku
terbau umno!!!!
Betul jugak kalau dia nak mengaitkan apa yg berlaku kepada umat manusia
diseluruh dunia dgn PAS kerana ini semua adalah ujian dari Allah swt utk
menduga keimanan umatNya. Kalau di Afghanistan, Chechnya, Kosovo, Mindanao,
Palestine......umat Islam disana diuji dengan kekejaman & peperangan oleh
tentera2 kuffar manakala umat2 Islam di Malaysia, Amerika, Australia, UK
dll.....diuji dgn penindasan & ketidakadilan oleh pemerintah yg zalim.
Kalau yg belum kena ujian Allah swt.........kenalah semak diri tu.

Biarlah mereka tulis apa yg mereka suka sebab yg kena menjawab diakhirat
nanti adalah diri mereka sendiri.

Wassalam.

p.s. kalau tengok trend dlm newspaper sekarang ni......aku rasa macam tak
lama lagi nak diadakan pilihanraya aje...? Wallahu ta'alla a'lam


----- Original Message -----
From: "Ui Dann" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Thursday, December 13, 2001 3:06 PM
Subject: H-Net* Re: posting nihaz


>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> bila kita membaca tulisan seseorang berkenaan Islam, elok juga kalau kita
> tengok keperibadian dan perwatakan orang tersebut.  Macam saudari nihaz yg
> tak menutup aurat ni, saya rasa, sebelah matapun saya tak pandang.  Bukan
> saya menghina orang yg tak bertudung, tapi kalau suruhan Allahpun dia
> pandang sepi, tak usah harap dia nak membela Islam.  Ni kalau betul Nihaz
yg
> saya pernah tengok gambarnyalah, yg sweet senyuman dia.
>
>
> >From: "sam dol" <[EMAIL PROTECTED]>
> >
> >
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >Assalamualaikum,
> >
> >Biasanya artikel2 yg keluar dalam utusan
> >meloya ni tak perlu diambil berat sangat
> >kerana tulisan mereka2 yg otak berserabut
> >tentang Islam ni, tak menambahkan ilmu anda.
> >Mereka ini begitu konfius hingga tak dapat
> >bezakan antara hak dan batil, putih dan hitam.
> >
> >Contoh, penulis dibawah ni (dari utusan meloya
> >online) begitu tak cerdik, dan terikut2 dengan
> >kempen kafir & yahudi. Mungkinkah beliau
> >penulis upahan negara Islam sekular @ negara
> >sekular Islam?
> >
> >Allah kurniakan akal untuk digunakan kearah
> >membela Islam, bukan sebaliknya. Kepada mereka
> >ini, apa lagi yang boleh kita buat, selain
> >dari "Innalillahi waina ilaihi rojiun".
> >
> >-----------------
> >
> >Pas halang kebangkitan Islam dan ummah
> >
> >Oleh: NIHAZ MOHD. YUSOFF ([EMAIL PROTECTED])
> >Meniti kejatuhan puak pelampau agama atau juga dipanggil `pengganas' oleh
> >masyarakat bukan Islam, iaitu kerajaan Taliban serta penangkapan Nur
> >Misuari, Gabenor Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM), membawa umat
Islam
> >ke satu lagi babak dalam sejarah Islam yang sedang tercipta.
> >
> >Babak ini adalah babak penting yang memerlukan seluruh umat Islam
> >menumpukan perhatian untuk mengenal pasti sama ada ia merupakan satu
> >langkah ke arah kejatuhan, kebangkitan atau pemulihan imej Islam dan umat
> >secara keseluruhan.
> >
> >Dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia, umumnya yang kelihatan adalah
> >kekeliruan pendirian terhadap babak ini. Keliru dalam meneliti maklumat
> >yang diperoleh secara separuh-separuh dan juga keliru kerana sikap
prejudis
> >sendiri dalam menerima maklumat.
> >
> >Masih ramai umat Islam yang menunjukkan sokongan jelas terhadap puak
> >pelampau agama tanpa ragu-ragu atas alasan mempertahankan agama. Sikap
> >Taliban yang menindas sesama Islam dan berperang sesama saudara Islam
tidak
> >langsung terfikir oleh mereka.
> >
> >Fahaman agama yang ekstrem dan memburukkan imej Islam juga tidak menjadi
> >masalah kepada umat Islam yang menjadi pemerhati dari luar ini. Begitu
juga
> >dengan perjuangan sia-sia ARMM dan Abu Sayyaf melalui penculikan dan
> >jenayah tidak begitu menggusarkan mereka.
> >
> >Entah kenapa umat Islam di Malaysia sering mengambil sikap seolah-olah
> >semakin ekstrem dan tiada tolak ansur dalam agama sehingga sanggup
> >mengganas, semakin hebatlah iman seseorang itu.
> >
> >Oleh itu, ramai di antara mereka yang mempamerkan t-shirt Osama bin Laden
> >yang dipakai dengan megahnya sebagai tanda sanjungan dan sokongan.
Golongan
> >ini tidak dapat menentukan pendirian mereka berhubung puak pelampau atau
> >pengganas itu. Bagi mereka, hanya sama ada hitam atau putih iaitu
menyokong
> >Osama atau menyokong Amerika sedangkan Malaysia tidak mampu meletakkan
> >keputusan hitam atau putih sebegitu. Pendirian Malaysia tidak hitam dan
> >tidak juga putih.
> >
> >Malaysia tidak menyokong perbuatan ganas walau dilakukan oleh saudara
> >sendiri, jauh sekali menyokong perbuatan ganas orang lain terhadap
saudara
> >sendiri.
> >
> >Malaysia bagaimanapun sedar, bagi membuat dunia mendengar kata-kata,
> >nasihat, teguran dan kecaman sekumpulan negara Islam yang rata-ratanya
> >lemah, bukanlah mudah.
> >
> >Kita perlu sekuat dan sehebat negara-negara penindas itu sebelum kata-kat
a,
> >teguran, nasihat dan kecaman kita didengari. Setakat mengangkat sepanduk
> >menghalang sepasukan pemain kriket hanya akan dilihat sebagai jenaka
bodoh
> >oleh pengganas Israel di bumi Palestin.
> >
> >Babak kejatuhan puak pelampau agama mungkin satu proses pemulihan imej
> >Islam serta mengurangkan halangan dari dalam, dalam usaha kita
> >mengembalikan kekuatan Islam.
> >
> >Ini tidak bermakna yang kita merelakan saudara kita dibom oleh Amerika.
> >Hakikatnya, pengeboman itu tidak akan berlaku tanpa kesalahan daripada
> >kedua-dua belah pihak. Allah subha nahu wataala telah mentakdirkannya
> >begitu dengan sebab-musabab dan hikmah-Nya yang tersembunyi.
> >
> >Apabila halangan daripada dalam ini sudah tiada, maka umat Islam akan
lebih
> >bersatu dan berupaya menumpukan perhatian terhadap pembangunan dan
> >kemajuan. Islam hanya boleh kuat jika bersatu dan selagi ada puak
pelampau
> >yang mencipta ketegangan sesama saudara Islam, ini tidak akan berlaku.
> >
> >Selagi kita tidak bersatu, kita tidak akan maju dan selagi kita tidak
maju,
> >kita tidak akan memperoleh kekuatan yang sebenar serta tidak dapat
> >membuatkan suara kita didengari dunia bagi membantu saudara kita yang
> >ditindas oleh musuh Islam.
> >
> >Ini tidak bermakna yang kita mengharuskan kehancuran saudara kita dari
puak
> >pelampau itu. Apa yang perlu dilakukan adalah membuka minda mereka untuk
> >memahami dan mendefinisikan Islam dalam ertikata yang sebenar, tanpa
> >ekstremis dan keganasan, hanya penyatuan dan keikhlasan.
> >
> >Dalam konteks Malaysia, puak pelampau yang menghalang kemajuan dan
keamanan
> >negara Islam ini adalah parti Pas. Pas mengajak kita bergaduh dan
berpecah
> >atas nama Islam serta mengajak kita mundur dan lemah dengan menidakkan
ilmu
> >duniawi. Pas adalah penghalang kebangkitan Islam di Malaysia dan tidak
> >keterlaluan juga, di dunia.
> >
> >Dunia telah mengiktiraf Malaysia sebagai model negara Islam terbaik dan
Pas
> >berusaha sedaya upaya untuk menafikan hal ini. Jika Pas berjaya
memburukkan
> >Malaysia, maka tiadalah lagi negara Islam yang boleh dijadikan teladan
> >untuk membawa Islam ke arah kemajuan. Islam akan mundur buat beberapa
puluh
> >atau ratus tahun yang akan datang tanpa ada usaha untuk mengembalikan
> >kekuatannya.
> >
> >Alasan puak penghalang kebangkitan Islam ini mudah iaitu bukan kemajuan
dan
> >kekuatan dari segi pembangunan yang dituntut Islam. Kononnya yang
> >dimaksudkan dengan kekuatan itu adalah kekuatan rohani iaitu dari segi
amal
> >ibadah semata-mata.
> >
> >Namun, dalam masa yang sama, mereka begitu bangga menceritakan kehebatan
> >tamadun Islam yang lampau. Mereka bangga dengan pembangunan yang
dipelopori
> >umat Islam dalam zaman kegemilangan Islam. Tidak pula puak ini menuduh
umat
> >Islam di zaman itu sebagai tidak Islam kerana kemajuan yang dikecapi.
> >Sebaliknya, jika ada yang ingin memajukan umat di zaman ini, tanpa
> >berlengah mereka akan campur tangan dan menghalang kemajuan tersebut.
> >
> >Kejadian yang menimpa Taliban dan ARMM sepatutnya menjadi pengajaran.
> >Pemimpin Pas sepatutnya mengajak penyokong mereka memahami kejadian ini
dan
> >menjadikannya iktibar bahawa Allah tidak berserta mereka yang
memperalatkan
> >Islam. Kita tidak tahu sama ada Pas mempunyai tanggapan yang sama dengan
> >Taliban mengenai cara pemerintahan Islam atau pemikiran yang sama dengan
> >ARMM mengenai perjuangan menegakkan Islam kerana sehingga kini, Pas gagal
> >menyatakan corak pemerintahan Islam ala mereka.
> >
> >Tetapi apa yang pasti, selagi Pas masih dengan caranya menafi dan
> >mempertikaikan keislaman saudara sesama Islam, Pas tetap akan tercatat
> >dalam sejarah sebagai penghalang pembinaan tamadun Melayu Islam di
> >Malaysia.
> >
> >--
> >
> >_______________________________________________
> >Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
> >http://www.mail.com/?sr=signup
> >
> >
> >1 cent a minute calls anywhere in the U.S.!
> >
>
>http://www.getpennytalk.com/cgi-bin/adforward.cgi?p_key=RG9853KJ&url=http:/
/www.getpennytalk.com
> >
> >
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> >Pengirim: "sam dol" <[EMAIL PROTECTED]>
>
>
> _________________________________________________________________
> Chat with friends online, try MSN Messenger: http://messenger.msn.com
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Ui Dann" <[EMAIL PROTECTED]>
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: azmi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke