*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya ada membaca komen tentang penulisan Nihaz dalam HizbiNet
ini. Saya sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai dalam
golongan pelampau kerana saya tidak menyimpan janggut, tidak
pakai sorban dan jubah. Boleh dikatakan saya ini orang islam 
sederhana. Kalau dibandingkan dengan cara pendidikan Islam yang
saya terima, memang berbeza. Selain mendapat pendidikan di
sekolah, saya banyak menghabiskan masa belajar ugama cara
pengajian pondok. Saya belajar kitab-kitab cara berguru. Cara
ini lebih mantap dan berkat kerana kita menghalusi tafsiran,
kupasan dan huraian yang dibuat oleh ulama-ulama silam, yang
mana mereka tidak selewengkan ajaran-ajaran Islam sebenarnya.
Tambahan pula, mereka hidup cara kuat beramal ibadat dan
mewarisi kehidupan yang solih. Inilah tradisi cara belajar.

Orang macam Nihaz memahami Islam cara yang sesuai dengan kepala
otak dia. Barangkali dia tidak pernah belajar mana-mana kitab
tafsir, tidak pernah belajar kitab fekah dari awal hingga akhir, 
tidak tahu menahu tentang banyak hadith-hadith, tidak mendalami
pengajian usuluddin atau mempelajari ilmu tasauf cara berguru,
maka Nihaz boleh dikira sebagai PELAMPAU ugama. Ini kerana apa
yang dia fikir, bercakap dan penulis mengikut agak-agak dia tanpa
sandaran pada keilmuan Islam yang sebenarnya. Di zaman ini di
Malaysia, memang ramai manusia macam Nihaz. Oleh kerana mereka
sentiasa mahu berpandukan lojik akal, mereka sebenarnya menjadi
perusak ugama. Sesiapa yang tidak berhati-hati, orang macam
Nihaz sebenarnya adalah PELAMPAU ugama kerana bercakap fasal
ugama tanpa ilmu Islam yang sah.

Sebab itulah mereka tidak cermat dan ada-ada sahaja mereka
akan mengkritik ulama dan kitab-kitab karangan ulama-ulama silam.
Mereka melihat kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat adalah
perkara biasa. Jika ada pendakwah yang datang untuk memberi
nasihat soal perkara halal-haram, orang-orang macam Nihaz akan
cepat melebalkan pendakwah itu sebagai pelampau ugama.

Saya bersyukur kepada Allah kerana mendapat tarbiah dan pendidikan
cara pondok, ertinya saya mengambil ilmu saya daripada kitab-
kitab karangan ulama-ulama yang sah dan mursyid. Kerana itu
saya bercakap dan menulis berdasarkan rujukan kepada kitab dan
ulama, BUKAN kepada perasaan nafsu yang sesat. Inilah yang mem-
beri ketenangan jiwa kepada saya.

Memang di Malaysia ramai orang memutarbelitkan ajaran-ajaran Islam.
Mereka mengambil daripada ayat-ayat Al-Qur'an, Hadith dan huraian
kitab-kitab ulama apa yang sesuai saja bagi kehendak mereka.
Ada pula yang tidak mahu pakai tafsiran dan uraian ulama-ulama
terhadulu dan mahu mentafsirkan semula Al-Qur'an dan menulis
semula hukum-hukum fekah. Mereka sebenarnya sesat dan mahu menye-
satkan orang lain pula.

Ini telah disebut oleh Nabi bahawa pada akhir zaman, ramai manusia
yang mengaku diri mereka Muslim, tetapi pada hakikatnya mereka
menjadi kufur tanpa disedari.

Sebenarnya perkara ini panjang jika dibahaskan, insyaAllah saya
akan meyambung di lain masa.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke