*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Hubaya-hubaya,
Maka betullah kata sahabat saya seorang Guru Sekolah Menengah bahawa di Malaysia ini pelajar yang paling bodoh, bangang dan susah diajar adalah daripada golongan kaum Siva. VIVA Siva!!! kerana menggunakan sepenuhnya masa yg ada sebelum tempoh persaraannya untuk membela anak-anak bangsa beliau. Pun begitu, dari sudut yg lain, sekurang-kurangnya perjuangan beliau adalah ikhlas untuk kepentingan anak-anak bangsanya, bukan macam pemimpin2 kita, dalam keadaan golongan professional Melayu masih jauh berkurangan berbanding bangsa lain dalam apa jua sektor, dan dalam keadaan anak-anak Melayu teruk ditindas di sektor swasta itu pun, pemimpin2 kita yg mengaku berjuang atas semangat Nasionalist Melayu di atas sana - sanggup membunuh masa depan anak-anak kita dengan penghapusan Biasiswa dan pelaksanaan sistem Meritokrasinya. MELAYU PERLUKAN ORANG-ORANG MACAM SIVA....WALAUPUN BANGSANYA BODOH TAK TERKIRA, TAPI DIANAKTIRI DAN DITINDAS...MINTAK MAAF SAMA SEKALI. LANGKAH MAYAT BELIAU DULU!! Hebat sungguh Datuk N. Siva Subramaniam. Celupar-celupar Sammy Vellu pun, tak berani sehebat itu!! --------------------------------------------------------- Pisah pelajar ikut kaum: Siva didakwa berbohong Oleh:BORHAN ABU SAMAH IPOH 20 Dis. - Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Datuk N. Siva Subramaniam didakwa berbohong apabila menuduh sekolah-sekolah di Perak mengamalkan dasar pemisahan pelajar mengikut kaum. Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Pendidikan, Datuk Dr. Abdul Malek Hanafiah menegaskan, NUTP tidak melakukan siasatan terperinci sebelum melemparkan tuduhan itu. Menurut beliau, laporan yang diterima daripada dua buah sekolah di Taiping iaitu Sekolah Menengah (SM) Burhanuddin dan Sekolah Kebangsaan (SK) King Edward VII-I, mendapati dakwaan kononnya wujud dasar pemisahan pelajar mengikut kaum tidak berlaku. ``Saya percaya perkara yang sama turut berlaku di sekolah lain di Perak iaitu di Sekolah Kebangsaan Seri Kerian, Sekolah Menengah Ahmad Boestaman dan Sekolah Menengah Seri Perak,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Abdul Malek berkata, Siva membuat pembohongan itu kerana mahukan publisiti, sedangkan beliau tidak menjalankan siasatan terlebih dahulu. Mengulas masalah di dua buah sekolah di Taiping, beliau berkata, SK King Edward merupakan satu-satunya sekolah terkawal di daerah Taiping, di mana pelajar yang memasuki sekolah itu memperoleh keputusan 5A dan 4A serta beberapa pelajar yang memperoleh 3A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). ``Di daerah Taiping terdapat banyak pelajar yang memperoleh keputusan 5A dan 4A, tetapi mereka tidak dapat memasuki sekolah berasrama penuh dan mereka ditempatkan di SK King Edward. ``Sekolah ini walaupun sekolah harian, tetapi ia mempunyai asrama dan pelajar tetap mendapat kemudahan seperti sekolah berasrama penuh,'' katanya. Bagaimanapun, kata beliau, hanya sebilangan kecil pelajar kaum India di daerah itu yang memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR. ``Oleh itu majoriti pelajar Cina dan Melayu sahaja memasuki sekolah berkenaan kerana mereka memperoleh keputusan seperti yang disyaratkan,'' jelas Abdul Malek. Sementara itu kata beliau, sebanyak dua buah sekolah rendah dijadikan sekolah khas untuk menyumbang pelajar ke SM Burhanuddin iaitu SK Taiping dan SK Pengkalan Aur. ``Pelajar dari kedua-dua buah sekolah itu apabila tamat tahun enam akan terus ditempatkan ke sekolah SM Burhanuddin dan kedua-duanya pula mempunyai kurang pelajar kaum India,'' katanya. Ini kerana, kata beliau, ibu bapa sendiri yang memilih untuk menempatkan anak-anak mereka di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) (Tamil) Yamaha walaupun sekolah itu terletak bersebelahan SK Taiping. Tambahnya, apabila pelajar terbabit menamatkan tahun enam mereka terus ditempatkan di SM Darul Ridzuan. Katanya, terdapat sebuah lagi sekolah yang menjadi pilihan kaum Cina dan India iaitu SK Aulong dan mereka terus ke SM Aulong apabila memasuki tingkatan satu kerana sekolah berkenaan berhampiran dengan kediaman mereka. ``Kesimpulannya penempatan pelajar bukannya ditetapkan oleh jabatan pendidikan atau sekolah, sebaliknya di atas permintaan ibu bapa yang memilih sekolah yang berhampiran kediaman mereka,'' ujar beliau. Abdul Malek turut menyelar Siva yang menggunakan kedudukannya untuk lebih bercakap soal masyarakat kaum India berbanding masalah yang dihadapi oleh guru-guru di seluruh negara. ``Siva bukannya setiausaha agung persatuan guru-guru India, tetapi beliau adalah setiausaha agung persatuan guru-guru kebangsaan, jadi beliau harus membangkitkan isu berkait dengan kepentingan semua kaum,'' tegas beliau. Sementara itu, Pengetua Sekolah Menengah Seri Perak, Abdullah Khir ketika dihubungi enggan mengulas dakwaan tersebut dan beliau akan membuat laporan kepada pejabat pendidikan daerah. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Ru Antara <[EMAIL PROTECTED]>