*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Gazwul-Fikri bermakna perang minda atau saraf. Di akhir zaman ini 
kita diserang oleh puak-puak anti-Islam dan munafiq dari pelbagai
penjuru. Mereka menyerang dan mengkritik ummat Islam dalam
media-massa mereka, menyibarkan dakyah dan pembohongan terhadap
ummat Islam. Khususnya tentang memburuk-burukkan puak Taliban.
Sekarang puak Taliban tidak lagi memerintah Afghanistan, tapi
pihak yang anti-Taliban menjalankan propaganda yang rancak
secara gazwul-fikri. Walaupun kita bukan Taliban, mengingati
mereka adalah sebahagian ummat Islam, eloknya kita ikut apa
yang diajarkan oleh Al-Qur'an:

Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik 
membawa sesuatu berita maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu 
tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini..
[Al-Hujurat 49:6]

Ayat inilah yang dibacakan untuk kita oleh pihak Taliban supaya 
jangan mudah percaya kepada berita-berita yang memburuk-burukkan 
mereka. Jika anda ingin tahu siapakah Taliban sebenarnya, sila 
pergi ke lawanweb: http://www.oureffort2001.com/

Di Malaysia ini, pihak TV dan akhbar sedang sibuk menjalankan
propaganda anti-Taliban. Kalau kita sebagai ummat Islam tidak
bersetuju dengan Taliban sekalipun, biar kita sebagai ummat
Islam sendiri menyelesaikan masalah ummat Islam, BUKAN meminta
bantuan kuasa-kuasa tentera KAFIR (Amerika) membunuh ummat Islam.
Oleh kerana menyimpan perasaan benci, pihak TV dan akhbar Malaysia
merasa seronok melihat ummat Islam Taliban dibom oleh kafir
Amerika. Sebab itu mereka mencari jalan berkempen kenapa adalah
HALAL membunuh ummat Islam Taliban.

Setahu saya, Taliban bukan seburuk yang digambarkan oleh pihak
media-massa Barat. Mereka adalah manusia Islam yang beriman.
Semasa mereka memerintah Afghanistan dulu, mereka melaksanakan
hukum-hukum Hudud dan Syariah. Mereka menjemput kita semua
sebagai saudara-saudara Islam ke negara mereka supaya membangunkan
Afghanistan secara Islam. Ini kerana mereka miskin dan kurang
tenaga teknikal dan teknologi. Mereka membenarkan sekolah-sekolah
dibina dan memajukan negara Afghanistan. Mereka sentiasa menyeru
kita membantu mereka dalam semua bidang.

Mereka menjaga keamanan dan keselamatan, beramar ma'ruf dan
nahi mungkar. Pada pandangan ummat Islam yang sudah biasa hidup
dalam negara-negara maju tentu memandang curiga kerana sikap
mereka yang keras dan tegas terhadap perbuatan mungkar seperti
menutup tempat-tempat maksiat, tempat berjudi, pelacuran, kelab-
kelab malam, kolam renang bagi wanita, pawagam-pawagam, kedai-
kedai fesyen wanita, dsbnya. Mereka memaksa wanita menutup aurat,
memaksa lelaki menyimpan janggut sebagai menghormati sunnah Nabi,
memukul orang-orang Islam yang tidak sembahyang. Mereka tidak
gemar mendengan muzik-muzik hiburan ala Barat, Bollywood, buku-
buku yang tidak berfaidah, serta gambar-gambar yang tidak senonoh.

Ini adalah cara hidup mereka sebagai UMMAT ISLAM. Mereka mengan-
jurkan kepada rakyat Afghanistan menjalani hidup mengikut Al-
Qur'an dan Sunnah Nabi. Ada di kalangan orang-orang Afghan yang
setuju dan ada yang tidak setuju. Ini kerana Taliban mengharam-
kan siaran TV dan Internet. Pada pandangan Taliban, menonton TV
adalah membazir harta dan dan membuang masa yang sepatutnya diberi
kepada masa berzikir, berbuat amalan sembahyang-sembahyang sunnat,
mempelajari Al-Qur'an, Hadith dan kitab-kitab. Mereka tidak me-
larang dari mempelajari ilmu-ilmu akademik, cuma bahan-bahan
bacaan hendaklah sesuai dengan Islam. 

Sungguhpun mereka melarang menonton TV, itu pada IJTIHAD Taliban 
bahawa buat masa itu, TV lebih membawa kesan buruk kepada masyara-
kat Islam. Di suatu masa kelak, mereka akan lancarkan semula sia-
ran TV yang lebih islamik. Sebab itulah mereka membenarkan siaran 
radio di negara itu, dan stesyen Taliban dikenali sebagai "Radio 
Syariah" yang menyiarkan bacaan Al-Qur'an dan ceramah serta nasi-
hat ugama. Taliban mahu masyarakat Afghan menghayati Islam sepenuh-
penuhnya dan memuliaan sunnah Nabi dan tatacara hidup sahabat-
sahabat Nabi yang solih.

Tapi sayang, propaganda Barat berjalan dengan hebat dan rancak
bertahun-tahun lamanya. Media massa Barat dan juga Malaysia
giat menjalan dakyah untuk menjatuhkan pemerintahan Taliban.
Puak-puak modenis menulis rencana dan berita memfitnah Taliban.
PBB pula tidak mengiktiraf kerajaan Taliban dan mengadakan sekatan
ekonomi. Ini adalah gazwul-fikri menentang ummat Islam. Sehingga
ada negara-negara Islam sendiri menjemput Amerika supaya mengebom
dan menghancurkan ummat Islam Taliban.

Ghawul-fikri tidak habis-habis dijalankan oleh musuh-musuh Islam.
Mereka menggunakan akhbar dan TV bagi menggambarkan seolah-olah
Taliban adalah pengganas. Kita sebagai ummat Islam di Malaysia
diajar supaya percaya dan tunduk kepada propaganda Barat. Sebagai
satu peringatan daripada Al-Qur'an, marilah kita nilai diri dan
keimanan kita, adakah patut kita menghapuskan ummat Islam Taliban?
Ingatlah Al-Qur'an memberitahu kita, siapakah yang patut kita
kasih dan siapakah yang patut kita menentang:

.."dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum 
mendorong kamu tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu ber-
laku adil (terhadap sesiapa jua). [Al-Maidah 5:8] Tambahan pula 
terdapat ayat lain, "hai orang-orang yang beriman, janganlah satu 
kaum memperolok-olokkan kaum yang lain, bolehjadi mereka lebih 
baik.."[Al-Hujurat 49:11]

Dalam satu doa ..."Ya Tuhan kamu, jangan Engkau jadikan kami
(sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir.."[Al-Mumtahanah 60:
5]. Maksudnya sebagai orang Islam, kita tidak boleh memberi
peluang bagi orang-orang kafir mengalahkan mana-mana puak Islam.

Hai orang-orang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad
dari ugamaNya, maka kelak Allah akan mendatangkan satu kaum yang
Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap
lemah lembut tehadap orang-orang mukmin, yang bersikap keras
terhadap orang-orang kafir, yang BERJIHAD di jalan Allah, dan
TIDAK TAKUT kepada orang-orang yang mencela." [Al-Maidah 5:54]

Tidakkah negara-negara Islam faham ayat ini? Allah menyatakan
orang-orang yang beriman kepadaNya ialah ..."yang bersikap
lemah lembut tehadap orang-orang mukmin, yang bersikap keras
terhadap orang-orang kafir".. PERSOALANNYA, kenapa negara-negara
Islam bersikap keras dan ganas terhadap sesama ummat Islam dan
bersikap kasih-sayang terhadap puak-puak Kafir?

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke