*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Kedua....mungkin tidak benar. Kenapa? Ini adalah strategi pihak 
> kerajaan memerintah utk meraih simpati rakyat kpd pemimpin-
> pemimpin kerajaan khusus nya umno. Mereka (BN) akan meng-indoct-
> rinate fikiran rakyat bahawa musuh kpd kerajaan (secara layman's 
> thinking) adalah pemimpin-pemimpin pembangkang i.e. BA. Jadi, 
> secara logic nya, rakyat akan terus mengganggap pihak yg meran-
> cang utk membunuh PM dan TPM adalah tidak lain dan tidak bukan...
> pihak pembangkang! Bingo...! BN akan mencapai satu lagi matlamat 
> utk memburukkan pihak BA dan seterusnya another political mileage 
> dlm menghadapi pilihanraya akan datang! Cuba bayangkan.......

Ada satu lagi kemungkinan ....

Saya rasa itu sindrom ketakutan kerana bimbang, PM dan TPM ada
rasa tersalah. Sindrom in juga terasa oleh Presiden Bush. Mereka
bimbang tindakan mereka yang baru-baru ini akan menyebabkan
pihak tertentu membalas dendam. Bush merasa gerakan Al-Qaida
yang dia kata pengganas mungkin berkemampuan membunuh dia.
Atau pihak-pihak musuh Bush sendiri mungkin akan mengambil
kesempatan membunuh dia, satu tindakan yang berselindung di
sebalik perbuatan pengganas. Bukan pengganas yang akan membunuh
Bush tapi musuh dalamannya yang terdiri dari rakyat Amerika
sendiri. Perkara ini sudah banyak berlaku di Amerika ...
JF Kennedy, Reagan, Nixon ... sudah ada cubaan membunuh mereka
oleh rakyat Amerika sendiri kerana dasar-dasar negara mereka yang
tidak disenangi.

Baru-baru ini, pihak Al-Qaida dan Taliban ada membuat ikrar
akan membunuh sesiapa sahaja pemimpin dunia yang menyerang
Afghanistan. Ini, kalau ada pengganas yang datang secara senyap
ke Malaysia, mungkin ada pihak sudah jangka ini akan berlaku.
Kita mesti ingat, Dr Mahathir memberi lampu hijau kepada
Amerika untuk menyerang Osama, Al-Qaida dan Taliban. Itu,
mereka akan membalas dendam...lambat laun ia akan berlaku ...
demikian apa yang pernah saya baca pihak Taliban berkata.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke