*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sengaja saya 'flashback' sekali lagi mengenai isu Mahathir tegur ulamak
supayakan utamakan agama dari politik yang dipaparkan oleh Bernama bertarikh
26-Dis-2001 lalu:

>>>>>>>>>>
Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad menasihati ulama yang
terlibat dalam politik supaya mengutamakan ajaran Islam dan tidak menyalah
tafsir ajaran agama untuk menghalalkan perbuatan mereka yang salah.
.
.
"Sudah tentu yang diiktiraf sebagai pewaris nabi ialah mereka yang
mengutamakan agama, tidak kepentingan lain.

Mereka ini berhak mendakwa mereka adalah pewaris nabi," katanya.

Tetapi, katanya, apabila para ulama ini mencampuradukkan kepentingan politik
ataupun kepentingan diri dengan ajaran Islam, maka mereka sudah tidak lagi
menjadi pewaris nabi.
>>>>>>>>>


Dipetik dari Utusan bertarikh 17-Feb-1999:
>>>>>>>>>>>
Perdana Menteri berkata, Nik Aziz juga tidak faham antara sekularisme dengan
keagamaan kerana dalam Islam tidak ada perpisahan antara apa yang dikatakan
sebagai sekular.
.
.
Dalam Islam, kata beliau, sebarang kerja yang dibuat adalah tergolong dalam
urusan agama, termasuklah dalam soal memerintah negara.
.
.
Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas Pusat dalam temu bual itu turut
menyifatkan Dr. Mahathir sebagai seorang Perdana Menteri yang bijak dan
pintar tetapi menyalahgunakan kepintaran yang diberikan oleh Allah kepadanya
untuk sekular.
>>>>>>>>>>>


Kalau diperhatikan kenyataan Mahathir pada 26-Dis-2001 diatas ternyata jelas
bercanggah dengan kenyataan beliau sendiri yang keluar dalam Utusan
bertarikh 17-Feb-1999.

Dalam kenyataan 26-Dis-2001, Mahathir menyarankan/berpendapat:
1) supaya ulamak mengutamakan agama daripada politik
2) pewaris nabi (ulamak) ialah mereka yang mengutamakan agama, tidak
kepentingan lain
3) apabila para ulama mencampuradukkan kepentingan politik ataupun
kepentingan diri dengan ajaran Islam, maka mereka sudah tidak lagi menjadi
pewaris nabi

sedangkan pada tanggal 16-Feb-1999, Mahathir mengatakan:
1) dalam Islam tidak ada perpisahan antara apa yang dikatakan sebagai
sekular
2) sebarang kerja yang dibuat adalah tergolong dalam urusan agama,
termasuklah dalam soal memerintah negara

Sedangkan Islam itu adalah ad-din yang syumul termasuk pemerintahan negara &
politik, maka ulamak yang mengutamakan agama sudah pasti tidak dapat lari
dari mencampur-adukkan kepentingan politik.

Tak gitu???

Mungkin secara tidak sedar/sengaja Mahathir telah membuka pekong/belang
beliau sendiri (pengakuan secara tidak langsung) bahawa beliau berpemikiran
SEKULAR (pengasingan agama dengan politik) seperti mana yang pernah didakwa
oleh TG Nik Aziz.

_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary 
information. If you are not the intended recipient, 
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all 
copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information 
contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the 
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to