*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pelawak terkenal, Diktator Mahathir sekali lagi berjaya mengatasi jenaka Senario dan Mr.Bean untuk membuka tirai 2002. Setelah orang yang paling dipercayainya, Daim Zainuddin tidak lagi sanggup bersekongkol dengannya untuk terus merompak dan menipu rakyat, Mahathir mengatakan kununnya dia perlu seorang Menteri Kewangan bagi membantunya ;D Ternyata Mahathir tidak percaya kepada 2 orang Timbalan Menteri Kewangan dan 2 orang Penasihat Ekonomi Negara yang dilantiknya sendiri. Mahathir tidak percaya ada orang lain yang sanggup merompak wang rakyat sebagaimana kehendak nafsu buasnya. Rompakan wang royalti minyak Negeri Terengganu dan wang PPRT yang melibatkan Mustafa Muhammad dan Anuar Musa, hanyalah satu permulaan kepada rompakan yang lebih besar. Hanya penyamun tamak lurus-bendul seperti Kassim Baba sesuai memegang jawatan Menteri Kewangan kabinet Diktator Mahathir. Setakat ini hanya Diktator Mahathir sendiri sahaja yang layak ;D Oleh: Kassim Babu Sila lihat berita akhbar di bawah: PM perlukan Menteri Kewangan -- Kalaupun tidak mengambil alih tugas mungkin sebagai pembantu saya KUALA LUMPUR 1 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau masih memerlukan seorang Menteri Kewangan atau sekurang-kurangnya seorang Menteri Kewangan Kedua untuk membantunya menguruskan ekonomi negara. ``Kalaupun tidak mengambil alih daripada saya sebagai Menteri Kewangan, tetapi mungkin sebagai pembantu saya. ``Biasa diadakan Menteri Kewangan Kedua, mungkin juga. Ini satu pendekatan yang kita akan pilih kerana tugas Menteri Kewangan ini amat berat,'' kata Dr. Mahathir yang mengambil alih tugas Menteri Kewangan selepas Tun Daim Zainuddin meletakkan jawatan pada 1 Jun 2001. Bercakap dalam program ``Wawancara Bernama dengan Perdana Menteri'' di Putrajaya, Dr. Mahathir berkata, beliau merasakan tugas sebagai Menteri Kewangan `satu beban yang besar' baginya kerana beliau juga terpaksa memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri. Wawancara yang dikendalikan oleh Ketua Pengarang Bernama Jaafar Hussin dan Penolong Pengarang E.Sivabalan itu disiarkan melalui RTM dan Astro malam ini. Kata Dr. Mahathir, beliau perlu mencari seorang yang "cukup sesuai" untuk jawatan itu. Kini, Dr. Mahathir dibantu oleh dua orang Timbalan Menteri Kewangan iaitu Datuk Dr. Shafie Mohd Salleh dan Datuk Chan Kong Choy. Beliau juga mempunyai dua orang penasihat ekonomi iaitu Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman. Is your boss reading your email? ....Probably Keep your messages private by using Lycos Mail. Sign up today at http://mail.lycos.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>