*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
13 Wasiat Rasulullah kepada Saiyidina Ali

IBNU ABBAS ra meriwayatkan bahawa Ali Abu Talib berkata : "Pada hari
perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, mengutarakan
tiga belas wasiat khusus untukku:"
1 Hai Ali , takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa
memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barangsiapa memasuki tempat mandi
tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat. dijari telunjuk dan
dijari tengah

2. Hai Ali, janganlah engkau memakai cincin dijari telunjuk dan dijari
tengah . Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Hai Ali sesungguhnya Allah mengkagumi hambanya yang melafazkan istighfar;
"Rabighfirli fainahu Iayaghfirul-zunuba illa Anta"( Tuhanku ampunilah aku.
Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan engkau). Allah lalu
berfirman ,"Hai malaikat Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui
bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Ku. Hai malaikat-Ku
,jadilah saksi bahawasanya Aku telah mengampunkan dia".

4. Hai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu
menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan,
bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai
sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidiq (benar) itu berkat dan
kazzab(dusta) itu celaka.

5. Hai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba.
Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajikan ke atasnya siksaan kubur
dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

6. Hai Ali, Janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta
atau benar, kecuali dalam keadaan dharurah, dan janganlah jadikan Allah
permainna sumpah engkau, Sesungguhnya Allah tidak mensucikan dan tidak
mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Hai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok.
Bahawasanya Allah Taala mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Hai Ali, Takutilah engkau daripada berbantah bantah dan berkelahi dengan
maki-hamun dan sumpah seranah.. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil
dan pada akhirnya penyesalan.

9. Hai Ali, senantiasalah engkau bersugi dan mencolek gigi. Bahawasanya
bersugi itu mensucikan mulut, mencerahkan mata dan diredhai Allah, manakala
mencolek gigi itu dikasihi oleh malaikat kerana malaikat amat tidak senang
dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek
selepas makan.

10. Hai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah
duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala
keatas hamba-Nya. Pertahankanlah diri engkau daripada dikuasai oleh
kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Hai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurnia Allah yang telah engkau
nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau perolehi
peruntukan daripada Allah.

12. Hai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau , maka engkau bencikan
juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau
maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau , yakni engkau hendaklah
berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu engkau dikasihi seluruh isi
langit dan bumi.

13. Hai Ali, perbaikanlah perhubungan diantara penduduk (jiran) sekampung
dan diantara ahli rumahmu. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa
persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi
engkau.

14. Hai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan perolehi
kemenangan dan kelepasan. Insya Allah.




---
Outgoing mail is certified Virus Free.
Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com).
Version: 6.0.307 / Virus Database: 168 - Release Date: 12/11/01

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "HISYAMUDIN  MOHD HASNI" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke