*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ January 03 , 2002 23:20PM
Suhakam Diminta Kaji Beri Perlindungan Kepada Pengadu KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini disarankan supaya mengkaji kemungkinan memberi perlindungan undang-undang kepada mereka yang membuat aduan kepadanya mengenai pencabulan hak asasi manusia. Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk Prof Hamdan Adnan berkata pihak yang berkenaan harus mengkaji semula Akta Suhakam untuk mewujudkan peruntukan yang memberi kekebalan kepada pengadu. "Suhakam bukanlah sebuah persatuan kongsi gelap. Adalah sesuatu yang pelik jika sesiapa yang merujuk sesuatu isu kepadanya dikenakan tindakan seperti diminta memberi surat tunjuk sebab," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. Beliau mengulas laporan sebuah akhbar harian hari ini bahawa 12 penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai Johor diberi surat tunjuk sebab kerana datang ke pejabat Suhakam di sini untuk menyerahkan satu memorandum berhubung pemilihan perwakilan pelajar pada November lepas. Jabatan Hal Ehwal Pelajar universiti itu dikatakan mengeluarkan surat tunjuk sebab bertarikh 27 Dis kepada pelajar terbabit kerana mereka telah melanggar Artikel 15 Prosedur-prosedur UTM (Disiplin Pelajar) 1999 berhubung perkara-perkara berkaitan mewakili universiti berkenaan. Penuntut berkenaan merupakan antara 40 penuntut yang dikatakan datang ke pejabat Suhakam pada 13 Dis lepas untuk menyerahkan memorandum itu yang ditandatangani 1,379 pelajar menggesa Suhakam menyiasat apa yang mereka dakwa sebagai penyelewengen dalam pemilihan perwakilan pelajar kampus itu. Hamdan berkata beliau sendiri ada menerima aduan menerusi telefon daripada beberapa orang yang mengadu bahawa mereka akan didakwa kerana memberi maklumat kepada Suhakam. "Kita harap Suhakam mengkaji bagaimana pengadu-pengadu dapat diberi perlindungan kerana jika tidak kewibawaan Suhakam akan dipersoalkan," tambahnya. -- BERNAMA _____________________________________________________________________ Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary information. If you are not the intended recipient, kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action. This message has been checked for all known viruses by the MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit http://www.messagelabs.com/stats.asp ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>