*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
------- Forwarded Message Follows ------- From: [EMAIL PROTECTED] Date sent: Sun, 6 Jan 2002 18:37:33 -0800 To: [EMAIL PROTECTED] Subject: Bantuan derma untuk Adik Nuraliya Shafira Bte Hasnezam Assalamualikum w.b.t, Saudara Shah, Saya bagi pihak bapa kepada Adik Nuraliya Shafira Bte Hasnezam yang baru berusia 11 bulan ingin meminta jasa baik dan bantuan dari saudara Shah untuk menwartakan kepada saudara-saudara lain dalam Lenggang Kangkung Community Group bagi membantu Adik Lia. Dalam minggu ini Adik Lia akan menjalani satu pembedahan yang kritikal yang akan menentukan masa depan beliau dimana beliau menghidapi masalah saluran usus yang tidak normal sejak dilahirkan. Selepas beberapa hari dilahirkan Adik Lia telah menjalani pembedahan pengalihan usus besar ke bahagian kanan perutnya disebabkan saluran usus bocor dan keadaan perutnya yang semakin membengkak. Sehingga kini, Adik Lia masih dirawat dan masih tidak boleh membuang air besar secara normal disebabkan saluran ususnya telah dialihkan ke bahagian kanan perutnya. Disebabkan sewaktu dilahirkan, tubuhnya masih kecil dan organ perkumuhannya masih tidak berfungsi sepenuhnya, oleh yang demikian, doktor yang merawat telah bertindak mengalihkan ususnya yang bocor ke perut kanannya... Sehubungan dengan itu,saya amat berharap agar Saudara Shah dapat membantu kedua ibu bapa dan keluarga yang malang ini dengan mewartakan kisah ini melalui yahoo@groups bagi tujuan mendapatkan sumbangan derma ikhsan dari saudara-saudara yang lain, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kos rawatan Adik Lia yang dianggarkan sekitar RM 10,000.00. Sekiranya terdapat sesiapa yang sudi menghulurkan derma melalui yahoo@groups ini amatlah dialu-alukan. Latar belakang keluarga: ------------------------------------- Adik Lia dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan. Bapanya hanyalah bekerja sebagai pekebun kecil / nelayan yang menumpang sara di atas sebidang tanah. Ibunya pula adalah surirumah sepenuh masa. Pendapatan sekeluarga tidak mencecah RM 300 sebulan dan perlu menyara kedua orang tuanya juga adik-beradik lain yang masih bersekolah. Tiada talian telefon untuk berhubung terus dengan keluarga ini melainkan melalui surat / pos. Berikut adalah maklumat yang sedikit sebanyak dapat diperolehi dari keluarga mangsa. Nama Anak : Nuraliya Shafira Bte Hasnezam Nama Ibu : Che Rohaida Che Romy Nama Ninda : Puteh Bte Salleh Alamat : 25 Jalan Pantai Laut 4, Kg. Jawa 1, 26820 Kuala Rompin, Pahang Rujukan : Dr. Khoo Keh Bin Medical Officer Ward Kenanga 2 Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang Tel : 09-5133333 / 34 / 35 / 5131881 Fax : 09-5142712 Rujukan kepada hospital hendaklah dinyatakan nama ibu pesakit iaitu : B/O Che Rohaida Che Romy M.I.C 790201-09-5042. Bagi mendapatkan salinan PICU discharge summary, sila hubungi saya atau hospital diatas. kepada sesiapa yang tidak keberatan ingin menyumbangkan apa jua bentuk bantuan diharap dapat mengirim terus ke alamat di atas atau bagi sumbangan derma ikhlas berupa wang bolehlah disalurkan melalui bank BSN 4144 826 - 6 (PUTEH BTE SALLEH - ninda/nenek kepada adik Nuraliya). Sebarang bantuan amat bermakna kepada keluarga ini. Bersama-sama ini disertakan juga surat pengesahan, sijil kelahiran serta surat radiologi dan gambar bagi tindakan saudara. Sebarang maklumat bolehlah menghubungi saya di alamat / no telefon dibawah atau menghubungi saudara terdekat beliau Badrulhisham Bin Baharom di talian : 07 - 2391792 / 94 dialamat Perpustakaan Sultan Ismail c/o Majlis Perbandaran Johor Bahru. Sekian, terima kasih. Mohd Rafiee Kumari Pengurus, Bahagian Sistem Maklumat, Hyatt Regency Johor Bahru Jalan Sungai Chat 80720 Johor Bahru Malaysia Tel +60-7-222-1234 Fax +60-7-222-0153 H/P : +016-776-1166 e-Mail : [EMAIL PROTECTED] Web : http:\\www.hyatt.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: [EMAIL PROTECTED]